Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000 Kepada Rakyat

Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000 Kepada Rakyat
Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000

Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000 Kepada Rakyat. Melalui pengumuman dalam bantuan oleh kerajaan Negeri Selangor, kini telah dibuka permohonan untuk rakyat yang memerlukan bantuan untuk memiliki sebuah motosikal. Ia adalah merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri Selangor  sendiri yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program bantuan pembelian motosikal ini adalah program bantuan sokongan melalui bayaran pendahuluan untuk pembelian motosikal bagi pekerja GIG atau P-hailing menerusi usaha melalui Program yang dikenali sebagai BikeCare-1000.

Program BikeCare-1000 adalah merupakan sebuah inisiatif daripada kerajaan Negeri Selangor bagi membantu pekerja GIG atau P-hailing melalui dan menerusi bayaran pendahuluan pembelian motosikal. Ia Sememangnya merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam menyediakan keperluan kehidupan harian.

Makluman semua program bantuan pemberian pendahuluan motor ini adalah dibenarkan kepada rakyat mengikut penetapan terma dan syarat. Anda boleh ikuti maklumat lebih lanjut seperti tertera di bawah.

Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000 Kepada Rakyat

Apakah Itu Program Pembelian Motosikal BikeCare-1000?

Melalui usaha dan sokongan kerajaan negeri Selangor, kerajaan telah membuka permohonan untuk Program Bikecare-1000 yang adalah merupakan satu bantuan dalam bentuk bayaran pendahuluan bagi pembelian motosikal khas kepada mereka yang layak.

Hasil perancangan melalui Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS), kini memaklumkan bahawa program itu dibuka mulai sekarang dan ia adalah sebagai usaha bagi membantu pekerja yang memerlukan motosikal.

Sektor Gig adalah merupakan satu sektor yang memerlukan penyediaan motosikal dan memerlukan beberapa sokongan dalam persiapan motosikal serta keselamatan yang perlu dicakna.

Apakah Syarat Untuk Bagi Kelayakan Program BikeCare-1000?

Untuk pengetahuan anda Kerajaan Negeri Selangor telah menggariskan dan membuat penetapan dalam permohonan pembelian motosikal kepada rakyat. Khusus Kepada anda yang berminat bagi membuat permohonan bantuan BikeCare-1000,anda mestilah patuhi dan ikuti syarat-syarat kelayakan permohonan seperti dalam berikut :

  1. Permohonan adalah terbuka khusus kepada rakyat kelahiran Selangor sahaja.
  2. Adalah pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon program pembelian motosikal.
  3. Pemohon juga mestilah mempunyai lesen motosikal yang disahkan oleh JPJ sahaja.
  4. Pemohon mestilah mereka yang diantara tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.
  5. Permohonan adalah terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).
  6. Untuk permohonan yang lengkap sahaja yang akan dilayan.

Untuk sebarang permohonan adalah perlu bagi seseorang individu untuk melengkapkan borang permohonan serta maklumat diri bagi melayakkan permohonan yang dibuat lulus.

Bilakah Sah Tempoh Permohonan Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000 Dibuka Dan Ditutup?

Sebelum membuat permohonan anda juga perlu mengetahui bilakah permohonan dibuka dan ini adalah bagi mengelakkan anda terlepas membuat permohonan atau cakna akan Tarikh tutup permohonan. Untuk pemberitahuan kepada semua, bagi permohonan bantuan motosikal BikeCare-1000 dibuka bermula sekarang dan permohonan akan ditutup pada 27 Januari 2023.

Permohonan hanya boleh dilakukan dengan mengikuti syarat yang ditetapkan dan perlulah dibuat permohonan dengan kadar segera sebelum tarikh tamat tempoh. Pemohon juga dinasihatkan untuk memberi maklumat dan butiran diri dengan yang betul dan sahih di dalam borang yang perlu diisi.

Untuk mereka yang berminat dalam membuat permohonan, anda boleh ikuti cara permohonan bantuan BikeCare-1000 dibawah. Sila teliti dahulu iklan dan cara-cara permohonan yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan.

Cara Permohonan Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000

Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000 Kepada Rakyat
Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000

Bagaimanakah Pemohon Boleh Membuat Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal?

Untuk pemberitahuan kepada semua Pemohon, anda boleh membuat permohonan berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan daripada pihak kerajaan negeri Selangor. Iklan bantuan ini telah diiklankan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di laman Facebook rasmi.

Iklan Program Bantuan Motosikal BikeCare-1000

Untuk permohonan hendaklah mengikuti dengan syarat yang telah ditetapkan dan perlu melalui saluran yang telah ditetapkan dan diperkemaskan oleh pihak UPPS. Pemohon juga disarankan untuk meneliti dahulu iklan program bantuan insentif yang ditawarkan serta syarat-syarat kelayakan yang mesti diikuti seperti yang ditetapkan dan perlu mengetahui cara-cara permohonan yang betul.

Cara-Cara Untuk Permohonan Bantuan Motosikal BikeCare-1000

Para pemohon boleh membuat permohonan bantuan motosikal dengan dibuat permohonan  kadar segera sebelum tarikh tamat tempoh itu 27 Januari 2023. Pemohon diminta membuat permohon dengan mengikuti  cara permohonan yang betul dan dengan kadar segera serta ikutilah saluran permohonan yang ditetapkan. Adalah dikongsikan kepada para pemohon cara-cara membuat permohonan:

  1. Muat turun borang permohonan terlebih dahulu : Iklan Bantuan Motosikal Program BikeCare-1000 Dan Borang Permohonan
  2. Borang mestilah diisi oleh pemohon dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam atau biru.
  3. Bagi setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab para pemohon. Pihak urus setia tidak akan memproses permohonan pemohon sekiranya pemohon memberi maklumat palsu dan tidak lengkap.
  4. Bagi permohonan  yang lewat tidak akan diproses.
  5. Sekiranya kegagalan atau kecuaian para pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan para pemohon ditolak.
  6. Sila hantarkan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup iaitu 27 Januari 2023.
  7. Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat Pejabat UPPS seperti alamat yang berikut:

East Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000

Sila Kemukakan Dokumen Seperti Berikut:

  • Satu salinan kad pengenalan pemohon (yang jelas).
  • Satu salinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).
  • Satu salinan penyata bank terkini (2 bulan).
  • Satu salinan lesen motosikal.
  • Satu alinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja P-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).

Sebarang Pertanyaan Mengenai Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000

Untuk pertanyaan dan persoalan lanjut mengenai Permohonan Bantuan Program BikeCare-1000, sila hubungi :

Tel: 03-5545 2216

Emel: [email protected]

attitude 2473875 640 1
Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000

Dengan maklumat lengkap melalui permohonan bantuan pembelian motosikal yang telah dibuka oleh kerajaan negeri Selangor, para pemohon boleh membuat semakan dan pastikan permohonan anda adalah menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Permohonan Bantuan Pembelian Motosikal Bikecare-1000 Kepada Rakyat adalah merupakan satu inisiatif daripada kerajaan negeri Selangor bagi membantu rakyat yang memerlukan dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan negeri.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati