Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan HLP Ambilan 2021

cats

Permohonan HLP Ambilan 2021 ini merupakan hebahan terkini daripada Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 17 Disember 2020.

131416175 3775473845824583 2962969414285184260 n

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuka permohonan bagi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 akan dibuka Mulai 18 Disember 2020 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat), jam 5.00 petang.

MOHON PERHATIAN

Setakat ini, hanya maklumat yang terdapat dalam artikel ini sahaja yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasmi berkaitan HLP dan CBBP bagi tahun ini. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang dikemas kini berkaitan perkara ini, admin akan maklumkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan HLP Ambilan 2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati