Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gejala Chicken Pox yang Serius Pada Anak Anda Serta 5 Rawatan Alternatif

Chicken Pox
Gejala Chicken Pox yang Serius Pada Anak Anda Serta 5 Rawatan Alternatif 4

Chicken Pox juga dikenali dengan pelbagai nama seperti varisela, cacar air, jintungan, atau bertih ialah penyakit disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes).

Secara umumnya, penyakit ini boleh berlaku kepada pelbagai peringkat umum tetapi ianya dilaporkan lebih banyak berlaku kepada kanak-kanak. Chicken pox ini mungkin lebih teruk kesannya jika ianya menyerang orang dewasa, jadi pastikan penjaga (ibubapa) yang menjaga anak-anak yang terkena penyakit ini menjaga kebersihan untuk mengelakkan terkena penyakit berjangkit ini.

Tanda dan simptom lain yang patut diambil perhatian ialah seperti demam, letih, sakit perut, hilang selera, sakit kepala, dan rasa tidak selesa. Mari kita lihat lebih details mengenai apa tanda-tanda chicken pox.

Tanda-tanda & Simptom Chicken Pox

Chicken Pox yang bermula dengan gatal-gatal, tanda kemerahan, kulit mula melepuh dan akhirnya akan melecet jika bintik di kulit pecah merupakan penyakit yang sangat mudah dan cepat berjangkit.

Terdapat gejala-gejala yang jelas jika seseorang menghidap penyakit chicken pox. Antaranya ialah :

  • Simptom biasanya berlaku 10-21 hari selepas terdedah.
  • Tanda awal biasanya termasuk demam (<38.9°C), sakit kepala, keletihan, sakit tekak, dan sakit perut mungkin berlaku 1-2 hari sebelum ruam muncul pada badan.
  • Tanda utama ialah ruam yang gatal yang bermula di kulit kepala dan muka sebelum ianya merebak ke badan dan anggota badan yang lain.
    • Pada permulaannya, terdapat bintik kecil merah, kemudian ke fasa bercampak-bercak merah dan akhirnya menjadi gelembung air.
    • Gelembung kecil yang berisi cecair dengan pangkal merah.
  • Dalam tempoh 24-48 jam, gelembung tersebut berubah menjadi semakin besar dan akan pecah terutama jika digaru atau bergesel dengan pakaian atau kulit.
  • Gelembung kecil yang pecah akan kering dan berkeruping.
  • Kegagatalan yang timbul akan menyebabkan pesakit ingin menggaru dan gelembung tadi yang pecah dan kering akan membentuk parut.

Rawatan & Ubat Untuk Chicken Pox

Untuk perawatan chicken pox, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bertauliah sama ada di klinik kerajaan mahupun klinik swasta. Doktor akan membuat penilaian yang lebih tepat terhadap simptom dan penyakit yang dihadapi.

Biasanya antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat gejala (symptomatic therapy) ialah :

Nama UbatHuraian
Paracetamol✔ Untuk demam & tahan sakit.
✔ Ubat telan.
✔ Dose bergantung kepada berat pesakit.
Ubat Antihistamin
“Loratadin, Chlorpeniramine, etc”
✔ Hanya boleh diberikan oleh doktor bertauliah sahaja.
✔ Anak berumur 2 tahun kebawah tidak boleh mengambil ubat antihistamin.
Losyen Calamine✔ Untuk mengurangkan kegatalan.
✔ Ubat sapu.
✔ Pakaikan sarung tangan kepada kanak-kanak jika anda sapukan ke badan mereka kerana ubat ini boleh menyebabkan keracunan.

Sekali lagi dinasihatkan jika anak-anak mengalami gejala penyakit ini, segeralah bawa mereka ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Bagi mereka yang ingin mencuba rawatan alternatif pula anda boleh dapatkan info dibawah.

Rawatan Alternatif Penyakit Chicken Pox

Penyakit chicken pox sebenarnya satu penyakit yang sudah biasa kita dengar di dalam masyarakat kita. Selama berzaman-zaman sebelum zaman ada ubat-ubat moden ini kita perlu akur bahawa orang zaman dahulu telah mengamalkan pelbagai kaedah dan cara alternatif untuk mengubati pelbagai penyakit.

Tidak terkecuali bagi penyakit chicken pox ini, datuk nenek moyang kita telah menjumpai beberapa kaedah untuk merawat penyakit berjangkit ini. Berikut pihak kami kongsikan rawatan alternatif bagi penyakit chicken pox :

Daun Sebambu/ Neem Leaf

daun semambu ubat gatal chicken pox
✔ Kisar atau tumbuk segenggam daun sebambu lalu tampalkan ke bintik-bintik merah atau lepuh air itu. Amalkan setiap hari sampai kering.
✔ Panaskan air paip 1 periuk besar, masukkan segenggam daun semambu dan rebus seketika. Biarkan air sejuk hingga suam sendiri lalu dijadikan air mandian. Selesai mandi, jangan dilap air mandian biarkan kering sendiri.
Air Kelapa Muda

air kelapa muda ubat penyakit chicken pox
✔ Pastikan anak berumur 2 tahun keatas jika mahu gunakan rawatan ini.
✔ Minum air kelapa muda untuk menyejukkan badan dan melegakan demam serta panas badan.
✔ Ada menyatakan ianya membantu mengeluarkan ruam dan bintik merah lebih cepat. Ada yang berpendapat pastikan semua bintik merah keluar dahulu baru boleh minum.

Cara Lain Mengurangkan Ketidak Selesaan Pesakit Chicken Pox

Seperti kita tahu, mengubati dan pengurusan gejala dan ketikdakselesaan badan disebabkan sesuatu penyakit adalah perkara yang berbeza. Selain memastikan penyakit dirawati, merawat gejala seperti demam, batuk, gatal dan sebagainya adalah penting terutama jika yang sakit itu ialah kanak-kanak kecil yang tidak tahu cara untuk memberitahu keadaan diri mereka kepada kita. Cara paling mudah untuk mereka ialah dengan :

  • Menggaru
  • Menangis
  • Batuk
  • Tidak boleh tidur

Jadi disini kami kongsikan juga beberapa kaedah yang mungkin boleh dicuba kepada pesakit chicken pox untuk memberikan sedikit keselesaan kepada mereka. Antaranya ialah :

Kaedah Mengurangkan Kerengsaan Pesakit
1. Mandi air suam.
✔ Elakkan guna sabun.
✔ Jika tidak mampu, boleh lap guna tuala yang dilembabkan dengan air suam.
✔ Kerapkan mandi, mungkin 2-3 kali sehari.
2. Potong kuku jadi pendek.
✔ Keadaan chicken pox yang gatal biasanya menyebabkan kita suka menggaru. Bila gelembung air pecah kerana digaru, ianya boleh menyebabkan kadar kebolehjangkitan meningkat dan membahayakan orang sekitar pula untuk dijangkiti.
3. Jangan berkongsi tuala.
✔ Lebih baik jika tuala yang digunakan adalah sehelai sehari. Elakkan guna tuala yang sama berulang kali atau berkongsi tuala itu dengan adik beradik yang lain.
✔ Selepas guna, sidai tuala dibawah matahari supaya kering dengan sempurna.
4. Banyakkan minum air kosong dan elakkan makan gula-gula.
✔ Air kosong membantu elakkan dihidrasi badan dan badan memerlukan air untuk metabolisme yang baik.
✔ Makanan bergula pula boleh mengurangkan tahap imunisasi kanak-kanak.
Maksud kerengsaan mengikut Dewan Bahasa & Pustaka DBP : Kerengsaan

Segera Dapatkan Rawatan Chicken Pox Jangan Biarkan Melarat

Secara umumnya, memang menjadi hak kita untuk memilih sama ada mendapatkan rawatan moden di hospital dan klinik ataupun mahu memilih rawatan alternatif. Namun begitu, apa sahaja keputusan anda pastikan ianya berdasarkan pemerhatian yang betul dan pertimbangan yang waras.

Ingat, hal berkatian dengan kesihatan tidak boleh dibuat main dan pastikan kita berusaha keras untuk merawat dan mencari kesembuhan. Semua orang mahu sembuh tetapi mungkin cara sahaja tidak sama.

Amalan Doa Untuk Chicken Pox

Satu usaha utama yang perlu dibuat juga adalah dengan mengamalkan bacaan doa yang akan kami kongsikan ini. Secara ringkas, amalan doa adalah seperti berikut :

  • Surah Al-Fatihah
  • Selawat Syifa’
  • Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan “Lau an zalna”)

Untuk perkongsian yang lebih details anda boleh baca perkongsian dibawah :

Doa Penyakit Chicken Pox & Campak
Al-Fatihah 1x
Ayat Kursi 1x
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Surah Al-Hasyr Ayat 21-24
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Selawat Syifa’
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ.
Doa Kesembuhan
Ya Allah sembuhkanlah penyakit cacar air pada tubuh (nama), hilangkanlah rasa sakit tanpa berbekas pada kulit (nam). Aamiin

Sungguh, sakit itu satu ujian besar sama ada kita yang sakit atau ahli keluarga. Jika kita sebagai penjaga, cuti menjaga anak sakit bukan lagi perkara baru. Jadi ami doakan semoga diberikan kesembuhan buat kalian dan ahli keluarga semua yang sedang diuji dengan penyakit Chicken Pox ini. Amin.

FAQs Mengenai Penyakit Chicken Pox

Adakah paracetamol membantu menyembuhkan penyakit chicken pox

Tidak. Paracetamol adalah ubat demam/ tahan sakit yang membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa sakit chicken pox.

Adakah chicken pox boleh berjangkit melalui udara?

Ya. Secara umumnya virus penyakit ini boleh merebak melalui batuk atau wap air.

Benarkah chicken pox boleh bernanah?

Ya. Jika gelembung air pecah dan tidak kering serta tidak dirawat dengan betul, ianya akan mengundang jangkitan kuman dan akan bernanah.

Adakah chicken pox boleh berulang?

Boleh. Sudah ada kes yang dilaporkan bahawa ada pesakit yang telah terkena virus ini berulang kali. Ini turut dihuraikan oleh Dr. Zubaidi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati