Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Cara Bayar Bil Astro Online dan Cara Semak Akaun Astro

Bayar Bil Astro

Tahukah anda cara semak dan bayar bil Astro kini semuanya berada di hujung jari sahaja?. Pada era serba moden kini, Pasti ramai yang menggunakan khidmat langgan Astro. Namun, penggunaan Astro yang digunakan perlulah sentiasa di bayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Buat anda yang tercari-cari atau kurang tahu bagaimana cara semak dan bayar bil Astro, disini kami menyediakan panduan dan cara-cara untuk memudahkan urusan anda.

Berkenaan Semakan dan Cara Bayar Bil Astro

Bayar Bil Astro

Semakan dan bayaran Bil Astro perlu diperhatikan untuk mengelakkan tempoh langganan Astro anda tidak tamat. Oleh itu kami menyediakan cara semak dan bayaran untuk Bil Astro dengan ringkas dan jelas.

Cara Semak Bil Astro Online

Bil astro anda boleh disemak secara online sahaja melalui portal ‘Self-Service Astro’. Berikut ialah cara mudah yang kami sediakan untuk menyemak bil Astro online :

  1. Layari portal Self-Service Astro di sini
  2. Log masuk dengan Astro ID anda
  3. Sekiranya belum mempunyai Astro ID, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan klik pada ‘ Create Now’
  4. Setelah berjaya log masuk, anda akan di bawa ke halaman utama akaun tersebut
  5. Seterusnya klik pada bahagian ‘Bil dan bayaran’ atau ‘lihat bil’ untuk menyemak bil semasa anda

Cara Bayar Bil Astro

Bayar Bil Astro
3 Cara Bayar Bil Astro Online dan Cara Semak Akaun Astro 4

Terdapat pelbagai cara untuk buat bayaran bil Astro. Antaranya :

  • Cara bayar bil Astro Online
  • Cara bayar bil Astro Jompay
  • Cara bayar bil Astro Maybank2u
  • Cara bayar bil Astro di Shopee

Oleh itu, disini juga telah kami kongsikan langkah-langkah tersebut :

Cara Bayar Bil Astro Online

Bayaran bil Astro online melalui Portal Astro :

  1. Layari Portal Pay Astro https://pay.astro.com.my/
  2. Masukkan nombor akaun Astro anda
  3. Tandakan pada bahagian Captcha
  4. klik pada ‘Continue’
  5. Setelah log masuk, anda boleh melihat bil terbaru anda dan membuat pembayaran melalui beberapa kaedah pembayaran

Cara Bayar Bil Astro Jompay

Sekiranya anda pengguna akaun CIMB, anda boleh membuat pembayaran bil Astro melalui fungsi JomPay. Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut :

  1. Log masuk ke akaun CIMBcliks
  2. Pilih JomPay
  3. pada bahagian ‘Biller Code’, masukkan kod 9639
  4. pilih akaun yang anda mahu gunakan dan bayar
  5. pada bahagian ‘Amount’ sila masukkan jumlah bil yang mesti dibayar
  6. klik ‘Make Payment’
  7. Mohon TAC dan masukkan TAC
  8. Seterusnya ‘ proceeded the payment’, selesai

Cara Bayar Bil Astro Maybank2u

Sama seperti CIMB, anda juga boleh membuat pembayaran bil Astro menggunakan Maybank2u melalui fungsi JomPay iaitu :

  1. Log masuk ke akaun anda terlebih dahulu
  2. Pilih ‘Pay & Transfer’
  3. Pada bahagian ‘Paye To’ ‘pilih Astro’, seterusnya pada bahagian ‘New Payment’ juga pilih ‘Astro’
  4. Masukkan jumlah yang mesti dibayar
  5. Masukkan nombor akaun Astro anda dan pilih tarikh terkini
  6. Klik pada ‘Pay’
  7. Mohon TAC dan masukkan TAC
  8. Selesai

Cara Bayar Bil Astro di Shopee

  1. Buka aplikasi Shopee, pilih bahagian ‘Tickets, Top-ups & bills’
  2. Pilih ‘Astro’
  3. Masukkan nombor akaun Astro anda dan jumlah yang mesti dibayar, seterusnya klik ‘Checkout’
  4. Pilih cara pembayaran bil (kad kredit/debit atau bayar di 7Eleven atau ShopeePay atau Bank Online)
  5. Untuk lebih mudah, anda boleh buat bayaran bil Astro melalui Shopee Pay
  6. Klik ‘Pay Now’ dan masukkan nombor pin Shopee Pay anda
  7. Selesai

Anda boleh menonton cara-cara bayar bil Astro di Shopee melalui pautan di bawah :

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk buat bayaran bil astro secara bulanan dengan mudah dan pantas.

Soalan FAQs Berkenaan Bayar Bil Astro

Bagaimana bayar Astro bil tertunggak?

Bil Astro yang tertunggak boleh dibayar melalui pautan Astro. untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan Maybank2u untuk fungsi JomPay

Adakah boleh buat bayaran bil Astro guna bank Islam?

Ya, boleh bayaran bil Astro guna bank Islam iaitu boleh melalui fungsi JomPay

Bila perlu bayar bil Astro?

Tempoh pembayaran bil bulanan Astro perlu dibayar selepas 25 hari selepas tarikh bil dikeluarkan

Ada masalah untuk semak bil Astro?

Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk menyemak bil atau menggunakan perkhidmatan lain. Anda boleh terus hubungi pihak Astro di talian 03-9543 3838 bagi pertanyaan lanjut

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati