Permohonan Kemasukan dan Kemaskini ke KKTM, MJII dan IKM sesi Mei 2021

kktm 2021

Permohonan Kemasukan dan Kemaskini ke KKTM, MJII dan IKM sesi Mei 2021 dibuka sehingga 21 Jun 2021. Permohonan ini khas kepada pelajar lepasan SPM yang berminat untuk memohon kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MARA-Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi sesi pengajian Mei 2021.

Pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf boleh memohon kemasukan dan kemaskini ke KKTM, IKM dan MJII untuk sesi Mei 2021 dimana tarikh permohonan akan ditutup sehingga 21 Jun 2021. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di TVETMARA. 

Permohonan Kemasukan/Kemaskini ke KKTM IKM MJII

Pelajar-pelajar yang telah memohon kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sebelum ini boleh membuat kemaskini, bagi sesiapa lepasan SPM 2020 yang berminat anda perlu membuat permohonan di portal rasmi Permohonan Kemasukan IPMa sehingga 21 Jun 2021.

kemasukan kktm

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan KKTM IKM MJII

Setiap pengambilan ke kolej, institusi dan universiti mempunyai syarat-syarat kelayakan. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan ke permohonan ke KKTM, IKM dan MJII berdasarkan kepada program-program pengajian:-

1) Program Sijil

  • Mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bermula SPM 2014 WAJIB LULUS mata pelajaran Sejarah
  • Sekurang-kurangnya SATU KEPUJIAN dalam mana-mana mata pelajaran dan LULUS Matematik
  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak
  • Berusia dari 18 hingga 40 tahun
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat
  • Bagi kursus Elektrik dan Elektronik, calon mestilah tidak buta warna

2) Program Diploma

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak
  • Calon mestilah berumur dari 18 hingga 40 tahun
  • Mempunyai tahap kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf mesti LULUS Sijil Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Institut Kemahiran Malaysia atau Teknologi IKM dengan CGPA > 2.00 
  • Bagi lepasan IKM, calon perlu LULUS Bahasa Melayu di dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Untuk calon yang mengambil SPM 2014, mereka perlu mata pelajaran Sejarah.
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat
  • Untuk kursus Elektrik dan Elektronik, calon mestilah tidak buta warna

Anda boleh menekan pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan kemasukan dan program-program yang ditawarkan:-

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII boleh layari laman web rasmi Unit Institusi MARA (UPIM) di Laman Web Rasmi e-Kemahiran.

Anda juga boleh hubungi pihak berkenaan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Maklumat tertera di bawah:-

Alamat :-

Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut,
50609, Kuala Lumpur

Telefon : 03-26134605 /34598/ 34589
Fax : 03-26914510
Emel : info@tvetmara.edu.my

Unit Promosi,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Telefon : 03-26134581

Sebelum ini kami ada kongsikan Permohonan Kemasukan ke Kolej Profesional MARA Julai 2021,  Jadual Peperiksaan UPKK Calon 2020 dan 2021.

Perkongsian 

Diharap semoga perkongsian kami berkaitan Permohonan Kemasukan dan Kemaskini ke KKTM, MJII dan IKM sesi Mei 2021 dibuka sehingga 21 Jun 2021 ini dapat memberi maklumat khususnya kepada lepasan SPM 2020 yang berkelayakan untuk memohon. Anda juga boleh berkongsi artikel bermanfaat ini kepada rakan-rakan dan sesiapa yang berminat ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.