Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Aneka Resepi Maruku yang Rangup untuk Kudapan Hari Raya

MARU
Aneka Resepi Maruku yang Rangup untuk Kudapan Hari Raya 7

Maruku bukan sahaja dihidangkan semasa perayaan Deepavali sahaja, bahkan semasa Hari Raya Aidilfitri juga ia turut dihidangkan sebagai kudapan raya. Selain daripada aneka biskut dan snek tradisional, muruku juga antara kudapan yang digemari dan biasa dihidangkan buat tetamu di rumah orang Melayu di Malaysia. Jadi resepi muruku bukanlah asing lagi bagi kita semua. Artikel kali ini menerangkan resepi maruku yang rangup untuk anda cuba semasa hari raya nanti.

Resepi Maruku untuk Kudapan Hari Raya

Antara resepi maruku yang boleh digunakan untuk kudapan Hari Raya adalah resepi maruku reben, maruku jintan manis, maruku bawang putih, maruku butter dan maruku Omapodi.

Resepi Maruku Reben

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi maruku reben:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung kacang kuda
  • 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
  • ¼ sudu teh asafoetida
  • 1 sudu teh mentega
  • 110ml air
  • Sedikit garam
  • Minyak masak untuk menggoreng
19059924 667134573472242 1274381776317355680 n
Aneka Resepi Maruku yang Rangup untuk Kudapan Hari Raya 8

Kredit: Rasa

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
  5. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Maruku Jintan Manis

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi maruku jintan manis:

  • ¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 2 cawan Tepung Beras
  • ½ cawan Tepung Ulunthu (Urad Dhal) goreng
  • 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 300ml air
  • Minyak untuk menggoreng
muruku asli 600x450 1
Aneka Resepi Maruku yang Rangup untuk Kudapan Hari Raya 9

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
  2. Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

Resepi Maruku Bawang Putih

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi maruku bawang putih:

  •  1 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung kacang kuda
  • 5 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang putih (dikupas)
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 50ml air
  • Minyak untuk menggoreng
omapodi recipe 2 500x500 1
Aneka Resepi Maruku yang Rangup untuk Kudapan Hari Raya 10

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
  2. Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

Kredit: Puan Tamil Selvi Samugam Sundram

Resepi Maruku Butter

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi maruku butter:

  • 1 cawan Tepung Beras
  • 1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
  • 1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 1 cubit Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng
35972702 1248770845252946 6782236926456889344 n
Aneka Resepi Maruku yang Rangup untuk Kudapan Hari Raya 11

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk

Resepi Maruku Omapodi

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi maruku omapodi:

  • ¼ cawan tepung beras
  • 1 cawan Tepung Kacang Kuda
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng
Untitled design 24 1 768x439 1
Aneka Resepi Maruku yang Rangup untuk Kudapan Hari Raya 12

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Maruku

Apakah resepi Maruku yang digemari di Malaysia?

Maruku jintan manis, maruku bawang putih, maruku reben, maruku butter dan maruku omapodi.

Apakah tepung yang digunakan untuk masak resepi maruku bawang putih dan maruku butter?

Tepung Beras, Tepung Kacang Kuda dan Tepung ‘Pothukadalai’

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati