Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba untuk Kesihatan

ginkgo biloba
7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba untuk Kesihatan 6

Adakah anda tahu bahawa ginkgo biloba adalah tumbuhan purba yang telah ada di bumi sejak 270 juta tahun yang lepas? Tumbuhan purba ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Artikel ini menerangkan apakah itu ginkgo biloba, dan khasiat ginkgo biloba untuk kesihatan yang berpanjangan.

Apakah itu Tumbuhan Ginkgo Biloba?

Ginkgo biloba adalah antara salah satu spesis pokok yang tertua di dunia. Ginkgo biloba telah hidup lebih 270 juta tahun. Dalam genus ginkgo, hanya ginkgo biloba yang masih kekal sehingga sekarang. Ginkgo biloba juga termasuk dalam kategori tumbuhan yang terancam. Untuk satu pokok tumbuh, ia akan makan masa bertahun-tahun. Pokok ginkgo akan bertahan lama sehingga 3000 tahun.

125371686 659645734678078 1466758117634158868 n
7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba untuk Kesihatan 7

Ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok Ginkgo. Walaupun diancam kepupusan pada zaman ais, pokok ginkgo bertahan dan masih ada di negara China. Ia dipercayai merupakan salah satu spesis pokok yang hidup paling tua di dunia.

Pokok ginkgo adalah sejenis pokok yang bersaiz besar. Pada kebiasaannya pokok ini boleh mencapai ketinggian 20-35 meter dan ada juga yang mencecah sehingga ketinggian 50 meter. Pokok ginkgo tahan kepada angin yang kuat, salji dan juga tahan daripada penyakit menyebabkan ia boleh hidup lama. Daun ginkgo agak unik kerana ia berbentuk berbentuk seperti kipas dengan urat yang terpancar keluar ke bilah daunnya.

Latar Belakang Kajian Saintifik Ginkgo Biloba

Para saintis telah menemui lebih daripada 40 jenis sebatian kimia utama dalam ginkgo biloba yang dipercayai terdiri daripada sebatian flavonoid dan terpenoid. Flavonoid adalah antimikrob dan antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian makmal dan kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan. Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kepekatan platlet darah. Rujuk artikel di bawah mengenai kajian saintifik ke atas ginkgo biloba.

ggeett
7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba untuk Kesihatan 8

Khasiat Ginkgo Biloba

Berikut merupakan khasiat ginkgo biloba untuk kesihatan manusia:

1. Meningkatkan daya pemikiran dan ingatan (fungsi kognitif)
– Ginkgo sering diperkatakan sebagai `brain herb’.
– Hasil kajian saintifik menunjukkan bahawa ia meningkatkan daya ingatan ke atas pesakit dementia namun tiada kesan sedemikian dikesan bagi individu yang sihat
2. Mengurangkan simptom Pemenstrual Syndrome (PMS)
– Ginkgo biloba juga dikatakan dapat mengurangkan simptom yang berkaitan dengan PMS
3. Mengurangkan kesakitan Raynaud’s Syndrome
– Mengurangkan rasa sakit terutama pada jari tangan dan kaki kerana sejuk
– Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit yang mengambil ginkgo biloba dapat mengurangkan simptom penyakit selepas 10 minggu penggunaan berbanding dengan pesakit yang tidak mengambilnya.
4. Mengurangkan glaukoma
– Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan Ginkgo dengan dos 120mg selama 8 minggu memperbaiki daya penglihatan pesakit glaukoma.
5. Melegakan sakit kaki ketika berjalan akibat aliran darah yang lemah
– Terdapat hasil kajian yang menunjukkan apabila mengambil ginkgo akan meningkatkan pengaliran darah pesakit yang mengalami masalah ini dan berjalan dengan lebih jauh tanpa merasai kesakitan.
6. Mengurangkan gejala Vertigo (gangguan keseimbangan) dan pening
– Ginkgo mungkin dapat mengurangkan simptom akibat pening dan gangguan keseimbangan
7. Meningkatkan tahap penglihatan warna pesakit diabetes
– Terdapat hasil kajian yang menunjukkan dengan mengambil ekstrak ginkgo untuk tempoh 6 bulan boleh memperbaiki tahap penglihatan warna bagi pesakit yang mempunyai kerosakan retina akibat penyakit diabetes
239616487 397791318367248 872477068714030454 n
7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba untuk Kesihatan 9

Cara Pengambilan Suplemen Ginkgo Biloba

Jika anda ingin mencuba suplemen di farmasi berkaitan ginkgo biloba, anda harus terlebih dahulu mendapat nasihat daripada doktor yang merawat anda atau ahli farmasi.

1. Pastikan dos yang betul
2. Pengambilan ginkgo biloba jangka panjang diperlukan selama 4 – 6 minggu diperlukan untuk mendapatkan kesan ubat.
3. Ambil dos gingko biloba yang lebih rendah bagi mengelakkan gangguan perut.
4. Elakkan mengambil tumbuhan gingko yang belum diproses.
318576283 1846993935652735 3855971185579751889 n
7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba untuk Kesihatan 10

Soalan FAQs Berkenaan Ginkgo Biloba

Mengapakah pokok ginkgo biloba dikenali tumbuhan purba?

Pokok ginkgo biloba telah hidup lebih 270 juta tahun.

Apakah khasiat ginkgo biloba?

Melancarkan peredaran darah, fungsi kognitif, daya ingatan dan daya penglihatan.

Adakah ginkgo biloba mempunyai kebaikan untuk penglihatan?

Ada, ginkgo dapat meningkatkan daya penglihatan

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati