Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Effective Jun 2022

jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Negara.

Iklan jawatan kosong bagi Kumpulan Pengurusan Profesional & Pelaksana UTM JB (Tutup 3 Julai 2022, 5.00 pm).

Sejarah Penubuhan UTM

Sejarah pendidikan teknikal di Malaysia telah menjejak usia seratus tahun. Penubuhan institusi pengajian teknikal bermula pada tahun 1904 apabila Sekolah Teknik Treacher memulakan operasinya di Weld Road (kini Jalan Raja Chulan) untuk melatih pembantu teknik di Jabatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi dan Jabatan Ukur.

Institusi Teknologi Kebangsaan (ITK) telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 14 Mac 1972 dan telah mewarisi semua prasarana pendidikan dan pentadbiran Maktab Teknik di kampus Jalan Gurney. ITK mempunyai tiga buah fakulti utama iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Seni Bina dan Fakulti Ukur dan Pusat Pengajian Sains dan Kemanusiaan.

Tarikh 1 April 1957 merupakan tarikh penting dalam sejarah institusi ini apabila nama ITK bertukar secara rasmi kepada UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM). Pada tahun 1976, kerajaan telah meluluskan Perlembagaan Universiti, Senat dan Majlis Universiti.

Melalui sejarah pendidikan yang diwarisi oleh UTM hari ini, telahpun menjangkau seabad usia. Seratus tahun yang berlalu telah ditempuhi dengan pelbagai masalah, liku dan ranjau. Nama penyelidik dan pelajar UTM sentiasa mencatat rekod kejayaan dan sekali gus mengharumkan nama negara. Setelah seabad lamanya, UTM akan terus sinonim dengan kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi di Malaysia.

iklan jawatan kosong universiti teknologi malaysia

Jawatan Kosong UTM Johor Bahru 2022

Berikut merupakan senarai kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi calon-calon yang berkelayakan:

  1. PEGAWAI PENYELIDIK (GRED Q41) – TETAP
  2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP (GRED JA29) – TETAP
  3. PENOLONG JURUTERA (GRED JA29) – TETAP
  4. PENOLONG JURUUKUR BAHAN (GRED JA29) – TETAP
  5. JURURAWAT (GRED U29) – KONTRAK
  6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W19) – TETAP/KONTRAK
  7. PEMBANTU AWAM (GRED H11) – TETAP
  8. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) – TETAP

Cara Permohonan Jawatan Kosong UTM 2022

Proses permohonan dan Manual pengguna boleh dimuat turun melalui laman web di pautan berikut: Tatacara permohonan jawatan kosong UTM.

Bagi permohonan jawatan secara online, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Layari laman web mohonjawatan utm dan log masuk bagi pengguna sedia ada.
  2. Bagi pengguna baharu, sila daftar akaun terlebih dahulu.
  3. Pembayaran dikenakan sebanyak RM20.00 bagi setiap jawatan yang dipohon. Hanya permohonan berstatus PAY sahaja akan diproses.

Tarikh Permohonan

Tarikh Mula Iklan: 19 Jun 2022 (Ahad)
Tarikh Tutup Iklan: 3 Julai 2022 (Ahad) – Jam 5:00 petang permohonan ditutup

proses daftar universiti teknologi malaysia utm

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan iklan jawatan kosong, anda boleh menghubungi saluran berikut:

Whatsapp UTM Johor Bahru:

  • Puan Izyan : 07 – 5531192 / 016 – 7121 487
  • Cik Syafiqa : 07 – 5531228 / 011 – 5981 9192

E-mel UTM Johor Bahru:
[email protected]

Alamat:

Seksyen Perjawatan dan Kenaikan Pangkat,
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
UTM Johor Bahru.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini dapat memberikan manfaat kepada para pencari kerja dan calon yang berkelayakan untuk menyertai organisasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi mengenai topik:

Kami juga ada menyediakan bahan bantu pembelajaran yang sesuai untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah dan prasekolah. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan pelbagai jenis bahan bantu belajar.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati