Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Vaksin Pfizer Untuk Calon SPM dan STPM 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan Wow

Calon SPM dan STPM 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada sidang media diadakan. Melalui perkongsian pada sidang media itu, beliau mengatakan bahawa calon-calon peperiksaan berkenaan akan menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu diberikan di sekolah.

Calon SPM dan STPM 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan

vaksin pfizer

“Selepas tiga minggu menerima suntikan dos pertama, mereka akan menerima dos kedua,” kata beliau apabila ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada peringkat negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.

Turut hadir bersama pada program itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Disamping itu, pada 17 Jun lalu Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) telah berkata akan memberikan keutamaan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan untuk menerima suntikan vaksin.

Berikut adalah susulan daripada kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dalam pemberian suntikan vaksin Pfizer terhadap kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin mengulas tentang pengamal media yang akan menerima suntikan vaksin dimana ia akan diuruskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau berkata:

“Jabatan Penerangan Malaysia sudah menerima senarai nama dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk memproses tapisan senarai nama kerana terdapat pengamal media yang sudah menerima suntikan vaksin dan bagi yang belum, mereka akan menerima suntikan tersebut dalam masa terdekat.”

Untuk pengetahuan semua, kami juga ada berkongsi pelbagai informasi berguna kepada anda semua seperti Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0, Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN dan sebagainya.

Bagi bahan pendidikan pula, kami berkongsi seperti Modul Latihan Matematik Sekolah Rendah: Operasi Darab, Koleksi Kuiz Online Kimia Tingkatan 5 [Quizziz].

Perkongsian

vaksin pfizer

Akhir kata, diharapkan dengan perkongsian berita berkaitan Calon SPM dan STPM 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan dapat menyebarkan maklumat semasa kepada masyarakat awam terutamanya calon peperiksaan SPM dan STPM 2021. Semoga semua pihak sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19. Selain itu, untuk warga pendidik diharapkan dapat menjaga diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi apa jua keadaan demi melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi memastikan pelajar mendapatkan sumber pendidikan yang berkualiti tanpa sebarang kesulitan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati