Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG KERJAYA: JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN UEM SUNRISE BERHAD 2022

Polis Bantuan UEM
Polis Bantuan UEM

Peluang Kerjaya : Jawatan Kosong Polis Bantuan UEM Sunrise Berhad. Pengumuman terbaru mengenai jawatan kosong di Malaysia. Untuk pengetahuan semua terutama rakyat Malaysia. Syarikat tempatan, iaitu UEM Sunrise Berhad ialah merupakan pemaju hartanah utama Malaysia yang mempunyai kecekapan teras dalam pembangunan perbandaran makro; pemaju kediaman, komersil, runcit dan bersepadu yang bertingkat tinggi; serta pengurusan hartanah dan perkhidmatan projek & pembinaan.

Syarikat ini terkenal dengan kediaman bertingkat tinggi dan mendarat yang memenangi anugerah; pembangunan komersil dan campuran di Iskandar Puteri, kawasan Kuala Lumpur, Mont’Kiara, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Cyberjaya, Shah Alam, Bangi dan Seremban.

Di peringkat antarabangsa, kehadiran UEM Sunrise melangkah ke Singapura; Vancouver, Kanada; Melbourne, Australia dan ia mengekalkan landbank di Durban, Afrika Selatan. Ia dimiliki oleh Kumpulan UEM. Sumber : WIKIPEDIA

Dan kini, UEM membuka peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia untuk berkhidmat bersama. Berikut dibawah maklumat berkenaan jawatan kosong polis bantuan.

Peluang Kerjaya :Jawatan Kosong Polis Bantuan UEM Sunrise Berhad

Apakah Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Di Syarikat UEM Sunrise Berhad?

Jawatan kosong yang ditawarkan adalah :

  • Konstabel Polis Bantuan

Jawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan yang perlu diisi segera. Jawatan Konstabel Polis Bantuan mempunyai 4 kekosongan yang perlu diisi.

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Jawatan Polis Bantuan UEM Yang Ditawarkan?

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk jawatan Konstabel Polis Bantuan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bekas anggota Polis/Polis Bantuan yang berpengalaman serta memiliki Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Kepolisian;
  3. Tahap Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (4 Kredit termasuk Bahasa Melayu), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma;
  4. Ketinggian Minima: 163 cm (Lelaki) dan 157 cm (Wanita);
  5. Berat Minima: 50 kg (Lelaki) dan 48 kg (Wanita);
  6. Indeks Jisim Badan (BMI) di antara 19 – 26;
  7. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan biasa V/6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap;
  8. Tidak rabun warna dan memiliki pendengaran yang baik;
  9. Diakui sihat oleh pengawai perubatan termasuk pemeriksaan X-ray;
  10. Bebas rekod jenayah.

Apakah Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Jawatan Polis Bantuan UEM?

Pemohon perlu melengkapkan dokumen- dokumen dan maklumat diri semasa permohonan dibuat. Berikut merupakan antara dokumen dan butiran yang perlu disediakan untuk memohon jawatan kosong Konstabel Polis Bantuan.

  • Resume/ CV terkini;
  • Dokumen asal serta Salinan sijil berkaitan pencapaian pendidikan dan latihan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
  • Dokumen asal dan Salinan Kad Pengenalan/ MyKad;
  • 2 keping gambar berukuran passport;
  • 3 bulan penyata gaji.

Bilakah Permohonan Jawatan Yang Ditawarkan Dibuka Dan Ditutup?

Untuk pengetahuan semua,Permohonan jawatan kosong Konstabel Polis Bantuan dibuka pada awal bulan April 2022 dan akan ditutup permohonan pada 29 April 2022.

Bagaimanakah Cara Permohonan Jawatan Polis Bantuan UEM Yang Ditawarkan Boleh Dibuat?

Permohonan boleh dilakukan adalah secara atas talian sahaja. Pemohon boleh memohon dengan merujuk iklan jawatan kosong Konstabel Polis Bantuan yang dilampirkan di bawah :

IKLAN JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS BANTUAN

Pemohon diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen berserta resume sebelum membuat permohonan. Permohonan boleh dimohon di laman sesawang rasmi pencarian kerja Malaysia MYFUTUREJOB. Bagi pemohon yang pertama kali membuat permohonan di MYFUTUREJOB anda diminta untuk mendaftar buat kali pertama dahulu dengan melengkapkan butiran yang diminta dan mestilah diisi dengan maklumat yang tepat. Pemohon boleh membuat permohonan di bawah :

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS BANTUAN

Baca juga Jawatan Kosong  bagi tahun 2022 :-

“Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Peroleh Kejayaan”

Peluang Kerjaya :Jawatan Kosong Polis Bantuan Di Syarikat UEM Sunrise Berhad.Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan jawatan Konstabel Polis Bantuan merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah  sebuah syarikat tempatan yang terkenal.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati