Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong KPT Februari 2024

Jawatan Kosong KPT Februari 2024

Makluman sumber rasmi, jawatan kosong KPT Februari 2024 dibuka untuk permohonan warga Malaysia. Bagi semua tawaran ini dibuka khas untuk bulan Februari 2024 sahaja dan perlu diikuti oleh calon berkenaan tawaran yang diwar-warkan.

Berkenaan kekosongan jawatan di Kementerian Pengajian Tinggi pada Februari 2024, portal permohonan khusus telah dibuka bagi mereka yang berminat. Adalah dinasihatkan pemohon yang ingin memohon perlu merujuk beberapa maklumat seperti pengumuman dalam iklan rasmi, syarat kelayakan, syarat tambahan dan cara memohon dan lain-lain.

Pengambilan Jawatan Kosong KPT Februari 2024

Info Kekosong Jawatan di Kementerian Pengajian Tinggi

Berikut adalah merupakan peluang kerjaya yang dibuka oleh pihak KPT. Pihak kementerian memerlukan para calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan kadar segera.

MaklumatPenerangan
Jawatan KosongPERSONEL MYSTEP GRED 41 BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN
PERSONEL MYSTEP GRED 29 BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN
MajikanKementerian Pengajian Tinggi
Lokasi PenempatanPutrajaya
Taraf JawatanTetap / Kontrak

Tempoh Permohonan Dibuka dan Ditutup

Jika anda menerima maklumat mengenai tawaran kerja ini, Adalah patut untuk anda membuat permohonan dengan cepat dan perlu semak kepada iklan rasmi yang kami sediakan di bahagian bawah.

Untuk pengetahuan, permohonan telah dibuka pada 20 Februari dan akan ditutup pada 27 Februari 2024. Bagi mengetahui maklumat permohonen lebih lanjut, Anda boleh membuat semakan untuk dibahagian permohonan dibawah.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja KPT

Bagi permohonan, adalah perlu memenuhi beberapa kelayakan. Berikut adalah merupakan syarat bagi kelayakan permohonan jawatan kosong KPT Februari 2024:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah merupakan mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai kelayakan akademik seperti SPM, Diploma dan Ijazah dalam bidang yang sesuai dengan taraf jawatan. 

Skop Kerja untuk Jawatan Kosong KPT Februari 2024

Berikut adalah merupakan tugasan yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya terpilih dalam pengambilan Februari kali ini:

PERSONEL MYSTEP GRED 29 BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

  • Membantu menyelaras persediaan mesyuarat, perbincangan, bengkel, seminar dan majlis-majlis yang lain
  • Menyemak dan memantau pelaporan yang dikemukakan oleh Universiti/Jabatan/Agensi berkaitan TVET
  • Membantu penyediaan minit mesyuarat, kertas kerja, jemputan, maklum balas dan hal-hal yang berkaitan
  • Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PERSONEL MYSTEP GRED 41 BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN

  • Menyelaras persiapan dan bahan mesyuarat, perbincangan, bengkel, seminar dan majlis-majlis yang lain
  • Menyemak dan memantau pelaporan yang dikemukakan oleh Universiti/Jabatan/Agensi berkaitan TVET
  • Menyediakan minit mesyuarat, kertas kerja, surat jemputan, maklum balas, laporan dan hal-hal yang berkaitan
  • Memantau dan melaksanakan tugasan yang berkaitan Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM)
  • Mewakili Bahagian bagi menghadiri mesyuarat/bengkel/ perbincangan antara Jabatan/Bahagian.
  • Menyediakan pelaporan dan maklum balas daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ataupun daripada agensi/jabatan yang terlibat berkaitan STEM
  • Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Prosedur Permohonan Jawatan Kosong KPT Februari 2024

Rujukan Iklan Jawatan Kosong Rasmi

image 134
Jawatan Kosong KPT Februari 2024 3

Bagi membuat beberapa semakan mengenai tawaran iklan dan mengetahui maklumat terperinci. Calon perlu membuat semakan dan rujukan kepada sumber iklan jawatan kosong rasmi bagi memastikan anda membuat langkah permohonan yang betul melalui pautan yang kami sediakan:

Cara Mohon Jawatan Kosong

Untuk membuat permohonan jawatan kosong KPT Februari 2024 ini ada boleh merujuk kepada cara-cara dalam langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Sila layari laman permohonan kerja Myfuturejob.
  2. Pemohon perlu log masuk akaun terlebih dahulu dan sekiranya anda mahu tidak mempunyai akaun boleh daftar baharu.
  3. Sila pergi ke laman permohonan dan anda boleh memilih jawatan kosong yang tersedia iaitu paparan jawatan kosong yang tersedia.
  4. Kemudian pemohon boleh membuat beberapa semakan untuk anda memilih untuk jawatan yang dipohon dan mengesahkan permohonan anda.
  5. Pastikan segala maklumat yang tersedia adalah betul dan pastikan maklumat anda sudah dikemaskini.

Melalui penerangan maklumat yang kami sediakan ini, diharapkan dapat membantu anda dalam memilih kerjaya yang sepadan dan sesuai dengan anda. Diharapkan urusan permohonan anda berjalan dengan lancar. Sila pastikan anda membuat persiapan yang rapi untuk urusan seterusnya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati