Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Apa itu POOL? 10 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Pertukaran Jawatan Kumpulan

pool

10 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Pertukaran Jawatan Kumpulan (POOL). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkongsian diteruskan lagi dengan perkongsian berkaitan POOL. Apakah yang dimaksudkan dengan POOL? Ia juga dipanggil Jawatan Kumpulan.

Jawatan Kumpulan (POOL) adalah satu jawatan yang di wujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan anggota sementara menunggu penempatan yang sesuai. Ianya diwujudkan bagi membolehkan seseorang pegawai yang menghadapi masalah kesihatan terus mendapat rawatan atau memperolehi cuti sakit yang panjang dan sekolah akan mendapat ganti guru lain serta proses pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah/jabatan terus berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

Apa itu POOL?

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 10 perkara penting yang perlu anda tahu berkaitan POOL (Jawatan Kumpulan) ini :

did u know

1. Apakah kriteria-kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan ke dalam Jawatan Kumpulan (POOL)?
Kriteria-kriteria yang melayakkan pegawai ditukarkan ke Jawatan Kumpulan adalah seperti berikut:

1. Pegawai Yang Menghadapi Masalah Kesihatan

  • Pegawai yang mengalami sakit berpanjangan melebihi 6 bulan dan sukar sembuh dalam masa terdekat dan mendapat sijil sakit daripada Pegawai Perubatan Kerajaan selama 180 hari atau lebih;
  • Pegawai yang menghidap Sakit Tibi, Kusta atau Barah dan Penyakit Lain yang setaraf dan mendapat sijil sakit daripada Pegawai Perubatan Kerajaan selama 180 hari atau lebih;

2. Pegawai Yang Menghadapi Sakit Mental

Pegawai yang menghadapi masalah sakit mental yang menyebabkan kehadiran mereka mendatangkan masalah kepada sekolah / jabatan. Walau bagaimanapun, mereka hendaklah terlebih dahulu disahkan menghidap sakit berkenaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

3. Pegawai Yang Telah Diluluskan Cuti Tanpa Gaji

  • Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji mengikut pasangan bertugas/berkursus di dalam atau di luar negara mengikut Pekelilling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2005 selama setahun atau lebih;
  • Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji menjaga anak mengikut Pekelilling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007 selama setahun hingga maksima 5 tahun (1,825 hari);
  • Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian mengikut Perintah Am Bab C dan PP Bil 9 Tahun 1991 selama setahun (360 hari) secara berterusan;

4. Pegawai Yang Berprestasi Rendah

Pegawai yang berprestasi rendah berdasarkan markah LNPT kurang daripada 60% selama dua (2) tahun berturut-turut dan tidak sesuai diambil tindakan tatatertib berasaskan latar belakangnya;
Pegawai boleh diambil tindakan untuk dibersarakan demi kepentingan Perkhidmatan Awam.

5. Pegawai Yang Telah Disyaki Melakukan Kesalahan Jenayah

  • Pegawai yang disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan jenayah seperti rogol, mencuri, berkhalwat, terlibat dalam rasuah dan sebagainya ;
  • Pegawai yang sedang disiasat atau didakwa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

6. Pegawai yang Perlu Ditempatkan ke Jawatan Kumpulan atas Kepentingan Perkhidmatan

  • Pegawai yang pendapat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) perlu ditempatkan ke jawatan kumpulan kerana sesuatu kepentingan perkhidmatan ;
  • Contoh : Pegawai Kaunselor di PPD, Pegawai Khas Menteri dan sebagainya.

2. Adakah penempatan pegawai ke Jawatan Kumpulan secara automatik?

photo 2914 landscape 650x433

Penempatan pegawai ke Jawatan Kumpulan adalah tidak secara automatik dan ianya adalah tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan dan adanya kekosongan Jawatan Kumpulan yang sesuai untuk menempatkan pegawai pada masa tersebut.

3. Bagaimanakah jawatan hakiki pegawai sekiranya dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan?

ndDRwBv3X3QW86aCs23TVRiV804

Jawatan hakiki yang ditinggalkan kosong oleh penyandang boleh dibuat pengisian oleh pengganti secara tetap. Penyandang boleh dikekalkan di sekolah/ Jabatan asal penyandang bertugas.

Mana-mana penyandang yang dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan tidak ditempatkan secara fizikal di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) kecuali diarahkan berbuat demikian. Semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan pegawai adalah masih di bawah kawalan Ketua Jabatan di mana pegawai tersebut bertugas.

4. Siapakah Ketua Jabatan bagi pegawai yang dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan sekiranya bertugas di sekolah dan tempat bertugas pegawai bukan di sekolah?

siapa 600x360

Pegawai yang bertugas di sekolah Ketua Jabatannya adalah Pengetua atau Guru Besar dan sekiranya pegawai bukan di sekolah Ketua Jabatannya adalah Pengarah, Setiausaha Bahagian dan Pegawai Pendidikan Daerah.

5. Dimanakah Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) disimpan sekiranya ditukarkan ke Jawatan Kumpulan?

where to start

BPK hendaklah terus disimpan dan diselenggara oleh Ketua Jabatan di mana pegawai bertugas.

6. Bagaimanakah gaji pegawai diuruskan?

Salary Negociating

Gaji pegawai diuruskan oleh Ketua Jabatan dengan menggunakan waran peruntukan kecil yang diturunkan kepada Ketua Jabatan/ Bahagian oleh BPSM. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan peruntukan bayaran emolumen pegawai dalam Jawatan Kumpulan yang berada di bawah kawalan masing-masing kepada BPSM.

7. Bagaimanakah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai yang ditukarkan ke Jawatan Kumpulan?

sasaran kerja tahunan

LNPT pegawai hendaklah disediakan oleh Ketua Jabatan di mana pegawai bertugas. LNPT tersebut hendaklah dikemukakan kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di mana pegawai bertugas bagi tujuan pemberian pergerakan gaji tahunan.

8. Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan surat kelulusan pertukaran masuk dan keluar pegawai dalam Jawatan Kumpulan?

Who

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

9. Bolehkah pegawai yang menghadapi masalah kesihatan dan menghadapi masalah sakit mental dikeluarkan dari Jawatan Kumpulan?

replace sick employee

Sekiranya pegawai telah disahkan pulih daripada penyakit yang dihidapi dan boleh menjalankan tugas oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada BPSM untuk mengeluarkan pegawai dari Jawatan Kumpulan. Permohonan hendaklah disertakan bersama-sama Laporan Perubatan atau Laporan Lembaga Perubatan berserta dengan ulasan dan syor pengetua /guru besar.

10. Apakah tindakan Ketua Jabatan sekiranya pegawai yang telah dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan menghadapi masalah sakit berpanjangan atau sakit mental dan telah menghabiskan cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan cuti rehat yang berkelayakan atau cuti tambahan selama 25 hari (bagi guru yang mengajar) dalam satu tahun kalendar?.
Ketua Jabatan perlu menubuhkan Lembaga Perubatan apabila telah memenuhi syarat-syarat di bawah Perintah Am 19 Bab F. Prosedur menubuhkan Lembaga Perubatan hendaklah berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995.

Semoga perkongsian ini iaitu 10 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Pertukaran Jawatan Kumpulan (POOL) memberikan kita pengetahuan berkaitan perkara ini dengan lebih mendalam. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

SUMBER : SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.2 TAHUN 2009

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati