Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan

gerhana matahari 1
xr:d:DAF_NuDM2tw:354,j:7887352989716320959,t:24040717

Pernahkah anda mengerjakan solat gerhana matahari atau gerhana bulan? Jika anda tidak pasti cara mengerjakan solat gerhana matahari atau bulan, disini penulis akan menerangkan cara untuk anda mengerjakan solat tersebut.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

Slide1
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 10
Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Pengenalan Solat Gerhana Matahari dan Bulan

Solat sunat gerhana ialah solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau bulan rukun tertentu. Solat ini dianjurkan supaya didirikan di sepanjang fenomena gerhana tersebut berlaku sehingga selesai. Solat gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (bulan) dan kusuf (matahari).

Apa itu Gerhana Matahari?

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari lantas menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana matahari akan berlaku jarang-jarang sekali.

TM2024 21
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 11

Fenomena Gerhana Matahari Penuh akan berlaku pada 8 April 2024 selama 1 hari selepas bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu kedudukan Bulan terdekat dari Bumi di dalam orbit Bulan mengelilingi Bumi dengan jarak 358,850 km. Bagaimanapun, fenomena Gerhana Matahari Penuh ini tidak dapat dilihat di Malaysia, tetapi dapat disaksikan di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Jika anda menetap di kawasan ini, dan mengalami gerhana matahari, anda boleh melakukan solat gerhana matahari.

TM2024 21B
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 12

Apa itu Gerhana Bulan?

Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang Bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini, bumi akan berada di antara Bulan dan Matahari di dalam kedudukan tepat sebaris. Dikatakan fenomena Gerhana Bulan Penumbra telah berlaku 25 Mac 2024 selepas bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,294 km. Bagaiamanapun kejadian ini, tidak dapat dilihat dari negara-negara Asia seperti Malaysia. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Lautan Pasifik.

TM2024 18
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 13
TM2024 18B
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 14

Hukum Solat Gerhana Matahari dan Bulan

Hukum solat gerhana matahari (kusuf) dan solat gerhana bulan (khusuf) adalah sunat muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian.

Lafaz Niat Solat Gerhana Matahari

Berikut adalah lafaz niat solat gerhana matahari dan bulan:

Slide2
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 15

Cara Solat Gerhana Matahari atau Bulan

Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau
mana-mana surah.
8. Ruku’ dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam
Syarat tambahan
1. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
2. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
3. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
4. Jika solat itu terdiri dari wanita sahaja, maka tidak perlu khutbah.

Waktu Solat Gerhana Matahari

  1. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut.
  2. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana matahari.
104006489 1816968471776457 8786619510583650998 n
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 16

Waktu Solat Gerhana Bulan

  1. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari.
  2. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya.
  3. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka (i) Qaul Qadim: tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh), (ii) Qaul Jadid: ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk).
186508066 321333792771218 502146032726100560 n
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 17

Soalan FAQs Berkenaan Solat Gerhana Matahari atau Bulan

Apakah hukum solat gerhana matahari dan bulan?

Sunat muakkad

Adakah kita di Malaysia merasai gerhana matahari pada 8 April 2024?

Tidak merasakan jika berada di Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati