Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Program Pinjaman Pelajaran MARA ke Universiti Terbaik Dunia 2021

Program Pinjaman Pelajaran MARA
Program Pinjaman Pelajaran MARA

Program Pinjaman Pelajaran MARA ke Universiti Terbaik Dunia 2021 telah ditawarkan oleh MARA. Ia merupakan program pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka di dunia.

Tujuan utama program pinjaman ini diwujudkan adalah untuk melahirkan modal insan yang merupakan bakal pemacu ekonomi profesional serta meningkatkan bilangan kerja yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

pinjaman MARA

Garis Panduan Permohonan Program Pinjaman Pelajaran MARA

Tarikh Penting Permohonan

Tarikh Buka Permohonan : 14 Jun 2021

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Jun 2021

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Syarat Umum
    • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa merupakan bumiputera dan warganegara Malaysia.
    • Pemohon yang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda mesti TIDAK melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2021.
    • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.
    • Pemohon mempunyai taraf kesihatan yang baik dan wajib disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar serta BEBAS daripada perkara berikut:
      •  
      • Mengandung
      • Penyakit mental
      • Cacat fizikal
      • Penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain)
      • Penyakit Genetik
      • Penyalahgunaan dadah serta tiada rekod masalah mental
    • Tidak mendapat bantuan kewangan atau tajaan daripada mana-mana agensi
    • Pemohon, Ibu dan Bapa atau Penjaga TIDAK termasuk dalam senarai hitam atau tindakan undang-undang oleh MARA.
    • Tidak pernah ditamatkan tajaan atau bantuan kewangan oleh mana-mana penaja atas masalah disiplin, tindakan undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh Institusi Pengajian atas kesalahan disiplin.

2. Syarat Khusus

    • Program pinjaman ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran daripada universiti atau sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka dunia seperti senarai di bawah.
    • Bidang atau program pengajian yang diambil mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia. Bidang perubatan dan pergigian TIDAK termasuk di dalam program ini.
    • Isi rumah atau pendapatan keluarga TIDAK melebihi RM60,000 sebulan ATAU tidak melebihi RM600,00 pendapatan bercukai tahunan.

3. Syarat kelayakan akademik seperti berikut :

kelayakan akademik

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman mengikut kategori seperti:

  • Pelajar baharu – Berdasarkan tempoh pengajian sebenar
  • Pelajar dalam pengajian – Tempoh pengajian sedia ada tidak kurang daripada 1 tahun

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

  1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan secara atas talian (online) melalui lama sesawang MARA :
  2. Permohonan hanya sebelum atau semasa tempoh tarikh yang diiklan.
  3. Pemohon yan disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan melalui emel atau mesej untuk menduduki ujian seterusnya
  4. Sekiranya pemohon tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Dapatkan Panduan Pinjaman Pelajaran MARA di sini

Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

Maklumat Lanjut

Jika sekiranya pemohon mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui keterangan lebih lanjut, sila hubungi talian berikut:

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA,
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Emel : [email protected]

Sebelum ini kami ada berkongsi berkaitan bantuan pendidikan dan kerajaan seperti Biasiswa Yayasan Pahang ke Universiti AwamBantuan Prihatin Rakyat Tambahan dan Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat.

Semoga perkongsian Program Pinjaman Pelajaran MARA ke Universiti Terbaik Dunia 2021 dapat membantu pelajar dari segi kewangan yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel dengan ahli keluarga, atau kenalan ramai yang layak untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati