Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024

Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024
Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024 7

Awal Muharram 2024 tahun ini akan membuatkan semua umat Islam memperingati semula peristiwa bersejarah dalam Islam di seluruh dunia. Walaupun tradisi Awal Muharram berbeza dari negara ke negara, ia adalah cuti umum di kebanyakan negara Islam, termasuk Malaysia.

Mari kita ketahui lebih lanjut tentang tarikh Awal Muharram dan Kalender Bulan Islam 2024 pada tahun ini di Malaysia.

Berkenaan Hari Muharram 2024 Serta Kalendar Bulan Islam 2024

Apa Maksud Hari Muharram?

AWAL MUHARRAM 1
Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024 8

Awal Muharram atau dikenali sebagai Maal Hijrah merupakan bulan pertama dalam tahun Islam. Ia bermaksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Sesungguhnya, bulan Muharram itu disebut sebagai bulan Allah, di mana gelaran ini amat istimewa kerana tidak disebut pada bulan-bulan lain.

Ini kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Susulan peristiwa hijrah itu, kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Tarikh Awal Muharram 2024

AWAL MUHARRAM 2
Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024 9

Awal Muharram adalah permulaan Tahun Baru Islam. Tahun Baru Islam mewakili titik permulaan era umat Islam apabila Nabi Muhammad meninggalkan Mekah ke Madinah untuk melarikan diri dari penganiayaan pada 622M.

Intipati penghijrahan Nabi Muhammad adalah proses untuk mengubah keadaan seseorang dan oleh itu, tumpuan perayaan adalah pada muhasabah, zikir dan kesyukuran. Peristiwa itu turut menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan, serta menjadi penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil.

Berikut adalah Tarikh berlakunya Awal Muharram atau Maal Hijrah pada tahun 2024:

HariTarikh
Petang Sabtu – Ahad7 Jul 2024

Senarai Cuti Umum Awal Muharram 2024 Seluruh Negeri

TahunTarikhHariCutiNegeri
202110 OgosSelasaAwal MuharramSemua Negeri
202230 JulSabtuAwal MuharramSemua Negeri
202231 JulAhadAwal Muharram (Cuti Gantian)Kelantan & Terengganu
202319 JulRabuAwal MuharramSemua Negeri
20247 JulAhadAwal MuharramSemua Negeri
20248 JulIsninAwal Muharram (Cuti Gantian)Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Awal Muharram adalah cuti umum di Malaysia. Tetapi bukan semua negeri di Malaysia melanjutkan cuti gantian hari Awal Muharram pada 8 Julai 2024 ini. Terdapat 4 buah negeri yang tidak melanjutkan cuti gantian Hari Muharram iaitu negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Trengganu.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Muharram 2024

Sebagai umat Islam, menyambut tahun baru 2024, digalakkan membaca doa. Terdapat dua doa yang boleh dibaca oleh umat Islam pada malam tahun baru ini. Kedua-dua doa tersebut merupakan doa akhir dan awal tahun 2024. Dengan melafazkan doa-doa ini, semoga kita mendapat keberkatan dan pertolongan Allah SWT sepanjang tahun berikutnya.

AWAL MUHARRAM 3
Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024 10

Sambutan Awal Muharram 2024 Serta Maal Hijrah 2024

Ucapan Hari Muharram 2024

AWAL MUHARRAM 4
Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024 11

Ucapan selamat tahun baru ini bukan hanya sebatas rangkaian kata, melainkan sebagai doa agar setiap langkah kita senantiasa dilimpahi kebaikan dan keikhlasan. Melalui doa dan harapan yang disampaikan, mari kita berusaha untuk merangkul keberkahan dan kedamaian.

Berikut adalah senarai ucapan Hari Muharram yang boleh anda gunakan:

  1. “Selamat Menyambut Hari Muharram tahun 1446 Hijrah. Semoga di tahun ini kita dapat belajar memaknai arti kehidupan serta berupaya untuk melakukan perubahan yang lebih baik lagi.”
  2. “Awali tahun ini dengan selalu mengucapkan rasa syukur dan semoga tahun ini menjadi awal yang baik untuk kita semua. Selamat Tahun Baru 1446 Hijrah.”
  3. “Selamat Menyambut Awal Muharram 1446 Hijrah. Hidup bukan hanya tentang menjadi siapa yang terbaik, tapi lebih pada istiqamah untuk selalu berbuat baik di sisa umur kita.”
  4. “Mari jadikan momentum tahun baru Islam ini untuk senantiasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Selamat Tahun Baru 1446 Hijrah.”
  5. “Semoga momentum pergantian tahun ini menjadi semangat untuk kita bangkit dan berubah ke arah yang lebih baik. Selamat Menyambut Maal Hijrah.”
  6. “Selamat Menyambut Tahun Baru Awal Muharram. Semoga di tahun yang baru ini, boleh menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga hidup kita makin penuh berkah.”

Sambutan dan Tema Maal Hijrah 2024

AWAL MUHARRAM 5
Tarikh Awal Muharram 2024 dan Kalendar Bulan Islam 2024 12

Kebiasaannya, selepas masuk waktu Asar, masjid dan surau akan mengadakan majlis membaca doa akhir tahun dan kemudian amalan ini disambung selepas Maghrib iaitu membaca doa awal tahun, diikuti dengan bacaan Yaasiin, doa selamat dan kuliah agama.

Pada keesokan harinya, Maal Hijrah juga akan disambut dengan perarakan yang disertai oleh Badan-badan Kerajaan, NGO dan sebagainya. Acara ini kemudiannya diikuti dengan kemuncak bagi majlis sambutan Maal Hijrah iaitu penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Tema bagi sambutan Awal Muharram pada tahun ini adalah (akan dikemaskini kemudian). Festival Maal Hijrah 1446H/2024 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023, di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Berikut adalah rakaman penuh dari Buletin TV3 berkaitan sambutan Maal Hijrah tahun 1445 Hijrah 19 Julai 2023.

Soalan FAQs Berkenaan Awal Muharram 2024

1. Bila Hari muharram 2024?

7 Jul 2024 bersamaan hari Ahad.

2. Bagaimana peristiwa Awal Muharram berlaku?

Berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

3. Negeri mana yang cuti pada Awal Muharram?

Semua negeri di Malaysia dan Kedah, Kelantan, terengganu dan Johor tidak termasuk dalam negeri cuti gantian.

4. Apa makna bulan muharram?

Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah.

5. Adakah awal muharram cuti umum di Malaysia?

Tarikh Awal Muharram ini merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati