Biasiswa UKM Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah Semester 1 sesi 2021/2022 akan dibuka. Biasiswa ini dibuka kepada calon pelajar baharu kemasukan Semester 1 sesi 2021/2022.
Universiti Kebangsaan Malaysia membuka dua jenis biasiswa iaitu:
- Biasiswa UKM Naib Canselor
- Biasiswa UKM Zakat
Info Berkaitan Biasiswa UKM
Isi Kandungan
Tarikh Penting
Tarikh Permohonan Dibuka : 1 Julai 2021 (Khamis)
Tarikh Permohonan Ditutup : 14 Julai 2021 (Rabu)
Kelayakan Memohon
- Bagi calon yang ingin memohon Biasiswa Naib Canselor UKM, mereka perlu memiliki kriteria seperti berikut:
- Terbuka kepada semua calon pelajar warganegara DAN bukan warganegara
- Menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (mod penyelidikan) di UKM secara sepenuh masa.
- Bagi calon yang ingin memohon Biasiswa Zakat UKM pula, syarat kelayakan seperti:
- Calon mestilah merupakan pelajar warganegara beragama Islam yang cemerlang
- Mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (mod penyelidikan atau mod campuran) sepenuh masa.
Panduan Bagi Kriteria Pemilihan Biasiswa
- Akan diberikan kemudian
Dokumen Penting Diperlukan
- Gambar berukuran pasport
- Salinan kad pengenalan atau pasport
- Salinan transkrip Akademik Sarjana Muda atau Sarjana (disahkan benar dari salinan asal)
- Muka hadapan artikel yang telah diterbitkan
- Salinan surat tawaran kemasukan ke UKM
- Cadangan penyelidikan
- Huraian secara ringkas tentang “Mengapa pihak UKM perlu memilih anda bagi menerima biasiswa ini”
- Vitae kurikulum (CV)
Permohonan bagi Pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah UKM
Calon-calon yang berminat perlu mengemukan permohonan seperti berikut:
- Permohonan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah perlu dibuat terlebih dahulu di:
- Program-program pengajian di peringkat Sarjana di UKM:
- Program pengajian di peringkat Doktor Falsafah yang ditawarkan oleh UKM:
Maklumat Lanjut
Jika sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui keterangan lebih lanjut, boleh hubungi talian berikut:
Email : [email protected]
Sebelum ini kami ada berkongsi bantuan pelajaran atau pinjaman pelajaran seperti Pinjaman Pelajaran MARA ke Universiti Terbaik Dunia 2021, Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan dan Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat.
Semoga perkongsian Biasiswa UKM Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah Semester 1 sesi 2021/2022 dapat membantu para pelajar yang layak menerima biasiswa pelajaran atau bantuan pendidikan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di UKM. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan, ahli keluarga, atau kenalan ramai yang layak untuk memohon biasiswa ini. Untuk mengetahui lebih banyak lagi info terkini, bantuan kerajaan sila layari laman sesawang kami Sistem Guru Online.