Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Beli Emas Secara Ansuran, Boleh Ke?

Beli Emas Secara Ansuran
Beli Emas Secara Ansuran

Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya adakah dibolehkan untuk membeli emas secara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.

Berpandukan kepada  AL-KAFI #1817: HUKUM MEMBELI EMAS SECARA ANSURAN yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Ringkasan Jawapan Beli Emas Secara Ansuran

Diharamkan dan tidak sah jual beli emas secara ansuran kerana mengandungi unsur riba al-nasiah. Riba al-nasiah adalah riba yang berlaku disebabkan menangguhkan bayaran secara sengaja.

Penerangan Jawapan

Secara asal, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan samaada hendak membeli secara tunai ataupun hutang.

Akan tetapi, apabila suatu transaksi tersebut terkait dengan item ribawi (barang-barang yang terpalit dengan hukum riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak tergelincir dalam kancah riba.

Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda :

الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَد

Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.

Hadis Muslim (1587)

Berikutan hadis diatas, jual beli barang ribawi seperti emas barang kemas wajib dilakukan secara lani (serta merta) tanpa bertangguh.

Penerangannya, transaksi jual beli barang ribawi hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; tidak kira penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari tu dua hari selepas itu.

(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, ms 81)

Seandainya terdapat syarat ketika menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia termasuk dalam ciri riba al-nasiah; iaitu riba yang berlaku oleh sebab tempoh bayaran tertangguh. Lebih dahsyat lagi pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj lain.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)

Oleh yang demikian, jual beli emas secara ansuran seperti yang dinyatakan diatas adalah diharamkan dan tidak sah kerana tergolong dalam riba al-nasiah iaitu riba yang berlaku disebabkan penangguhan pembayaran secara sengaja.

Alternatif Beli Emas Secara Ansuran

409452264 10232254387760592 9028277274514157941 n 1

Alternatifnya, pembeli dibolehkan untuk meminjam wang daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.

Akan tetapi, pembeli perlu menghindari diri dari meminjam duit daripada pihak yang sama iaitu penjual emas tersebut agar tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkaitan “jual dan beli hutang”didalam satu masa yang sama.

Ini berdasarkan hadis Baginda,

أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ

Maksudnyaa: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutanga”. Musnad Ahmad (10/120)

Sebilangan ulama antaranya Ibn Qayyim Rhm menghuraikan hadis diatas bahawa ianya menjadi asas utama didal muamalat yang melarang umat islam daripada berbuat tipu helah untuk melakukan riba dalam transaksi jual beli. Walaupun perkara ini tidak disebutkan dengan jelas namun dapat difahami lantaran senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang imgin dicapai oleh kedua-dua pembeli dan penjual, iaitu :

  1. Penjual emas memberi pinjam duit mereka bertujuan agar emasnya laku terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak ingin membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
  2. Pembeli pula seandainya tidak diberi pinjaman wang oleh penjual kepadanya, maka dia tak akan membeli emas tersebut.

(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)

Kesimpulannya, nasihat kami kepada para pembeli agar tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mustahak sahaja. Adapun jika ada lebihan duit selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan harta lain seperti emas dengan syarat pembayan mestilah dibuat secara tunai.

Sekian soal jawab Beli Emas Secara Ansuran.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati