Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPAJ SURUHANJAYA PENJAWAT AWAM JOHOR 2022

Jawatan Kosong SPAJ
Jawatan Kosong SPAJ

Terkini: Jawatan Kosong SPAJ Suruhanjaya Penjawat Awam Johor 2022. Untuk makluman semua, Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) telah membuka portal permohonan jawatan kosong. Sehubungan itu, adalah dipelawa kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk membuat permohonan jawatan yang dibuka.

Pembukaan jawatan kosong Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) bagi tahun 2022 adalah berdasarkan keperluan untuk memenuhi tenaga kerja yang diperlu untuk diisi segera.

slider b25f6dd01a338ab5ae71b385ef02e849
Jawatan Kosong SPAJ

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) sahaja. Ikuti maklumat permohonan jawatan kosong di SPAJ dibawah.

Jawatan Kosong SPAJ Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) Tahun 2022

Apakah Jawatan Kosong SPAJ Yang Ditawarkan?

Jawatan yang ditawarkan di Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong SPAJ

  • Jawatan :
    • Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 
      • Gred : F41
      • Taraf Jawatan :TETAP
      • Jumlah Kekosongan :2
      • Kelulusan Minimum :IJAZAH SARJANA MUDA
      • Gaji (RM 2,315.00 – RM 9,618.00)
    • Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 
      • Gred : S41
      • Taraf Jawatan :TETAP
      • Jumlah Kekosongan :16
      • Jantina :Tidak Berkaitan
      • Kelulusan Minimum :IJAZAH SARJANA MUDA
      • Gaji (RM 2,078.00 – RM 9,544.00)
    • Pembantu Kemahiran Gred H19 
      • Gred : H19
      • Taraf Jawatan :TETAP
      • Jumlah Kekosongan :82
      • Jantina :Lelaki
      • Kelulusan Minimum :SPM/SPMV
      • Gaji (RM 1,377.00 – RM 4,052.00)
    • Pembantu Operasi N11 
      • Gred : N11
      • Taraf Jawatan :TETAP
      • Jumlah Kekosongan :41
      • Jantina :Tidak Berkaitan
      • Kelulusan Minimum :SRP/ PMR/ PT3
      • Gaji (RM 1,216.00 – RM 2,983.00)
  • Sektor: Kerajaan

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ). Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak kerajaan,.

Bila Permohonan Jawatan Kosong SPAJ Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan boleh dibuat sekarang, Permohonan dibuka pada 17 April 2022 dan permohonan akan ditutup pada 30 April 2022.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal SPAJ.

Permohonan Jawatan Kosong SPAJ Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) Tahun 2022

Bagaimanakah cara memohon jawatan yang ditawarkan?

Calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan kosong di SPAJ tahun 2022 boleh membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh 30 April 2022.

Cara permohonan jawatan kosong diatas di Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) tahun 2022 :

  1. Buka portal Suruhajaya Penjawat Awam Johor (SPAJ)
  2. Klik e-SPAJ/ Permohonan
  3. Pilih jawatan yang dikehendaki memohon seperti yang ditawarkan di senarai kerja.
  4. Klik “MOHON”.
  5. Jikalau anda adalah pemohon pertama kali di SPAJ. Anda perlu lengkapkan maklumat diri dan lengkapkan juga dokumen-dokumen sokongan.
  6. Buat permohonan lengkap dan sahkan. Selesai
spaj

Sebarang persoalan mengenai jawatan, anda boleh merujuk ke:

No. Telefon & WhatsApp Business :
07-2666414, 07-2666418 & 07-2666420

Telefon : +607 266 6422 | +607 266 6423
Faks : +607 290 9890 | +607 290 9891
Email : [email protected]

Panduan Menghadiri Temuduga

Calon-calon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa bersama-sama dokumen seperti dibawah :-
(Calon-calon dinasihatkan untuk menyusun dokumen mengikut turutan dibawah dan sebaik-baiknya memasukkan semua dokumen ke dalam “CLEAR FOLDER”)

1. Borang SPAJ.01 (Dicetak berwarna/jika tiada sila sertakan gambar berukuran passport)
2. Salinan dan Kad Pengenalan (myKad)
3. Salinan dan Sijil Asal Kelahiran/Surat Beranak
4. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Peperiksaan LCE/SRP/PMR
5. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Peperiksaan MCE/SPM/SPVM
6. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Peperiksaan HSC/STPM
7. Salinan dan Sijil Asal Berhenti Sekolah Menengah
8. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Diploma/Ijazah beserta transkrip penuh semester
9. Salinan dan Sijil Asal Kemahiran Komputer (jika ada)
10. Salinan dan Sijil Asal Persekolahan Sekolah Agama (jika ada)
11. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan dipohon/ Surat Akuan (jika ada)
12. Salinan Penyata Perkhidmatan yang terkini yang telah dikemaskinikan dan Laporan Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terakhir diakui sah oleh jabatan (bagi calon kakitangan Kerajaan)

a) Adalah ditegaskan bahawa dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas adalah sangat MUSTAHAK. Tanpa dokumen-dokumen tersebut calon tidak dibenarkan menghadiri sesi temu duga dan permohonan jawatan tersebut tidak akan dipertimbangkan dan seterusnya ditolak.

b) Calon-calon dikehendaki berpakaian kemas bersesuaian dengan imej Anggota Perkhidmatan Awam.

c) Sekiranya calon gagal menghadirkan diri pada tarikh temu duga ini tanpa makluman lebih awal maka calon dianggap menolak tawaran temu duga tersebut dan sebarang rayuan tidak akan di layan.

d) Segala perbelanjaan dan tuntutan berhubung dengan temu duga ini adalah dibawah tanggungan calon sendiri.

e) Sila layari portal Johorcareer untuk mengemaskini maklumat kehadiran temu duga pada pautan url https://espaj.johor.gov.my

“Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Peroleh Kejayaan”

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan jawatan di Suruhanjaya Penjawat Awam Johor (SPAJ) merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah  sektor kerajaan Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati