Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Ayam Goreng Mcd, 5 Cara Masak Ayam Goreng Mcd Ranggup dan Pasti Menjadi Kegilaan Ramai

Resepi Ayam Goreng Mcd

Resepi ayam goreng McD? adakalanya kita mengalami selera yang kuat terhadap makanan tertentu seperti ayam goreng rangup ala McDonald’s? Admin faham bahawa kita sedang mengalami fasa ini tetapi juga mengambil keputusan untuk tidak menyokong McDonald’s pada masa ini kerana isu boikot yang sedang berlaku.

Admin akan memberi anda panduan terperinci untuk menyediakan ayam goreng rangup yang sedap seperti McDonald’s di rumah sendiri. Dengan cara ini, anda dapat memuaskan selera anda tanpa perlu membeli dari restoran McDonald’s semasa tempoh boikot tersebut.

Resepi Ayam Goreng McD, Anda Boleh Menyediakan Ayam McD Di Rumah

20240222 103325 0001

Apakah ayam goreng McD

Ayam goreng merupakan salah satu hidangan yang sangat popular dan digemari oleh ramai orang di seluruh dunia. Citarasa yang sedap, tekstur lapisan luarnya yang garing dan bahagian dalamnya yang lembut, serta aroma semerbaknya yang menambahselera menjadikan ayam goreng sebagai menu yang selalu dinanti-nantikan.

Panduan Lengkap Resepi Ayam Goreng McD

Berikut adalah beberapa langkah yang admin kongsikan panduan untuk penyediaan resepi ayam goreng McD:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji telur
  • sedikit lada (ikut suka tambah)
  • Air
  • Minyak
  • 1/2 cawan tepung ayam goreng hot & spicy bon chief
  • Daun kari (ikut suka)

Langkah 1: Celup ayam dalam Bahan Telur

IMG 20240222 094451 401
  • Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
  • Tambah lada kacau hingga sebati.
  • Celupkan setiap kepingan ayam ke dalam bancuhan telur sehingga salutan nipis terbentuk

Langkah 2: Rendam ayam dalam Bahan Perap

IMG 20240222 094451 563
  • Dalam mangkuk lain, campurkan 1/2 cawan tepung ayam goreng Bon Chef Hot & Spicy, 1 sudu kecil lada sulah dan sedikit air.
  • Bancuhan perap ini perlu sedikit cair, tidak terlalu pekat.
  • Rendam ayam yang sudah disalut telur ke dalam bancuhan perap ini.
  • Tambah ais batu bagi hasil ayam yang rangup
  • Taburkan sedikit hirisan daun kari ke atas ayam untuk perisa tambahan.
  • Biarkan ayam berperap selama 30 minit hingga 1 jam dalam peti sejuk.

Petua bagi hasilkan rasa yang lebih sedap, rendam perapan ayam selama semalaman.

Langkah 3: Salut semula ayam dengan Campuran Tepung

IMG 20240222 094451 047
  • Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan sedikit masa supaya tidak terlalu sejuk.
  • Dalam mangkuk berasingan, gaul rata 1 cawan tepung ayam goreng Bon Chef Hot & Spicy dan 3 sudu besar tepung beras.
  • Golek-golekkan ayam yang sudah diperap dalam Campuran Tepung ini sehingga mendapat salutan tepung yang baik.
  • Celup semula ayam dalam Bahan Perap dan kemudiannya golek-golekkan sekali lagi dalam Campuran Tepung untuk lapisan kedua salutan.
  • Ketuk-ketuk ayam tersebut bagi ada kepingan, untuk hasilkan kepingan cripsy

Langkah 4: Menggoreng ayam

IMG 20240222 094451 310
  • Panaskan minyak dalam periuk yang cukup besar untuk ayam dapat ditenggelamkan sepenuhnya semasa menggoreng. Suhu api sederhana.
  • Masukkan beberapa kepingan ayam pada satu masa supaya minyak tidak menjadi sejuk. Jangan terlalu padat.
  • Goreng ayam sehingga berwarna keemasan, jangan terlalu sering membalikkan supaya salutan tepung tidak mudah terkelupas.

Langkah 5: Saji ayam goreng panas-panas!

IMG 20240222 094451 173 1

Kredit kepada Sufian Alias untuk resepi asal dan tips. Selamat mencuba! Jangan lupa gunakan tepung ala Mcd Bon Chef untuk hasil terbaik. Semoga berjaya!

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Ayam Goreng McD

Apakah rahsia ayam goreng Ala McD yang membuatkannya istimewa?

Menggunakan tepung bom Chef serta Ayam goreng McD dimasak dengan teknik penggorengan bertekanan tinggi yang memastikan salutan tepung rangup menjadi garing dan renyah serta perapan ayam dilakukan semalaman.

Apakah bahan-bahan utama yang diperlukan untuk membuat ayam goreng ala McD?

Anda memerlukan ayam segar, tepung bon chef dan minyak.

Apa teknik untuk mendapatkan salutan rangup garing seperti McD?

Dua lapisan salutan diperlukan – pertama, ayam disalut tepung sedikit tebal. Kedua, salut ayam dalam rendaman tepung ais , ayam disalut sekali lagi dengan campuran tepung untuk mendapat lapisan kedua.

Bagaimana suhu dan teknik memasak untuk mendapatkan hasil seperti McD?

Anda perlu menggoreng ayam pada suhu 350°F dengan minyak yang mencukupi untuk ayam tenggelam sepenuhnya. Goreng selama 12-15 minit sehingga keperangan, tanpa terlalu kerap membaliknya.

Bolehkah saya menggunakan tepung biasa?

Anda boleh menggunakan tepung bestari dan campur sedikit tepung bon chef, untuk hasil yang kurang pedas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati