
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 4 kekosongan dan 6 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 13 September 2021 (Isnin), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 ini akan ditempatkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Isi Kandungan
- Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.
- Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.
- Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan. program pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program pelalian penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai
Jadual Gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Gaji Minimum | RM 1,494.00 |
Gaji Maksimum | RM 5,674.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 145.00 |
Syarat Lantikan Penolong Pegawai Veterinar
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan Akademik
- Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau - Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06).
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keperluan Tambahan
- Anak Negeri Sembilan bagi calon atau ibu/bapa, atau
- Alamat tempat tinggal calon di Negeri Sembilan (bagi calon yang bukan anak negeri), dan
- Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan /kelulusan sijil/diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti/jawatankuasa berkaitan sebelum atau pada tarikh tutup iklan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
MUAT TURUN: IKLAN-SPA9_PG-SUKNS-PenolongPegawaiVeterinarGredG29
Cara Permohonan
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- 49 Kekosongan Jawatan RISDA
- Jawatan Kosong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
- Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Muar
- Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
- Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 September
- Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!