Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ujian Bertulis PT3 2018 Akan dibuat Pindaan Tarikh Pelaksanaan

ujian bertulis

Pindaan Tarikh Pelaksanaan Ujian Bertulis PT3 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia bertarikh 3 Mei 2018, terdapat perubahan yang berlaku dalam pelaksanaan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Umum sedia maklum, Pentaksiran Tingkatan Tiga atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.

afedc2db34d82f62a8ea83017e4ea3a0 announcements first united methodist church did you know clipart png 407 239

PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. Namun, Pentaksiran Tingkatan Tiga diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama.

Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan Jadual Kerja dan Jadual Waktu yang berkaitan dengan pindaan tarikh pelaksanaan PT3 2018 ini untuk dimuat turun.

Dapatkan “Pindaan Tarikh Pelaksanaan Ujian Bertulis PT3 2018” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Pindaan Tarikh Pelaksanaan Ujian Bertulis PT3 2018

  1. Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3 – Pindaan 1/2018
  2. Jadual Waktu PT3 Calon Biasa – Pindaan 1/2018
  3. Jadual Waktu PT3 Calon Berkeperluan Khas (CBK) Kategori A – Pindaan 1/2018
  4. Jadual Waktu PT3 Calon Berkeperluan Khas (CBK) Kategori B – Pindaan 1/2018

 

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pindaan Tarikh Pelaksanaan Ujian Bertulis PT3 2018 dapat memberikan informasi terkini dan bermanfaat khususnya kepada warga pendidik, ibu bapa dan calon yang bakal menduduki PT3 pada tahun ini. Semoga berjaya daripada kami. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

SUMBER : LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Tiada Lagi PT3 Selepas Ini

Umum sudah mengetahui bahawa ujian Pentaksiran Tingkatan 3 atau PT3 sudah dimansuhkan. Keputusan drastik yang dibuat oleh pihak kerajaan sebelum ini memang benar-benar memberi kesan besar terhadap tahap pendidikan di negara kita.

Sebelum ini, PT3 ialah ujian penilaian bagi pelajar tingkatan 3 di sekolah menengah. Ianya merupakan ujian pentaksiran yang banyak membantu sekolah cemerlang seperti MRSM dan SBP memilih dan menapis pelajar yang benar-benar layak dan cemerlang untuk memasuki sekolah tersebut.

PT3 yang masih baru dilaksanakan ini sebelumnya dipanggil PMR atau Penilaian Menengah Rendah kini sudah tiada lagi. Antara nama ujian PT3 ialah :

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Penialaian Menengah Rendah (PMR)
  • Sijil Rendah Pelajaran (SRP)

Kesan Buruk PT3 di Hapuskan

Pada kali ini kami akan kongsikan 10 keburukan apabila PT3 dihapukan. Antaranya ialah :

  • Pelajar tingkatan 1 hingga 4 hilang motivasi untuk belajar kerana tiada peperiksaan besar untuk mereka bersaing diantara mereka.
  • Tiada matlamat untuk datang ke sekolah. Situasi ini banyak berlaku di sekolah rendah dan kerana PT3 dihapuskan, ianya kini merebak ke sekolah menengah bagi pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4.
  • Guru tingkatan 5 kepenatan mengejar kefahaman murid dimana ibarat ilmu dari tingkatan 1 hingga 4 perlu disumbat masuk kedalam otak pelajar semasa mereka tingkatan 5.
  • Pelajar hilang skil belajar. Kerana sudah lama tidak belajar dengan serius, para pelajar sudah hilang kreativiti menyalin nota, belajar berkumpulan, belajar dalam tekanan, buat persembahan pembelajaran dan sebagainya. Ianya satu kerugian yang besar.
  • Pelajar menjadi kurang berdisiplin dan tidak boleh belajar dalam tekanan. Kerja rumah yang sedikit pun sudah tidak mampu dibuat apa lagi jika diberikan soalan-soalan KBAT untuk difikirkan pasti ramai yang mengeluh dan awal-awal sudah berputus asa.
  • Ramai pelajar tidak menghormati guru dan adab terhadap guru semakin merosot. Ini kerana mereka hilang kebergantungan mereka kepada para guru.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati