Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Nazmi Saharuddin Pengadil Malaysia di Piala Dunia 2026

Nazmi Saharuddin Pengadil Malaysia di Piala Dunia 2026

Malaysia berada di peringkat dunia! Itulah yang boleh diungkapkan apabila pengadil Malaysia di piala dunia 2026. Pengadil tersebut telah mewarnai dunia bola sepak Malaysia dan kerap menjadi pengadil perlawanan FIFA sebelum ini.

Pengadil dari Malaysia bernama Muhammad Nazmi Nasaruddin telah dipilih untuk untuk Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026. Kita akan menyaksikan pengadil Malaysia di piala dunia 2026.

Berkenaan Pengadil Malaysia Di Piala Dunia 2026

Siapakah Pengadil Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin?

image 107
Pengadil Malaysia di Piala Dunia

Muhammad Nazmi bin Nasaruddin dilahirkan di Kodiang, Kedah pada 26 Februari 1990. Beliau ialah seorang pengadil bola sepak profesional Malaysia sejak tahun 2010 dan untuk FIFA sejak 2016. Merupakan pengadil Malaysia pertama yang mempunyai pengadil VAR.

Nazmi menjadi pengadil dalam Liga Premier dan Liga Super sejak tahun 2011. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke senarai pengadil antarabangsa FIFA pada 2016. Pengalaman beliau telah mengadili banyak perlawanan dalam Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC, sebagai pegawai keempat.

Pada Februari 2017, beliau mengadili perlawanan Piala AFC 2017 pertamanya, dimana perlawanan melibatkan peringkat kumpulan antara Yadanarbon F.C. dan Home United FC.

Sebab Nazmi Dipilih Jadi Pengadil Malaysia di Piala Dunia 2026

image 108
Pengadil Malaysia di Piala Dunia

Nazmi sebelum ini seorang pengadil yang menceburi bidang pengadil bola sepak sejak tahun 2010 adalah pengadil Malaysia pertama mengadili perlawanan AFC Champions League yang menggunakan Video Assistant Referee (VAR). Beliau ketika itu mengadili perlawanan yang berlangsung pada 20 September 2023 di Thailand melibatkan Buriram United menentang kelab China, Zhejiang FC.

Untuk tempoh tahun 2023 juga, Nazmi bersama dua pembantunya iaitu Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid telah mengadili enam perlawanan AFC Champions League yang menggunakan teknologi VAR dalam perlawanan.

Pengalaman beliau semakin luas apabila Nazmi turut dijemput untuk mengadili beberapa perlawanan Liga Arab Saudi 2023. Oleh kerana beliau lah pengadil Malaysia di Piala Dunia,

Sesuai dengan penetapan syarat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mana semua pengadil yang dilantik untuk perlawanan tertinggi AFC dan FIFA wajib untuk memiliki lesen VAR. Oleh itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memulakan usaha untuk memperoleh lesen pengadil VAR melalui program pintas latihan VAR.

Hubungan FAM Malaysia dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF)

image 110
Nazmi Saharuddin Pengadil Malaysia di Piala Dunia 2026 5

Hubungan akrab di antara Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al-Misehal telah memberi peluang buat Nazmi untuk dihantar ke Arab Saudi bagi mendapatkan Lesen VAR dan pada Ogos 2023, Nazmi telah diiktiraf oleh FIFA sebagai pengadil VAR pertama di Malaysia.

Selain itu, dengan kelayakan tersebut di samping prestasi cemerlang Nazmi di Piala Asia B-20 2023 di Uzbekistan pada Mac 2023 yang mana beliau dipilih sebagai pengadil Final telah membolehkan Nazmi bersama dua pembantunya, Zairul dan Arif Shamil terpilih ke Piala Asia 2023 di Qatar, baru-baru ini.

Bagi tahunb 2024, sejarah tercipta apabila Nazmi bersama dua pembantunya itu telah dipilih untuk mengadili perlawanan piala Asia 2023 di peringkat kumpulan, Iraq lwn Vietnam dan perlawanan pusingan 16 terbaik, Uzbekistan lwn Thailand.

Di samping itu, Zairul juga telah dipilih sebagai Penolong Pengadil 2 bagi perlawanan separuh akhir, Iran lwn Qatar.

Malaysia Terpilih Dalam FIFA World Cup Candidate 2026

Prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Nazmi dan dua pembantunya telah mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC yang membolehkan Nazmi dipilih secara merit sebagai ‘FIFA World Cup Candidate 2026’.

Nazmi kini dipilih untuk menyertai Kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’ yang akan diadakan bermula 25 hingga 29 Februari 2024 di Negara Qatar.

Nazmi juga akan terus diuji melalui beberapa siri kursus anjuran FIFA dan AFC, termasuk perlawanan-perlawanan melibatkan anjuran FIFA dan AFC sebagai syarat pemilihan secara merit ke Piala Dunia 2026.

Pihak FAM juga akan memberi segala bantuan dan sokongan dari aspek perancangan latihan serta bantuan kepakaran ilmu untuk pengadil kepada trio negara iaitu Nazmi, Zairul dan Arif Shamil agar misi meletakan Nazmi sebagai pengadil utama dan pertama dari Malaysia di Piala Dunia, kejohanan bola sepak dunia yang berprestij tinggi akan tercapai.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati