Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Atas Tanah Sendiri Tahun 2022. Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi memudahkan dan membantu rakyat mendapatkan rumah dibawah subsidi kerajaan.
Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Tahun 2022
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berumur dari 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah mesti tidak melebihi RM3,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah dhaif / tidak sempurna
- Tapak / tanah bersesusaian mengikut keadaan dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah untuk pembinaan.
- Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Pada mereka yang layak memohon, anda boleh membuat permohonan samaada secara online atau manual. Jika berminat untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RNR) anda boleh ikuti langkah-langkah permohonan secacara online dan manual seperti di bawah :
Secara Online
- Buka laman web SPNB di Rumah Mesra Rakyat
- Klik Pendaftaran Baru dan pastikan isi borang pendaftaran dengan lengkap
- Setelah dari itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar anda
- Sila Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan kepada anda
- Lengkapkan borang yang dikehendaki
- Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
- Anda boleh menghantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan anda.
2. Secara Manual
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
- Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Semakan Status Kelulusan
“Rumah Rakyat, Kerajaan Bantu”
Kerajaan Malaysia harus dipuji kerana membantu membina rumah untuk rakyat yang berpendapatan rendah. Segala kesusahan rakyat, kerajaan Malaysia akan sentiasa membantu untuk meningkatkan dan mewujudkan negara Malaysia yang cakna rakyat.