Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Effective Mulai Julai 2021

guru one off

Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Mulai Julai 2021. 

Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi pada sidang akhbar yang diadakan di Petaling Jaya. Melalui perkongsian pada sidang akhbar itu, pihak Kementerian Pendidikan akan mengambil seramai 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off bagi mengatasi masalah kekurangan guru terutamanya membabitkan beberapa buah negeri dan mata pelajaran tertentu di negara ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata pihak KPM akan mengeluarkan iklan tawaran pengambilan itu pada 7 Julai 2021. Beliau juga berkata penempatan akan dilakukan secara berperingkat bermula pada bulan Oktober.

3d566458 5c80 4b1b 998b cb3f782a48b8

Beliau juga menjelaskan bahawa ini merupakan pengambilan guru secara besar-besaran yang pernah dilakukan setakat ini. Kata beliau:

“Untuk memastikan perkara ini menjadi kenyataan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan agar segala perancangan dapat dilaksanakan secara terancang. Ianya merupakan pendekatan baharu yang dibuat oleh kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).”

Seperti kita sedia maklum, kekurangan jumlah guru dalam mata pelajaran tertentu berada pada tahap membimbangkan. Oleh itu, pihak KPM mengambil langkah sebegini untuk mengatasi masalah kekurangan guru.

Datuk Dr. Radzi Jidin juga berkata pada sidang akhbar hari ini:

3db219bf f3ef 400d 9b10 65c8d79f00f5
Official Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Effective Mulai Julai 2021 6

“Pengambilan ini adalah bertujuan untuk mengatasi serta mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang terbabit dalam masalah kekurangan guru”

kekosongan e1624160466513
One Off

Untuk pengetahuan semua, kami juga ada berkongsi pelbagai informasi berguna kepada anda semua seperti Calon SPM dan STPM 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Bulan Depan, Biasiswa UKM Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dan sebagainya.

Bagi bahan pendidikan pula, kami berkongsi seperti Modul Latihan Matematik Sekolah Rendah: Operasi Darab, Kesilapan Lazim Matematik Sekolah Rendah. Bahan-bahan ini sangat berguna untuk para guru diluar sana untuk melaksanakan proses pembelajaran secara PdPR.

Perkongsian Pengambilan Guru One Off

One Off
One Off

Akhir kata, diharapkan dengan perkongsian berita berkaitan Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Mulai Julai 2021 dapat menyebarkan maklumat semasa kepada masyarakat awam terutamanya kepada lepasan graduan yang berminat untuk menjadi guru. Semoga sistem pendidikan di negara kita sentiasa berjalan lancar meskipun kita berada dalam keadaan pandemik sekarang ini. Peringatan untuk warga pendidik supaya dapat menjaga diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi apa jua keadaan demi melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi memastikan pelajar mendapatkan sumber pendidikan yang berkualiti tanpa sebarang kesulitan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati