Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 (JANM)

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 (JANM)

Sukacita diumumkan bahawa pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan jadual rasmi tarikh gaji penjawat awam 2024. Ini adalah merupakan dokumen penting yang akan menjadi rujukan oleh semua penjawat awam dibawah kerajaan Malaysia.

Pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2024 adalah disusun secara rapi dan bertepatan dengan keadaan bagi bulan-bulan tahun 2024. Sehubungan itu, anda kini boleh merujuk kepada jadual bayaran gaji penjawat awam 2024 yang kami sediakan dibawah berserta maklumat tambahan.

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 yang Terbaru Daripada JANM

Pekeliling Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024

Pihak JANM telah pun mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung tarikh gaji penjawat awam 2024 yang bertujuan untuk memberitahui makluman tarikh bayaran gaji serta memastikan kelancaran pembayaran gaji untuk tahun 2024.

Pengumuman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 6/2023 disertakan garis panduan dan peraturan yang diikuti berdasarkan rujukan rasmi yang anda boleh rujuk di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2024

Untuk rujukan tahun hadapan, disediakan jadual rasmi bayaran gaji penjawat awam tahun 2024. Sila rujuk jadual dibawah:

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam
(25 Januari 2024)
Khamis
Februari23.02.2024JumaatTahun Baharu Cina
(10 & 11 februari 2024)
Sabtu dan Ahad
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa
(10 & 11 April)
Rabu dan Khamis
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan
(30 & 31 Mei)
Khamis dan Jumaat
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai
(1 & 2 Jun)
Sabtu dan Ahad
Hari Raya Haji
(17 & 18 Jun)
Isnin dan Selasa
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024Khamis
November25.11.2024IsninHari Deepavali
(31 Oktober)
Khamis
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas
(25 Disember)
Rabu
Jadual rasmi tarikh gaji penjawat awam 2024
jadual tarikh gaji penjawat awam 2024
jadual tarikh gaji penjawat awam 2024

Info Penjawat Awam Bagi Tahun 2024

Tarikh Cuti untuk Penjawat Awam Tahun 2024

Para penjawat awam juga boleh merujuk informasi terkini berkenaan jadual tarikh cuti kelepasan am yang telah dikeluarkan oleh kerajan Malaysia.

Melalui pengetahuan mengenai tarikh cuti ini diharapkan akan dapat membantu anda dalam membuat perancangan untuk hari cuti bagi tahun 2024. Anda boleh membuat perancangan untuk bercuti, aktiviti bersama keluarga dan lain-lain.

Berikut adalah dikongsikan jadual cuti hari kelepasan am tahun 2024:

Hari Kelepasan AmTarikhHari
Tahun Baharu Cina10 Februari 2024Sabtu
Tahun Baharu Cina (Hari Kedua)11 Februari 2024Ahad
Hari Raya Puasa10 April 2024Rabu
Hari Raya Puasa (Hari Kedua)11 April 2024Khamis
Hari Pekerja1 Mei 2024Rabu
Hari Wesak22 Mei 2024Rabu
Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong3 Jun 2024Isnin
Hari Raya Qurban17 Jun 2024Isnin
Hari Raya Qurban (Hari Kedua)18 Jun 2024Selasa
Awal Muharam (Maal Hijrah)7 Julai 2024Ahad
Hari Kebangsaan31 Ogos 2024Sabtu
Hari Malaysia16 September 2024Isnin
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)16 September 2024Isnin
Hari Deepavali31 Oktober 2024Khamis
Hari Krismas25 Khamis 2024Rabu

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Sebanyak RM1,000 dan RM2,000

Berita gembira kepada penjawat awam bagi tahun 2024, Akan disalurkan bayaran insentif awal RM2000 untuk penjawat awam dan RM1000 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan warga veteran tidak berpencen.

 Kerajaan telah bersetuju menyalurkan bayaran insentif awal kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam serta pesara Sementara masih menunggu Kajian SSPA yang dijangka akan dimuktamadkan pada Penghujung tahun 2024.

Penyaluran bantuan ini akan dibuat pada akhir bulan Februari tahun 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan dalam bulan puasa dan raya Syawal.

Permohonan Inisiatif Rumah Peranginan Persekutuan Tahun 2024

Untuk makluman para penjawat awam bagi tahun 2024 akan dibuka kemasukan pengunjung di kalangan kakitangan awam melalui inisiatif Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang boleh dimohon mulai sekarang sebelum tarikh tutup. 

Sekiranya anda berminat membuat permohonan menetap di Rumah Peranginan Persekutuan anda boleh tempahan dengan kadar segera dan perlu mengikuti ketetapan yang telah ditetapkan oleh jabatan kerajaan.

Rumah Peranginan Persekutuan adalah inisiatif kerajaan khas kepada para penjawat awam Untuk menggalakkan para penjawat awam bercuti dalam dan luar negara. Bagi inisiatif ini anda meneliti maklumat lebih lanjut melalui tautan Rumah Peranginan Persekutuan. 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati