Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PLKN Fasa 3 : Program Latihan Khidmat Negara

PLKN Fasa 3

PLKN Fasa 3 (Program Latihan Khidmat Negara) akan kembali lagi dengan susunan modul yang baharu pada tahun 2023!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan, telah mengumumkan bahawa program tersebut akan dilaksanakan di 13 kem Rejimen Askar Wataniah dan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara. Beliau menyatakan bahawa tindakan ini akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan berbanding dengan sebelum ini yang melebihi RM8 bilion.

Beliau menjelaskan bahawa langkah ini akan membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sambil memberikan latihan ketenteraan dan kepolisan dalam tempoh 45 hari, dengan 90 peratus modul diberikan kepada latihan sebagai anggota tentera dan selebihnya kepada latihan warganegara.

387737298 18386811778038802 4934746664941710448 n
PLKN FASA 3

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa PLKN fasa 3 akan melalui tiga fasa yang dimulakan di peringkat sekolah sehingga mereka diterima oleh semua agensi beruniform kerajaan. Selepas itu, mereka yang telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menjalani latihan dalam fasa kedua yang menekankan aspek disiplin dan ketenteraan.

Mohamad Hassan juga mengalu-alukan penyertaan veteran tentera sebagai jurulatih untuk membantu memenuhi keperluan program ini.

Ikuti telegram info menarik berkaitan isu-isu penting yang terjadi di Malaysia dengan tekan butang dibawah:

Maklumat Details PLKN Fasa 3

Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara

Tahukah anda apa itu Program Latihan Khidmat Negara dan bagaimana ianya telah dilaksanakan sebelum ini? Apakah penyebab PLKN telah dihentikan pada 2018?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan sebuah kursus latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan Malaysia. Program ini dicadangkan pada tahun 2002 dengan penubuhan Jabatan Latihan Khidmat Negara dan dilaksanakan pertama kali pada tahun 2004. Meskipun pernah dihentikan pada tahun 2015, PLKN kemudian diperkenalkan semula pada tahun 2016 dengan pelaksanaan sepenuhnya dijangka pada tahun 2019.

Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi aspek-aspek latihan ketenteraan seperti kepemimpinan, daya tahan diri, keyakinan, pembentukan kumpulan, aktiviti berkawad, aktiviti abseiling, kemahiran pemandu, pengatasi halangan, pengenalan kepada taktik bertahan, penjejak hutan, pengembaraan sungai, dan penerangan mengenai senjata api.

Aspek Kenegaraan/Pembentukan Watak merangkumi topik seperti sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem global, Malaysia dan isu-isu antarabangsa, ancaman kepada keselamatan, ketahanan negara, dan lain-lain.

Pada 13 Ogos 2018, Kabinet memutuskan untuk menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) dengan serta-merta. Mesyuarat Kabinet selepas mendapati PLKN dan BTN digunakan untuk tujuan indoktrinasi fahaman tertentu. Selain itu, salah satu faktor penghentian program ini adalah kos yang besar iaitu sekitar RM700 juta setahun.

Pengoperasian PLKN 3.0

Pelaksanaan PLKN fasa 3 ini akan berlaku di kem tentera dan berbeza dengan pelaksanaan sebelum ini yang mengambil masa yang lebih panjang.

Untuk pelaksanaan kali ini, sejumlah 13 kem Wataniah di seluruh negara serta satu kem di Pusat Latihan Polis (Pulapol) akan digunakan untuk menjalankan latihan selama 45 hari yang mampu menampung sekitar 4,000 orang setahun.

387765891 18386804524038802 2921491565724584727 n
PLKN FASA 3

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Fasa 3 akan memberi tumpuan kepada modul latihan ketenteraan yang mencapai 90% dan modul kenegaraan sebanyak 10%. Tempat-tempat latihan akan berada di kem-kem latihan milik kerajaan seperti Kem Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, semasa sesi Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2023.

Syarat PLKN Fasa 3

Syarat kemasukan program latihan khidmat masyarat yang menjadi penanda pada seseorang remaja untuk layak dimasukkan atau tidak. Berdasarkan pemilihan peserta PLKN sebelum ini dipilih secara rawak menyebabkan timbul amarah segelintir individu. Oleh itu, berikut syarat bagi yang akan dipilih masuk dalam PLKN:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar atau remaja lepasan SPM atau kelayakan setaraf.
  • Anda perlu dalam keadaan kesihatan yang baik untuk mengikuti PLKN. Pemeriksaan kesihatan mungkin diperlukan sebelum penyertaan.
  • Anda tidak boleh mempunyai catatan jenayah yang serius atau kesalahan ketenteraan.

Lokasi Program Latihan Khidmat Negara 3.0

Tempat latihan yang dicadangkan terletak di kem-kem latihan yang dimiliki oleh kerajaan, termasuk 13 Kem Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sejak PLKN diadakan pada tahun 2004 sehingga 2007, daripada 14 kematian pelatih yang dilaporkan, tujuh meninggal dunia kerana penyakit yang mereka hidapi termasuk sakit jantung, asma dan jangkitan kuman dan denggi.

Senarai pusat latihan

Berikut adalah senarai kem latihan mengikut negeri dan daerah berserta status semasa yang belum ditetapkan lagi oleh Kementerian Pertahanan Malaysia

NegeriLokasiKem
JohorMersingPusat Bina Semangat YPJ
MersingKem Rekreasi Pertanian Teluk Sari
PagohKem Nasuha
DesaruKem Desaru Gerak Khas
Batu PahatKem Sembrong
KluangKem PTH Padang Hijau
TangkakKem Sri Ledang
KedahLangkawiKem Beringin Beach Resort
SikKem Rimba Taqwa
Kuala NerangKem Dusun Resort
KulimKem Bukit Besar
MerbokKem Damai Park Resort
SintokKem Sintok Universiti Utara Malaysia
BalingKem Rekreasi Belia
LangkawiKem Lagenda Seri Negeri
Kubang PasuKem Sri Kandi
Kubang PasuKem Gardenia
Kubang PasuKem D’ Jelapang
KelantanPasir PutehKem Kisana Beach Resort
Gua MusangKem Latihan Etnobotani
Pasir MasKem Cancun Park
Kuala KraiKem Latihan Batu Jong
MelakaMasjid TanahKem Warisan
Ayer KerohKem Taman Rekreasi Ayer Keroh
Pekan Asahan, JasinKem Lagenda Gunung Ledang, Asahan
Alor GajahKem Putra-Putri
Negeri SembilanJempolKem De Bana
RembauKem Ulu Pari
Port DicksonKem PDS Resort
Kuala PilahKem Karisma
MantinKem Seri Perkasa
RembauKem Titian Bintagor
Tanjung TuanKem Rachado Bay
PahangRaubKem Benum Hill Resort
Bandar Muadzam ShahKem Pinggiran Pelangi
Kuala RompinKem Summerset Resort
Lake ChiniKem Lake Chini Resort
GambangKem Gambang (Resort Agro Sungai Semuji)
CheratingKem Cahaya Gemilang
PekanKem Semarak
BentongKem Chamang
MaranKem Indera Pahlawan
Pulau PinangSungai BakapKem Sri Impian
Balik PulauKem White Resort
Balik PulauKem Sri Mutiara
Bukit MertajamKem Syruz
PerakManjungKem Akademi Kepimpinan Segari
Ayer TawarKem Kg Baharu (De Air’ Resort)
Sungai SiputKem Terkok
LumutKem Teluk Rubiah
GopengKem Taman Kepimpinan Gemilang
SungkaiKem Sinaran Suria
SelamaKem Tegas Mesra
ChenderiangKem Sentosa
Gunung SemanggolKem Jiwa Murni
PerlisWang KelianKem Tasik Meranti
BeseriKem Tasoh
Padang BesarKem Guar Chenderai
SabahSandakanKem Bagai Budi Resort
TuaranKem KK Dibawah Bayu
SipitangKem Kubena
PaparKem Ovai Wawasan
TawauKem San Shui
Kota BeludKem Sinar Jaya
TambunanKem Tanaki
SarawakBetongKem Bukit Saban Resort
MiriKem Miri, Batang Rait
SibuKem Junaco Park
BintuluKem Similajau
SerianKem Juara
SematanKem Putra Sentosa
SibuKem Bumimas
BauKem Puncak Permai
SelangorKuala LangatKem Paya Indah
Kuala Kubu BharuKem Bina Semangat, Kem Pelangi Hill Resort
RawangKem Temasya Rimba Templer, Taman Templer
SepangKem Princess Haliza
BeranangKem Millennium
BantingKem Jugra Banting
BehrangKem Geo Cosmo
SemenyihKem Setia Ikhlas
TerengganuSetiuKem Merang Suria Holiday
SetiuKem Peladang Setiu Agro Resort
KemamanKem Latihan Cheneh Cemerlang Training
KertehKem Bakau Resort

Tarikh Kemasukan PLKN 3.0

Tarikh pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 masih belum ditetapkan.

Namun, Kementerian Pertahanan (Mindef) telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk menilai semula pelaksanaan PLKN dengan menggunakan konsep yang baru dan ini akan mengambil sedikit masa untuk menentukan tarikh sebenar kemasukan PLKN untuk kali ini.

387747501 18386816638038802 4047962159878129174 n
PLKN FASA 3

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan kemas kini mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0, sila sertai saluran-saluran berikut:

  1. Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia.
  2. Laman Web Rasmi Kementerian Pertahanan

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati