Sedapnya kalau dapat makan kuih sagu buatan sendiri. Jimat dan lagi puas makan berulang-kali dan yang paling penting kebersihan pembuatan pun terjamin. Sekali buat boleh makan dalam 5-10 orang atau lebih! Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati di kedai runcit atau di pasaraya yang berdekatan.
Oleh itu, bagi anda yang pertama kali mahu buat juga sangat dialu-alukan kerana resipi ini sangat mudah dan sangat sedap. Selamat Mencuba!
Penerangan Kuih Sagu dan Jenis-jenisnya
Isi Kandungan
Kuih sagu ini menjadi salah satu hidangan atau sebagai pencuci mulut didalam sesebuah majlis atau mesyuarat. Oleh itu, kuih ini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai jualan komersial dan biasanya ia dihasilkan bagi kegunaan sendiri dan jualan menurut tempahan sahaja.
Ikuti penerangan lebih lanju mengenai kuih sagu berserta jenis-jenisnya.
Apakah Itu Kuih Sagu?
Kuih sagu ini merupakan kuih tradisional yang sangat mudah untuk dibuat yang juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat yang berbeza. Kuih ini juga dikenali sebagai kuih beronok atau beronok sagu, kuih sagu mata ikan dan lain-lain. Kuih ini sangat enak dimakan pada waktu pagi dan petang.
Selain itu, ia juga sangat sesuai dimakan oleh masyarakat dari pelbagai jenis lapisan umur oleh kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap.
Kebiasaannya, kuih sagu ini dihasilkan bagi jualan harian kerana tidak tahan dalam jangka masa yang panjang dan perlu diletakkan didalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Jenis-Jenis Kuih Sagu
Terdapat beberapa jenis kuih sagu. Berikut adalah 3 jenis kuih sagu yang anda boelh ketahui seperti dibawah:
- Kuih Sagu Merah
2. Kuih Sagu Gula Melaka
3. Kuih Talam Sagu
Himpunan Resepi Kuih Sagu yang Mudah
Anda ingin membuat kuih sagu? Mudah sahaja! Ikuti 3 resepi kuih sagu yang mudah untuk anda buat di rumah:
Resipi Kuih Sagu Merah
Bahan-bahan:
- 2 cawan sagu
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu besar pewarna sirap ros
- Sehelai daun pandan disimpulkan
- air, untuk merebus
- Bahan-bahan untuk salutan kelapa:
- Kelapa parut (sebaiknya kelapa parut putih sahaja)
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Basuh sagu dan toskan.
- Rebus sagu bersama air dan daun pandan yang disimpulkan di atas api yang perlahan. Anggaran air ialah seruas paras jari macam masak nasi tu.
- Kacau perlahan sampai sagu menjadi pekat.
- Masukkan gula dan pewarna sirap ros .Kacau sekata.
- Tuang sagu di dalam loyang atau bekas yang sesuai dan kukus selama 20 minit. Jika sagu masih banyak biji-biji yang putih teruskan kukus sedikit lagi.
- Sejukkan dan kemudian pindah ke peti ais supaya betul-betul sejuk.
- Potong dan gaul dengan kelapa parut
- Cara-cara untuk kelapa parut:
- Kukus sekejap kelapa parut.
- Gaul bersama sedikit garam
Resipi Kuih Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
- Bahan untuk sagu:
- 1 1/2 cawan sagu
- air secukupnya
- Bahan untuk kuah santan:
- 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan disimpulkan
- Bahan untuk sirap gula melaka:
- 1 ketul besar gula melaka
- 3 sudu besar gula merah
- 2 sudu besar gula pasir
- 1 helai daun pandan disimpulkan
Cara Penyediaan:
- Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
- Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
- Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
- Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
- Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara membuat kuah santan:
- Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api yang sederhana perlahan.
- Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara untuk sirap gula melaka:
- Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah, gula pasir dan daun pandan.
- Masak hingga mendidih, pekat dan gula larut. Kacau sebati.
- Tapis dan sejukkan.
- Boleh juga tonton video cara pembuatan kuih sagu gula melaka Che Nom:
Resipi Kuih Talam Sagu
Bahan-bahan untuk lapisan bawah sagu:
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan sagu – dicuci dan rendam sebentar
- 1/2 cawan gula pasir
- Sedikit garam
- Pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya:
- Sapukan acuan lompang dengan minyak terlebih dahulu.
- Gaulkan semua bahan hingga sebati.
- Masak dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat menggunakan api perlahan.
- Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Setelah itu, sendukkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapu dengan minyak.
- Kukus selama 20 minit atau sehingga biji-biji putih di dalam sagu hilang.
- Cakar permukaan lapisan bawah dengan garfu.
- Kukus selama 15 minit. Angkat dan tuangkan adunan untuk lapisan atas, kemudian kukus semula selama 15 minit.
Bahan-bahan untuk lapisan atas:
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
Cara membuatnya:
- Gaul semua bahan supaya rata.
- Tapiskan ke dalam kuali tak lekat dan kacau sebentar atas api.
- Apabila pekat, tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.
- Kukus lagi selama 20 minit.
Tips: Balutkan penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap air tidak menitik di atas permukaan kuih.
Dengan merujuk resipi kuih sagu ini dapat membantu dan memudahkan anda untuk menghasilkan kuih sagu ini dengan mudah dan mempunyai rasa yang sedap. Sangat senang hati jika anda kongsikan resipi ini dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda. Semoga bermanfaat.