Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG KERJAYA: JAWATAN KOSONG UITM 2022 l JAWATAN TETAP l GAJI BERMULA RM2,080-RM9,546

Jawatan Kosong UiTM
Jawatan Kosong UiTM

Peluang Kerjaya: Jawatan Kosong UITM 2022, Jawatan Tetap, Gaji Bermula RM2,080-RM9,546. Sukacita dimaklumkan Universiti Teknologi Mara (UITM) telah membuka peluang kerjaya kepada warganegara Malaysia berstatus bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Perak Kampus Tapah.

UITM ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latihan RIDA yang terletak di Petaling Jaya. UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang melayu di luar bandar. Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.

Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 34 kampus yang berada di seluruh Malaysia. Dengan 17,706 staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan lebih kurang 526 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Sumber : WIKIPEDIA

Inilah masanya peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah universiti tersohor dan sektor awam di Malaysia.

photo1649260472
Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong UITM Cawangan Perak Kampus Tapah 2022

Apakah Jawatan Kosong UiTM Yang Ditawarkan?

Jawatan yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Perak Kampus Tapah ialah PENOLONG PENDAFTAR (KOKURIKULUM) GRED N41. 

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan pihak UITM. Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak UITM.

Bila Permohonan Jawatan Kosong UiTM Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan boleh dibuat sekarang. Permohonan dibuka pada 4 April 2022 dan permohonan akan ditutup pada 17 April 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui cara yang ditetapkan dalam iklan, dan permohonan secara manual boleh dibuat dengan merujuk alamat seperti yang diiklankan di iklan jawatan kosong di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Perak Kampus Tapah. (Rujuk lampiran link dibawah).

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon Jawatan Kosong UiTM?

Berikut merupakan syarat kelayakan memohon jawatan tetap di UITM Cawangan Perak Kampus Tapah:-

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
dan (d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa
menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang
berdaftar.

Permohonan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2022

Bagaimanakah Cara Permohonan Jawatan?

Permohonan kerja kosong terbaru di atas boleh dilakukan secara atas talian. Sila ikuti arahan seperti di bawah.

Klik pada pautan “JAWATAN KOSONG DI UITM CAWANGAN PERAK 2022” di bawah dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui berdasarkan LINK yang dilampirkan  berikut:-

JAWATAN KOSONG DI UITM CAWANGAN PERAK TAHUN 2022

Jangan lupa sediakan dokumen-dokumen penting bagi membuat permohonan kepada mereka yang berminat :-

  • Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil SPM
  • Salinan Sijil/Diploma

Kepada para pembaca semua, kami faham sangat anda sedang memerlukan kerjaya dan pastinya disaat endemik ini sepatutnya keadaan ekonomi akan kembali seperti biasa. Oleh itu, kami mencadangkan kepada anda untuk turut memohon beberapa jawatan kosong lain yang masih dibuka permohonannya seperti dibawah.

  1. JAWATAN KOSONG DI JABATAN KERJA RAYA (JKR) TAHUN 2022
  2. JAWATAN KOSONG DI MALAYSIA ARLINES TAHUN 2022 
  3. JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2022

“Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Peroleh Kejayaan”

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan jawatan di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Perak Kampus Tapah merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah sektor kerajaan Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati