Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Menu Berbuka Puasa: 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat

Presentation1H
Menu Berbuka Puasa: 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat 7

Resepi udang memang menjadi kegemaran dan kesukaan penduduk Malaysia. Tambahan lagi, pada Bulan Ramadhan yang Berkat ini, pasti ramai yang terfikir apakah masakan yang mudah dan cepat disediakan serta mengenyangkan untuk seisi keluarga di rumah.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Dalam bulan Ramadhan, banyak pahala jika seseorang itu memberi makanan dan memasakkan makanan kepada orang yang berbuka. Malah dengan memberikan makanan orang berbuka, ianya juga berkait rapat dengan amalan bersedekah. Artikel ini bertujuan untuk menyenaraikan 5 resepi udang yang mudah dan cepat untuk juadah berbuka atau bersahur di Bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

5 Resepi Udang Masakan Yang Mudah dan Ringkas

Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi udang masak sambal tumis udang:

  • 1/2 kilo udang
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 sudu besar kicap pekat atau biasa
  • 1 sudu besar gula perang atau biasa
  • 1/2 sudu perasa
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu besar asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • 1 biji bawang besar dihiris
mnmn
Menu Berbuka Puasa: 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat 8

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Bersihkan udang, gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan seterusnya goreng sekejap selama 2-3 minit
  2. Angkat udang dan ketepikan dulu, gunakan minyak yg sama, tumis bawang yang telah dikisar. Apabila bawang sudah wangi, masukkan pula cili kisar, masak sampai pecah minyak
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan kicap pekat, asam jawa, garam, dan gaul sehingga sebati
  4. Masukkan juga gula serta serbuk perasa, dan masukkan udang yang telah digoreng tadi serta gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan pula bawang besar yg dihiris. Masak sekejap sekadar bawang layu, dan kemudian itu api ditutup.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Udang Goreng Kantonise

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi udang masak udang goreng kantonise:

  • 25 ekor udang saiz sederhana – buang kulitnya
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 inci halia muda dihiris
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu minyak bijan sesedap rasa dan Garam
  • 1 biji cili merah dihiris
  • Daun bawang untuk hiasan
kkkj
Menu Berbuka Puasa: 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat 9

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Panaskan minyak masak sekejap udang dan angkat.
  2. Baki minyak tadi dan tumiskan bawang putih dan halia.
  3. Masukkan sos tiram dan minyak bijan dan secubit garam.
  4. Kemudian masukkan udang dan cili merah dan gaul rata dan sesuaikan rasa.
  5. Tabur daun bawang sebagai hiasan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi udang masak udang goreng tepung:

  • 1 / 2 kilo udang
  • Tepung Bistari
  • Sesedap rasa
  • Minyak untuk menggoreng
ijkjkj
Menu Berbuka Puasa: 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat 10

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Udang dikupas kulitnya dan tinggalkan bahagian hujungnya sahaja
  2. Letak tepung Bistari dalam mangkuk mengikut keperluan dan gaul dengan sesedap rasa.
  3. Udang digolek-golekan dalam tepung tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
  4. Angkat dan toskan minyak dan masakan sedia untuk dihidangkan.

Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi udang masak lemak cili padi:

  • 400 gram udang
  • 1/2 biji nanas
  • Kacang panjang
  • Segenggam cili padi
  • Kunyit hidup (sebesar ibu jari setiap sebiji)
  • 2 batang serai
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 biji kelapa atau 1 1/2 kotak santan
  • 2 cawan air suam
  • 1 1/2 sudu kecil garam
udang goreng
Menu Berbuka Puasa: 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat 11

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Tumbuk lumat kunyit hidup & cili padi.
  2. Ketuk hancurkan serai.
  3. Masukkan nanas dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk. Hidupkan api, kecutkan nanas seketika. Bila nanas sudah mengecut, air akan keluar dari buah nanas.
  4. Masukkan udang.
  5. Tuangkan santan dan air suam.
  6. Taburkan garam, daun kunyit serta serai dan kacang panjang
  7. Kecilkan sedikit api, dan biarkan mendidih. Jangan sampai santan pecah. Berikan perasa secukupnya.
  8. Siap dihidangkan.

Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi udang goreng kunyit:

  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, dihiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukupnya
  • 3 sudu besar minyak masak
kunyti
Menu Berbuka Puasa: 5 Resepi Udang Yang Ringkas dan Cepat 12

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi.
  4. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  5. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  6. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Udang

Apakah antara resepi udang masakan yang ringkas dan mudah?

Udang goreng tepung, udang masak kunyit, sambal tumis udang.

Apakah minyak yang digunakan untuk udang goreng Kantonise?

Minyak bijan.

Apakah sos yang digunakan untuk masakan udang goreng kunyit?

Sos tiram.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati