![Petua Mudah Elak Pokok Sayur Di Serang Ulat 1 Petua Mudah Elak Pokok Sayur Di Serang Ulat](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/11/image-20.png)
Petua Mudah Elak Pokok Sayur Di Serang Ulat? Tanaman di serang serangga pasti merunsingkan mereka yang gemar bercucuk tanam, mari lihat perkongsian dari Puan Suzurina yang berjaya menghalang serangga dari menyerang tanamannya.
Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur.
Petua Mudah Elak Pokok Sayur Di Serang Ulat
Cara-caranya
1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur.
![Petua Mudah Elak Pokok Sayur Di Serang Ulat 2 233705 07 39 445545](https://cdn.vanillakismis.my/2020/08/233705-07_39_445545.jpeg)
2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur.
![Petua Mudah Elak Pokok Sayur Di Serang Ulat 3 233704 07 34 409286](https://cdn.vanillakismis.my/2020/08/233704-07_34_409286.jpeg)
3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain.
4. Beliau dpt video sharing ini dari youtube. Dulu beliau blender bawang putih & spray tapi lama2 tak terbuat dah. Sebelum ini tidak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tidak suka bau ni, sebab sudah tidak ada siput halus-halus & besar.
![Petua Mudah Elak Pokok Sayur Di Serang Ulat 4 233707 07 41 687835](https://cdn.vanillakismis.my/2020/08/233707-07_41_687835.jpeg)
Selamat mencuba!
Sumber : Suzurina binti Muda