Permohonan Program Diploma Kolej Profesional Mara Sesi 2/2021 Ambilan Julai

permohonan program diploma 2/2021 kpm

Permohonan Program Diploma Kolej Profesional Mara Sesi 2/2021 Ambilan Julai kini telah dibuka kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional Mara (KPM).

Kolej Profesional Mara juga pernah dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) suatu ketika dulu adalah kolej tubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan program pengajian Diploma dan Sijil. Penubuhan KPM adalah bertujuan untuk melahirkan para graduan yang berkepimpinan tinggi serta dapat mengisi kekosongan ekonomi dalam negara. Pada masa yang sama, program pengajian KPM juga telah mendapat kelayakan akreditasi MQA bagi menjamin kualiti pendidikan dan peluang pekerjaan pelajar.

Syarat Umum Kemasukan Diploma KPM 

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah Warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung;
  2. Umur mencapai 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tahun permohonan;
  3. Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  5. Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  6. Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  7. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yan terhad; dan
  8. Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

Cara Memohon Program Diploma KPM

Permohonan telah dibuka secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MARA dan di laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) selama 134 hari bermula pada 17 Februari 2021 sehingga 30 Jun 2021. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan, pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (Frequently Asked Question-FAQ) yang telah dimuat naik di portal MARA dan portal UPIM.

Pemohon dibenarkan untuk mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan hanya pindaan terkini sahaja akan diambil kira bagi tujuan penyimpanan data. Bagi memastikan proses permohonan adalah sempurna, pemohon perlulah mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Diploma KPM Sesi 2/2021 Ambilan Julai sebagai bukti permohonan telah berjaya dilakukan. Bukti permohonan yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan perlulah dijadikan sebagai simpanan bagi pihak pemohon sahaja.

Dapatkan “Iklan Permohonan Program Diploma Kolej Profesional Mara Sesi 2/2021” di sini


Pemohon boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan syarat khusus melalui iklan penuh permohonan ke KPM di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN PERMOHONAN DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA SESI 2/2021 AMBILAN JULAI

Tarikh Tutup Permohonan Program Diploma KPM

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2021 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan yang dilakukan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan permohonan program Diploma KPM dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 5 Julai 2021 (Isnin), jam 3:00 petang.

Pemohon yang tidak berjaya mendapatkan tempat di KPM boleh mengemukakan permohonan rayuan secara atas talian melalui Sistem UPIM mulai 19 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021. 

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Program Diploma KPM Sesi 2/2021 Ambilan Julai ini akan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi.

Di dalam perkongsian lepas, kami juga ada berkongsi beberapa informasi seperti Penangguhan Bayaran Balik PTPTN sempena PKP 3.0, serta Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 yang bermanfaat kepada orang ramai. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi informasi terkini sila layari laman sesawang rasmi Sistem Guru Online.