Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 ini merupakan kesinambungan daripada Program Tekun Mobilepreneur 1.0, 2.0, dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini pada bulan April 2020. Skim ini merupakan sebuah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula sejak 18 Mac  2020.

Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Tujuan pembiayaan ini diwujudkan adalah khas untuk peserta bagi membolehkan mereka membuat:

  1. pembelian motosikal
  2. baik pulih motosikal
  3. modal pusingan

May be an image of text

Syarat Kelayakan Permohonan
Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehinga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Jumlah Pembiayaan dan Kaedah Permohonan
Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

May be a cartoon of motorcycle, scooter and text that says "SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0 Berapakan jumlah pembiayaan TEKUN Mobilepreneur Nilai Pembiayaan RM1,000 RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut: TUJUAN Bagaimana kaedah permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0? boleh Baik motosikal H Mdpugn berdekata mendapatkan penerangan Permohonan Pembiayaan. Sehingga RM10,000 Pejabat tuk Borang Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN boleh melalui berikut: www.. EMBANGUNAN TEKUN Im @tekunasional OVID-19 DKN 2030"

Berapa Lama Tempoh Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0?

  • Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun sehingga 3 tahun

Berapa Lama Tempoh Proses Pembiayaan?

  • 7 Hari Bekerja

Berapakah Kadar Keuntungan Tekun Mobilepreneur 4.0?

  • Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun

Adakah Tekun Melantik Ejen / Wakil Untuk Menguruskan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0?

  • TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skim pembiayaan ini, anda boleh terus pergi ke pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Setengah Bulan Gaji ataupun Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar.

Semoga perkongsian Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 ini memberi informasi dan manfaat kepada semua individu yang layak khususnya kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.