Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Mysubsidi Diesel Login Serta Cara Mohon Subsidi Diesel KPDNHEP

Mysubsidi Diesel Login Serta Cara Mohon Diesel Bersubsidi KPDNHEP

Kerajaan Malaysia perkenalkan sistem Mysubsidi Diesel yang merupakan sistem yang ditambah baik bagi memastikan kenderaan yang mendapatkkan bekalan diesel dari stesen minyak atau tangki skid dilengkapi bersama sistem ‘Fleet Card’ bagi memantau penggunaan diesel serta mengelakkan ketirisan berlaku.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi sektor pengankutan darat (barangan) melalui fleet card. Menurut kerjaan, program subsidi diesel masih diteruskan tetapi mesti melalui sistem ‘Fleet Card’.

Pengenalan Subsidi Diesel dan Jenis Serta Kelayakan Permohonan Subsidi Diesel

Subsidi diesel adalah merupakan sejenis subsidi kerajaan melalui belanjawan 2002 pada 19 Oktober 2001. Ia diberikan untuk pengankutan darat yang dilesenkan daripada SPAD atau LPKP melalui pembelian di stesen minyak, atau mendapat bekalan terus dari syarikat minyak bagi menyimpan dalam skid tank yang diluluskan oleh KPDN.

Pemberian subsidi diesel ini adalah khusus bagi beberapa kenderaan dan tidak diberikan kepada kenderaan yang digunakan dalam persekitaran kompleks seperti Lapangan Terbang, Pelabuhan, kawasan kilang, tapak atau premis pembinaan dan juga kawasan pembalakan.

Apakah Itu Mysubsidi Diesel?

image 433

Mysubsidi diesel adalah merupakan laman sistem atas talian yang diperkenalkan oleh KPDNHEP untuk memudahkan urusan individu dan syarikat membuat permohonan subsidi diesel dan urusan meluibatkan pengurusan minyak diesel.

Adakah Benar Subsidi Diesel Akan Dimansuhkan Pada Tahun 2024?

Berikutan tular mengenai kerajaan akan memansuhkan pemberian subsidi diesel di media sosial, kerajaan telah tampil untuk memberi penjelasan bahawa, subsidi diesel akan dimansuhkan pada tahun 2024 adalah tidak benar. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak KPDN sendiri menerusi akhbar Kosmo.

image 436

Jenis Subsidi Diesel yang Disediakan

Terdapat dua jenis subsidi diesel yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Berikut adalah jenis subsidi diesel yang disediakan:

  • Subsidi Diesel untuk Permohonan ‘Skid Tank’
    • Sektor pengangkutan darat
    • Sektor pengankutan sungai
  • Subsidi Diesel untuk Permohonan ‘Fleet Card’

Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Diesel

Untuk membuat permohonan melalui Mysubsidi diesel terdapat beberapa syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan oleh pihak KPDNHEP. Berikut adalah senarai syarat kelayakan permohonan subsidi diesel:

  1. Mestilah permohonan dibuat oleh pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
  2. Hanya kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. Adalah ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
  4. Bagi syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah hanya untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    • Mengemukakan dengan lengkap serta tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

Bagi semakan syarat kelayakan yang lebih lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi Mysubsidi diesel.

Jenis kenderaan yang layak mendapat subsidi Diesel

image 434
Mysubsidi Diesel Login Serta Cara Mohon Subsidi Diesel KPDNHEP 6

Terdapat sebanyak 11 jenis kenderaan yang layak untuk menerima subsidi diesel kerajaan Malaysia. Berikut adalah senarai 11 jenis kenderaan yang layak untuk menerima subsidi diesel:

  • Bas Sekolah
  • Teksi
  • Bas Ekspres
  • Van Mayat
  • Bas Berhenti-henti
  • Lori Mayat
  • Bas Mini
  • Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  • Bas Pengantara
  • Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  • Kereta Sewa

Langkah seterusnya, anda boleh merujuk cara membuat permohonan bagi mendapatkan subsidi diesel melalui sistem online Mysubsidi diesel.

Panduan Permohonan Subsidi Diesel Melalui Mysubsidi Diesel Login

Cara Mohon Subsidi Diesel (Fleet card)

Untuk makluman kepada semua, bagi permohonan kelulusan pembelian diesel bersubsidi ini menggunakan kaedah ‘Multiple Fleetcard’ untuk permohonan baru. Selain itu, bagi kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat atau individu melalui Mysubsidi diesel.

