Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan 2022

permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2022

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan 2022 kini telah dibuka bagi anak-anak Pahang. 

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini menawrkan BKMB, biasiswa yang berprestij di negeri ini serta SPC YP untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

biasiswa-yayasan-pahang-2022-1024x1024
Biasiswa Yayasan Pahang

Biasiswa Yayasan Pahang

Bagi pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.

A) Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tinggi iaitu Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Syarat Kelayakan untuk Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    (b) Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2021 seperti berikut:
    (a) Calon SPM: 9 A+ ke atas
    (b) Calon STPM: 4 Prinsipal A
  4. Memohon ke Institusi Pengajian Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan oleh YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
nilai anugerah
Sumber: https://www.yp.org.my/program-bantuan-pendidikan/biasiswa-kecemerlangan-menteri-bersar-pahang/

B. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikut pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP):

a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.

Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penaja biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (FIA – ACCA)

Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.

Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    (b) Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Sila layari laman web Yayasan Pahang www.yp.org.my untuk syarat, kriteria dan maklumat seterusnya.

jenis pembiayaan dan kadar
Sumber: https://www.yp.org.my/program-bantuan-pendidikan/skim-pelajar-cemerlang-yp-sc/

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 16 Jun 2022 sehingga 8 Julai 2022.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuat naik di laman sesawang Yayasan Pahang di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon Biasiswa IPT atai di pautan:

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800 | Faks: 09-5181888
(Zaikiah bt.Saleh/ Noorasziana bt. Abd Rahman)
Email: [email protected] | [email protected]

Maklumat Lanjut:
http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/berita/pengumuman/504-bkmb-spc

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan 2022 ini dapat memberikan manfaat dan panduan kepada pelajar lepasan SPM 2022 bagi mendapatkan bantuan pendidikan untuk meneruskan perjalanan pendidikan masing-masing.

Sebelum ini, kami ada berkongsi perkongsian mengenai:

Ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan bahan bantu belajar bagi anak-anak, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Bahan bantu pelajaran yang disediakan adalah sesuai untuk murid di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati