Tips Berpakaian Secara Profesional Sebagai Seorang Pendidik. Sebagai seorang warga pendidik tidak kiralah guru mahupun pensyarah, pemilihan pakaian ke tempat kerja amat penting bagi memastikan anda kelihatan profesional dan mempunyai karisma tersendiri.
Imej diri dari segi pemakaian, pertuturan akan menentukan persepsi pertama orang lain terhadap diri kita. Oleh itu, gaya pemakain, gaya pertuturan dan setiap tingkah laku seorang pendidik akan diperhatikan oleh para pelajar.
Di samping itu, guru juga akan bersemuka dengan ibu bapa dan pihak profesional lain seperti wakil Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penampilan seorang guru itu penting dalam memberikan perspektif positif terhadap institusi pendidikan ini.
- Memberi imej positif dan menjaga kredibiliti dalam profesion perguruan
- Merupakan kakitangan awam
- Memupuk sifat hormat daripada individu lain
- Mewujudkan identiti yang profesional serta efektif dalam pekerjaan
Disini kami kongsikan etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian:-
- Surat Pekeliling Peraturan Pemakaian Guru dan Pensyarah di Maktab
- GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KPM 2020
Tips Berpakaian Secara Profesional
Isi Kandungan
Pemilihan pakaian yang betul dan bersesuaian
- Fokus utama adalah menunjukkan imej profesional kepada orang lain seperti baju berkolar, baju kurung, kemeja-T, blaus, blazer dan lain-lain
- Pilih pakaian yang diperbuat daripada material yang selesa dan bernafas. Jenis-jenis fabrik yang sesuai adalah seperti kapas, Jacquard, linen, crepe, denim dan rayon
- Fabrik yang selesa membolehkan kulit bernafas dengan baik dan amat sesuai dengan iklim di Malaysia
- Cari pakaian yang mudah dicuci dan senang dijaga kerana sebagai seorang guru tidak mempunyai banyak masa untuk mencuci
- Jangan memakai pakaian yang ketat yang menunjukkan bentuk badan
- Memakai kasut tertutup yang mempunyai padding dan selesa
- Elakkan memakai selipar atau kasut yang terbuka dan bertumit tinggi di dalam kelas
2. Mix and Match Pakaian
- Padankan pakaian dengan warna yang sesuai dan menarik. Warna yang terang membawa aura positif dan berpendirian tegas.
- Sekiranya anda memakai pakaian bercorak, pakai tudung yang tiada corak dan sederhana.
- Guru lelaki digalakkan memakai seluar berwarna gelap dan warna baju yang terang membawa aura ketegasan.
- Elakkan memilih warna yang pudar dan pucat.
- Memilih aksesori sesuai yang boleh membawa mesej profesional seperti jam
- Kurangkan memakai pakaian yang bercorak penuh, pilih yang polos dan minimalis
- Memakai skirt pada paras lutut dan berwarna gelap dengan blaus lengan panjang
3. Pilih aksesori dan pakai solekan yang sesuai
- Jika anda memakai cermin mata, pakai bingkai yang sesuai
- Pilih jam tangan yang cantik dan mempunyai kegunaan dari segi praktikal
- Potongan rambut yang pendek bagi lelaki , gayakan kemas dan sikat dengan rapi
- Memakai solekan yang sederhana dan minimum. Menggunakan warna lipstik yang sesuai tidak terlalu terang.
- Elakkan memakai solekan berlebihan dan tebal yang boleh mengganggu fokus pelajar
- Solekan dan rupa yang minimalis serta elegan adalah paling bersesuaian
Perkara-perkara yang perlu Dielakkan Dalam Berketerampilan
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu ELAKKAN dalam berketerampilan untuk ke tempat kerja iaitu:-
- Memakai aksesori yang terlalu banyak
- Pakaian yang terlalu banyak corak dan sarat dengan manik
- Warna yang pucat dan pucat
- Solekan yang terlalu tebal
- Wajah kusam tanpa sebarang lipstik atau solekan
Peringatan Bersama dalam Berpakaian Secara Profesional
Imej itu amat penting kepada setiap individu dalam menentukan persepsi orang lain terhadap diri kita. Sebagai seorang yang bekerja di dalam bidang pengurusan dan profesional, kita perlulah menunjukkan imej yang elegan dan berkarisma terutamanya di hadapan para pelajar.
Diharap dengan perkongsian kami kali ini dapat memberi gambaran dan panduan kepada para pendidik tentang tips berpakaian secara profesional. Semoga segala info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada para pendidik di luar.