Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Koleksi Pantun Hari Guru Sempena Sambutan Hari Guru

Koleksi Pantun Hari Guru Sempena Sambutan Hari Guru

Kebiasaan hari guru tiba, pastinya ramai yang mencari pantun hari guru untuk diberi ucapan kepada guru yang tercinta dan disayangi. Jom ikuti senarai lengkap pantun hari guru yang anda boleh ucapkan.

Koleksi Pantun Hari Guru Sempena Sambutan Hari Guru

Penggunaan pantun semasa majlis hari guru pastinya akan memberi kemeriahan kepada guru dan murid. Majlis akan lebih ceria dan seronok apabila dimulai dan dilazimi dengan penggunaan pantun hari guru. Selain itum kegunaan pantun hari guru juga sesuai untuk disertakan dalam surat khas bagi guru sebagai penghargaan. Boleh juga digunakan semasa memberi kad ucapan hadiah kepada guru tersayang.

Pantun Hari Guru

Berikut adalah merupakan senarai pantun hari guru yang anda boleh berikan dan ucapkan kepada guru-guru anda:

Pantun Hari Guru yang Menyentuh hati

Berikut adalah merupakan koleksi pantun hari guru yang menyentuh hati:

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa.
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia.
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang.
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka.
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap kejadian.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan.
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan.
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Pukul baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat.
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan.
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Pantun Hari Guru Lucu

Pantun hari guru yang lucu anda boleh ucapkan kepada guru, pastinya meriah dengan gelak tawa:

Haiwan kangaroo sudah terkenal
Pandai melompat dan banyak akal
Selamat Hari Guru Nasional
Dari muridmu yang paling nakal

Pergi berburu memasang khemah
Bawa lampu berwarna merah
Wahai guru yang ramah-tamah
Maafkan kami yang sering buat marah

Kucing hitam berjalan malas
Tersesat sampai ke Bidor,
Bila guru sudah di kelas
Tak boleh ada pelajar yang tertidur

Jalan-jalan di kota Paris
Letih berjalan makan bubur
Bila guru bawa penggaris
Kelas diam seperti di kubur

Pantun Hari Guru Panjang

Koleksi Pantun Hari Guru Sempena Sambutan Hari Guru

Berikut adalah merupakan pantun hari guru yang panjang sesuai dibaca sebagai tujuan dedikasi usaha seorang guru.


ABC dan Alif Ba Ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Dilatih tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Dilatih tubi sampai dapat
Apabila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh lapan
Rajin belajar cepat maju
Apabila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak Cikgu!

Betik masak lebat dipangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji dicelah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon kelapa tegak berdiri
Kelapa ditanam tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Pergi memburu di hutan lama
Dapat rusa waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Pantun Hari Guru Bersara

Semasa majlis persaraan, hadirkanlah dengan bacaan pantun hari guru bersara. Semoga boleh memberi majlis perpisahan yang terbaik untuk guru-guru.

Tua kelapa berguna,
Tua manusia bermakna.
Tuai padi di hujung bendang,
Padi masak diintai tiak.

Belai budi disanjung datang,
Sisi baik dikongsi bijak.
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa.

Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi.

Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.
Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup.

Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.
Pahat papan serupa dulu,
Bawah kain daun cermai.

Rehatlah tuan di dunia baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.
Pandai terbilang putera perkasa,
Tengok puteri akar dicari.

Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori.

Dengan pengguna pantun hari guru ini, ia akan dapat memberi kesan positif dalam kehidupan dan dalam masa yang sama boleh memartabatkan bahasa Melayu yang kini boleh dipupuk balik kepada murid-murid.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati