Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 serta Tarikh Peperiksaan Terkini

Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 serta Tarikh Peperiksaan Terkini. Pendaftaran pengambilan MUET untuk sesi 3 telah dibuka sejak 27 Julai 2021 sehingga 12 September 2021.

Para pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET bagi sesi 3/2021 dan masih belum membuat sebarang pendaftaran, sila membuat pendaftaran secara atas talian sebelum 12 September 2021.

Bagi pengetahuan semua, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan tarikh penting peperiksaan untuk sesi 2 dan sesi 3.

Semua pelajar yang sudah mendaftar bagi sesi 2 perlu meneliti jadual peperiksaan seperti dibawah. Manakala, pelajar yang berminat untuk mendaftar MUET bagi sesi 3, masih boleh mendaftar lagi tarikh tutup adalah 12 September 2021.

Tarikh Penting Peperiksaan MUET 2021

Penangguhan MUET Sesi 2

  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking test): 8, 9, 10, 15, 16 dan 17 November 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Written test): 23 Oktober 2021

Penangguhan MUET Sesi 3

  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking test): 17, 19, 20, 24, 25 dan 26 Januari 2022
  • Tarikh Ujian Bertulis (Written test): 15 Januari 2022

Penundaan Tarikh Peperiksaan MoD 2021

Tarikh Peperiksaan : 23 Oktober 2021

MUET Wajib Diambil

Peperiksaan MUET adalah wajib diambil oleh para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.

Cara Pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi 3/2021

  • Pelajar perlu membuat pendaftaran secara atas talian (online) di laman web rasmi MPM. Sila layari portal pada pautan di bawah:
  • Untuk pengguna baru, pastikan anda mengdaftar akaun pengguna anda terlebih dahulu, sila klik bahagian ‘Daftar Pengguna
  • Pelajar boleh melihat manual pengguna bagi pendaftaran mengikut kategori:
  • Sebelum mendaftar di dalam sistem MPM, pelajar dapatkan maklumat berkaitan bayaran untuk menduduki ujian seperti berikut:
      • RM100.00 (calon Warganegara)
      • RM350.00 (calon bukan Warganegara)
  • Seterusnya, pelajar perlu membeli PIN MEC di kaunter/mesin ATM/perbankan internet Bank Simpanan Nasional atau secara atas talian di Pembelian No. Pin MPM bermula 27 Julai sehingga 11 September 2021.
  • Kemudian, pelajar boleh daftar masuk dengan memilih ‘No.Pin MEC’ dan memasukkan No.Pin yang telah anda beli pada ruangan yang disediakan.
  • Calon perlu melengkapkan segala maklumat yang diperlukan untuk proses pendaftaran.
  • Akhir sekali, cetak slip pendaftaran sebagai rujukan kelak.
  • Calon perlu menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian melalui portal MPM mulai 13 Oktober 2021 dan mencetak sebagai tiket ketika menduduki ujian.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada pihak MPM (Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) seperti berikut:

  • Talian : 03-61261600
  • Emel: psm@mpm.edu.my

Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai kerja kosong seperti Kekosongan Jawatan di Universiti Tenaga Nasional dan lain-lain.

Perkongsian Bersama 

Semoga perkongsian berkaitan Penangguhan MUET Sesi 2 & 3 serta Tarikh Peperiksaan Terkini ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET sebagai keperluan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Galakkan anak-anak anda untuk menimba ilmu tanpa mengira umur kerana ilmu sangat berguna masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here