Berikut adalah cara mohon subsidi diesel untuk fleet card:

  1. Untuk membuat permohonan boleh layari laman Mysubsidi Diesel.
  2. Bagi pengguna baharu anda boleh mendaftar akaun baharu terlebih dahulu, kemudian log masuk.
  3. Untuk membuat permohonan anda boleh merujuk pada manual pengguna yang telah disediakan.
  4. Selepas anda mengikut rapat cara dan kaedah yang betul, anda boleh membuat pengesahan segera.

Manual Pengguna Permohonan Mysubsidi Diesel

Berikut adalah manual pengguna yang anda boleh rujuk bagi langkah permohonan yang lebih jelas:

Permohonan Tambahan Kuota Subsidi Diesel

Bagi permohonan tambah kuota boleh dibuat dengan mengisi dan menghantar permohonan tersebut melalui borang SKDS-1 kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) seperti alamat di bawah:

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 2 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Untuk makluman, permohonan tersebut akan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) untuk kelulusan.

Bagi sebarang pertanyaan dan permasalahan, anda boleh menghubungi:

Bilik Subsidi Fleetcard
Tel : 03-8882 6311
Tel : 03-8882 6758
Tel : 03-8882 6917

Cara Mohon Subsidi Diesel (Skid Tank)

image 435
Mysubsidi Diesel Login Serta Cara Mohon Subsidi Diesel KPDNHEP 7

Untuk permohonan subsidi diesel bagi skid tank adalah terdapat dua jenis kategori. Berikut adalah cara buat permohonan subsidi diesel skid tank:

Sektor Pengankutan Darat

  1. Pemohon hendaklah memiliki skid-tank yang diluluskan oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna di negeri atau daerah yang berkenaan.
  2. Permohonan adalah melalui penghantaran borang yang tertera pada alamat dibawah.
  3. Berikut adalah borang serta senarai semak yang perlu digunakan:

Sektor Pengankutan Sungai

  1. Sekiranya pemilik-pemilik bot penumpang sungai memohon kemudahan subsidi diesel melalui pihak ketiga, pemilik bot penumpang sungai berkenaan hendaklah menandatangani surat akuan pemilik bot penumpang sungai yang membenarkan pihak ketiga untuk memohon subsidi diesel bagi pihak mereka.
  2. Borang serta senarai semak yang perlu digunakan.

Selepas selesai melengkap borang yang diperlukan serta senarai semak, anda boleh menghantar permohonan ke alamat tertera dibawah:

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD)
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 2(Menara), No 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Bagi sebarang pertanyaan dan persoalan, anda boleh menghubungi pegawai:

Datin Sri Wan Rosliza Binti Abdul Rashid
Tel: 03-88826434
Emel : wanrosliza[at]kpdnhep.gov.my 

Soalan FAQs Berkenaan Mysubsidi Diesel

Bilakah diperkenalkan subsidi diesel?

Subsidi diesel mula diperkenalkan pada tahun 2001 semasa belanjawan 2002.

Apakah kepentingan subsidi diesel?

Untuk memberi sokongan ekonomi dan kemudahan kepada rakyat Malaysia bagi menikmati penggunaan diesel kerajaan.

Bagaimanakah login Mysubsidi Diesel?

Anda boleh terus melayari dengan membuat carian ‘Mysubsidi diesel’ dan anda boleh log masuk dengan mudah.

Adakah boleh sesebuah syarikat memohon subsidi diesel?

Ya, boleh dengan membuat permohonan online dan isian borang.

Adakah kerajaan boleh menarik subsidi diesel selepas diluluskan?

Sekiranya terdapat beberapa masalah atau kesalahan, kerajaan mempunyai hak untuk menyekat pemberian subsidi diesel.

5 KOMEN

  1. MAAF NAK BERTANYA.. ADA PENGGUNA KENDERAAN CONTOHNYA JENAMA KIA YNG ENJINNYA PETROL JUGA TIDAK LAYAK MENDAPAT HARGA PETROL SUBSIDI DAN TERPAKSA BAYAR HARGA YG LEBIH TGGI DARI SEBELUM INI..PERLU UNTUK MOHON FLEET CARD / MYSUBSIDI JGAK.. MOHON PENJELASAN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati