Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Dibayar Bulan Ini Januari 2023

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Dibayar Bulan Ini Januari 2023
Senarai Bantuan Kerajaan

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Dibayar Bulan Ini Januari 2023. Bantuan kerajaan sudah mula dijalankan bermula bulan ini. Banyak bantuan yang telah kerajaan sediakan untuk kemudahan, membantu serta meringankan beban rakyat. Ini adalah janji dan bajet 2023 yang telah dibentangkan dalam parlimen dalam dewan rakyat.

Tambahan lagi, negara baru sahaja dipulihkan daripada pandemik Covid-19. Dan sudah tentu rakyat tidak dapat memilihkan kewangan sendiri dalam masa yang singkat kerna kesan pandemik Covid-19 begitu ketara meninggalkan kesan yang begitu besar pada rakyat.

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Dibayar Bulan Ini Januari 2023

Membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesusahan adalah merupakan matlamat utama kerajaan Malaysia hari ini dibawah kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan mempunyai tekad yang tinggi didalam membasmi kesusahan rakyat yang masih tinggi di tanah air tercinta.

Menurut sinar Harian, kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8.4 peratus pada tahun lepas berbanding 5.6 peratus yang direkodkan pada 2019.

Layari telegram saluran terpantas pengumuman rasmi bantuan kerajaan terkini januari 2023.

Senarai Bantuan Kerajaan Dibayar Bermula Bulan Januari Ini 2023

Menurut ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang terdahulu, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan juga menjangkakan bahawa kadar kemiskinan isi rumah di Malaysia telah meningkat daripada 405,000 pada 2019 kepada 640,000 pada tahun lepas.

Beliau menambah, peningkatan jumlah kemiskinan tersebut yang turut dialami oleh kebanyakan negara lain di seluruh dunia itu sebahagian besarnya adalah kesan daripada keadaan ekonomi yang terjejas ekoran penularan Covid-19.

“Ini adalah panggilan peringatan untuk kita semua pembuat dasar supaya meningkatkan dan melaksanakan reformasi serta polisi bagi membendung kemiskinan.

“Ia termasuklah usaha meningkatkan taraf hidup mereka yang berada dalam kumpulan yang mengalami nasib kurang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan International Forum On New Inclusive Asia 20201 (IFNIA 2021) bertemakan Poverty Alleviation in China – Lessons for Developing Countries yang diadakan secara maya pada Khamis.

STR Tambahan RM600

Baru-baru ini melalui pembentangan RUU kumpulan wang disatukan oleh Perdana Menteri telah membenarkan pembelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan sebahagian pada tahun 2023. Untuk makluman, peruntukan khas lebih daripada RM107 bilion telah diluluskan bagi melaksanakan beberapa program bantuan pada suku pertama tahun 2023.

Di halaman kali ini, telah disediakan senarai bantuan kerajaan yang boleh anda dapatkan sekiranya berkelayakan. Banyak program bantuan yang akan diperkenalkan dalam sidang BAJET 2023 nanti.

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Mula Diberikan Bulan Ini

1) BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Pihak kerajaan kini telah telah membuat pengumuman bahawa bantuan BAP ini akan diteruskan pada tahun hadapan. Pemberian insentif ini diberikan kepada pelajar sebanyak RM150 tanpa kira latar belakang had pendapatan keluarga. Bantuan ini akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023.

Tarikh Sekolah dibuka 2

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

KADAR :

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

KAEDAH PENYALURAN :

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU

Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

2) BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) Atau Sumbangan Tunai Rahmat (STR)

Untuk sedia maklum, pada awalnya bantuan BTR ini akan disalurkan pada bulan Mac. Tetapi atas dasar prihatin kerajaan telah bersetuju mempercepatkan bayaran BTR fasa 1 bermula Januari 2023.

Hal ini bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan terkesan dengan bencara banjir yang sedang berlaku di negara. Bagi kadar bantuan, 2 kategori akan terlibat dalam pembayaran fasa 1 nanti. Kategori berkeluarga akan mendapatkan bantuan sebanyak RM300 dan bujang sebanyak RM100.

Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini.

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang. Sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia Untuk Maklumat Lanjut www.mof.gov.my

3) BANTUAN ZAKAT

Untuk makluman, pihak Lembaga zakat Selangor (LZS) baru-baru ini telah menyediakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan. Ia dikenali sebagai pemberiaan LZS Peduli sebanyak RM600 dan diberikan secara sekali bayar pada bulan ini.

Bagi yang telepas pandang, permohonan bantuan ini masih dibuka sehingga 31 Januari 2023. Pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan. Jika anda berminat dan memerlukan, sila rujuk panduan permohonan di portal rasmi LZS Peduli DI SINI

4) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bagi memastikan kebajikan pekebun kecil getah di musim tengkujuh, pihak Kerajaan akan memberikan bantuan BMT Tambahan sebanyak RM200 bapa bulan Januari 2023.

Sebelum ini, BMT telah pun disalurkan pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah keseluruhan RM800.

5) BANTUAN KHAS KEWANGAN

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan khas kewangan (BKK) untuk penjawat awam Gred 56 kebawah dan pesara kerajaan akan diberikan bermula Januari 2023. Kadar bayaran adalah sebanyak RM350 kepada pesara dan RM700 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan sejuta pesara kerajaan berjumlah RM350.

Beliau memaklumkan, Kerajaan Perpaduan ingin memberikan penghargaan atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kepada anggota awam dalam menyumbang perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula kuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Terima Kasih Kerajaan Malaysia 

Semoga dengan Senarai Bantuan Kerajaan Yang Dibayar Bulan Ini Januari 2023 pada bulan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati