Jika anda seorang pengguna perkhidmatan Digi, cara check balance Digi untuk anda adalah sangat mudah. Tujuannya adalah untuk mengetahui berapa nilai atau jumlah baki kredit yang tinggal dalam nombor telefon anda.
Bagi anda yang kurang jelas, Disini kami menyediakan cara check balance Digi prepaid dan cara check balance internet Digi.
Panduan dan Cara Check Balance Digi
Terdapat beberapa cara untuk check balance Digi iaitu :
Cara Check Balance Digi Prepaid
Cara check balance Digi prepaid terbahagi kepada beberapa cara mudah seperti :
- Aplikasi MyDigi
- Portal Digi
- Panggilan Dial Up
Semakan melalui aplikasi MyDigi :
Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigi daripada salah satu pautan yang berikut :
- Google Play – Bagi pengguna Android
- App Store – Bagi pengguna IOS
Setelah memuat turun aplikasi MyDigi, log masuk ke akaun anda dan baki kredit prepaid anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.
Semakan melalui Portal Digi :
Selain itu, anda juga boleh menyemak baki kredit Digi melalui portal Customer Service Digi sendiri dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
- Layari portal Digi dipautan https://www.digi.com.my/
- Klik pada butang MyDigi yang terletak pada bucu atas kanan laman tersebut
- Masukkan nombor telefon atau emel dan serta kata laluan. Bagi pengguna baru, pilih ‘Register’
- Setelah log masuk, anda dapat melihat perincian akaun anda beserta baki Digi anda secara terus pada dashboard tersebut.
Semakan melalui panggilan Dial Up
Ini merupakah kaedah yang paling mudah untuk anda check balance Digi anda dengan membuat panggilan terus ke nombor *126#. Setelah beberapa saat, ia akan memaparkan teks baki kredit prepaid Digi anda.
Cara Check Balance Digi Internet
Bagi pelanggan prabayar Digi, boleh menyemak baki kuota internet anda melalui kaedah berikut :
- Aplikasi MyDigi
- Web Mydigi
- UMB
Aplikasi MyDigi :
Anda hanya perlu log masuk ke aplikasi MyDigi dan semak baki kuota anda dibawah bahagian ‘Penggunaan’.
Web MyDigi :
Bagi anda yang ingin check balance Digi anda juga boleh menggunakan kaedah ini.
- Log masuk ke MyDigi melalui web dan masukkan kod TAC
- Di bawah ‘Akaun’, pilih ‘Penggunaan’
- Anda boleh melihat penggunaan internet anda merentas semua pelan internet yang dilanggan
UMB :
- Dial *128# untuk mengakses menu UMB
- Pilih ‘2 Peln Internet Berkelajuan Tinggi’
- Pilih ‘4 Semak Kuota Internet’
- Pilih pelan internet yang anda ingin semak baki kuota
- Baki kuota internet anda akan dipaparkan
Cara Check Balance Digi Postpaid
Kaedah untuk menyemak baki postpaid Digi adalah lebih kurang sama dengan prepaid iaitu :
- Melalui Aplikasi MyDigi
- Melalui Dial Up
- Membuat panggilan ke nombor 016-2211800
Melalui Aplikasi Digi :
- Memuat turun aplikasi MyDigi dan log masuk ke akaun anda
- Baki terkini postpaid Digi anda akan tertera pada laman utama akaun tersebut
Melalui Dial Up
- Taip *200# di aplikasi panggilan dalam telefon anda
- klik pada ‘Hantar’ dan dalam beberapa saat baki postpaid Digi terkini anda akan dipaparkan dalam bentuk teks.
Melalui Panggilan ke Nombor 016-2211800
- Panggil nombor 016-2211800
- Ikut arahan sistem panggilan interaktif untuk check balance Digi postpaid anda
- Kebiasaannya, anda hanya perlu memilih pilihan yang berkaitan baki atau akaun anda sahaja
Cara Check Balance Digi SMS Online
Selain check balance Digi melalui Dial Up, cara check balance Digi melalui SMS juga merupakan satu kaedah yang sangat mudah, iaitu :
- Taipkan ‘BAL’ dan hantar SMS ke nombor 20000
- Anda akan mendapat satu mesej teks yang akan memaparkan baki Digi terkini
Soalan FAQs Berkenaan Check Balance Digi
Antara pelan prepaid dan postpaid,yang manakah lebih baik ?
Penggunaan ini seharusnya bergantung kepada pengguna. Namun, jika anda merupakan pengguna biasa anda boleh memilih pelan prepaid kerana ia lebih murah.
Manakala untuk pelan postpaid pula lebih sesuai untuk kegunaan perniagaan kerana tiada gangguan perkhidmatan apabila lebih had
Bagaimana sekiranya berlaku masalah semak baki Digi ?
Anda boleh menghubungi pihak Customer Service Digi melalui pautan ini atau ke nombor 016 221 1800
Bagaimana untuk menyemak baki kuota internet Digi ?
Anda boleh menyemak baki kuota internet anda melalui Aplikasi MyDigi atau Web MyDigi atau melalui UMB