Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PEKELILING SIJIL CUTI SAKIT SWASTA DINAIKKAN SEHINGGA 180 HARI BAGI TAHUN 2022

IMG 20220424 141620

Pekeliling Sijil Cuti Sakit Swasta Dinaikkan Sehingga 180 Hari Bagi Tahun 2022. Mulai 18 April 2022 ini, Ketua Jabatan boleh menerima Sijil Sakit Swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa memerlukan tandatangan timbal daripada Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar berbanding 15 hari sebelum ini bagi kemudahan cuti sakit.

Ini merupakan penambahbaikan peraturan pengesahan sijil cuti sakit swasta bagi rawatan pesakit luar. Peraturan baru pengesahan sijil cuti sakit swasta ini dimaklumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui edaran surat dan hebahan di media tempatan serta media sosial.

Penambahbaikan Pekeliling Sijil Cuti Sakit Swasta Untuk Penjawat Awam

Sijil Cuti Sakit Swasta
Sijil Cuti Sakit Swasta

Penambahbaikan peraturan ini merupakan satu pelarasan dengan mengikut perubahan trend keperluan hidup semasa, polisi ini ditetapkan oleh Kerajaan yang mana akan menggalakkan penggunaan perkhidmatan swasta sekaligus menyumbang ekonomi swasta dan dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital Kerajaan.

Pendekatan kerajaan ini diambil bagi mengurangkan birokrasi dalam proses untuk mendapatkan pengesahan berhubung sijil sakit swasta yang melebihi tempoh yang ditetapkan.

Semua pihak yang terlibat dari golongan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan, berdasarkan integriti dan profesionalisme.

Mana-mana pihak yang melanggar etika dalam proses mengeluarkan sijil sakit palsu, mereka adalah tertakluk di bawah peraturan sedia ada dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak yang mengawal selia tadbir urus klinik-klinik swasta.

SURAT PEKELILING SIJIL CUTI SAKIT SWASTA

SOALAN LAZIM 

1.Bilakah pemakaian peraturan penerimaan sijil sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam tahun kalendar ini berkuat kuasa?

Penambaikan ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan iaitu pada 18 Februari 2022.

2. Bagaimana pula dengan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam?

Kekal.Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.

3.Sekiranya pegawai telah menggunakan 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar, adakah pegawai masih boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi?

Tidak boleh.Pegawai tidak boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi setelah menerima 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar.

Ini kerana jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.

4. Adakah sijil sakit swasta yang diterima oleh pegawai masih perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan bagi 90 hari pertama dan kelulusan Ketua Setiausaha bagi 90 hari seterusnya?

Ya, peraturan tersebut masih berkuat kuasa.

5.Pegawai telah menggunakan kelayakan Cuti Sakit Bergaji Penuh sebanyak 180 hari dalam suatu tahun kalendar dan pegawai masih lagi sakit. Apakah cuti lain yang boleh pegawai gunakan dalam tempoh sakit tersebut?

Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang ada dan sekiranya telah digunakan dan pegawai masih tidak sihat, pegawai boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan Separuh Gaji hingga 90 hari dan Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji hingga 90 hari (Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji) dengan perakuan Lembaga Perubatan.

Peruntukan ini adalah sepertimana terkandung dalam Perintah Am 22 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan pindaannya dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991.

6. Apakah tindakan yang boleh diambil bagi pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu atau meminda cuti sakit?

Ketua Jabatan hendaklah membuat semakan sewajarnya ke atas kesahihan sijil sakit swasta yang dikemukakan oleh pegawai.

Tindakan tatatertib di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil oleh Ketua Jabatan kepada pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu.

Selanjutnya anda boleh baca soalan lazim dengan lebih lanjut dibawah :

SOALAN LAZIM BERKAIT PEKELILING BARU SIJIL CUTI SAKIT SWASTA

Pekeliling Baru Kerajaan Tanda Keprihatinan Kerajaan Malaysia

Berdasarkan pekeliling baru yang ditetapkan oleh kerajaan berkait cuti sakit penjawat awam adalah satu penambahbaikan kerajaan selaku majikan terhadap pekerja awam. Dengan penambahbaikan ini ia memberi kemudahan kepada pekerja awam semasa sakit.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati