Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Khasiat Beras Perang

template manfaat beras perang

Adakah anda semua pernah mendengar tentang beras perang? Mesti ada yang tertanya-tanya tentang apakah manfaat beras perang untuk tubuh badan kita?

Apakah perbezaan beras putih dengan beras perang ni? Berbanding dengan beras putih, beras perang menjalani proses pembuangan kulit sahaja yang menyebabkan beras perang penuh dengan nutrien.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa makanan ruji masyarakat di negara kita ialah nasi. Kebanyakkan individu memakan nasi putih namun adakah kita tahu bahawa nasi putih ini dapat memberikan impak yang negatif kepada kesihatan tubuh badan kita? Contohnya, memakan nasi putih yang berlebihan akan menyebabkan diabetes dan obesiti.

Oleh itu, belum terlambat lagi untuk kita menukar pilihan iaitu beras putih kepada beras perang yang kaya dengan khasiat.

Khasiat Beras Perang

Seperti yang telah dijelaskan di atas, beras perang sememangnya lebih berkhasiat untuk dimakan berbanding beras putih.

Berikut merupakan pelbagai kebaikan beras perang untuk kesihatan kita:

  1. Kaya Dengan Pelbagai Nutrien
Organic Brown Basmati Rice 5kg

Beras perang dipercayai mempunyai berbagai-bagai nutrien seperti karbohidrat, protein, serat, lemak, folat ,Vitamin B1, Vitamin B3, Vitamin B6, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Fosforus, Kalium, Zinc dan Mangan.

Semua nutrien di atas amat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan kita.

2. Dapat Mengurangkan Berat Badan

Beras perang diyakini memainkan peranan yang penting dalam pengurangkan berat badan seseorang kerana bijian ini yang mengalami proses penapisan.

Kandungan serat dalam bijian yang bertapis membuatkan seseorang berasa kenyang sekali gus dapat mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan yang dapat menyebabkan kenaikan berat badan.

3. Meminimumkan Risiko Menghadapi Pelbagai Penyakit

The Widowmaker Heart Attack Why Cyclists Have Better Odds I Love Bicycling

Penyakit seperti strok dan serangan jantung merupakan salah satu penyakit yang utama yang meragut banyak nyawa di negara kita. Tahukah anda bahawa pengambilan bijirin penuh seperti beras perang dapat mengurangkan jumlah kolesterol, trigliserida dan kadar insulin dalam badan?

4. Meminimumkan Risiko Mendapat Penyakit Kencing Manis

Pengambilan beras perang dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis. Hal ini demikian kerana kandungan serat, fitokimia dan nutrien dalam beras perang dapat memulihkan sensitiviti insulin dan tindak balas glukosa, memperlahankan penyerapan makanan dan mencegah peningkatan gula dalam darah.

Buat pengetahuan semua, beras perang ini mengandungi kandungan glisemik yang rendah berbanding beras putih. Secara tidak langsung, beras perang ini dihadam lebih perlahan dan mempunyai kadar gula yang rendah.

5. Dapat Mencegah Masalah Penghadaman

Beras perang yang kaya dengan serat dapat mengelakkan masalah sembelit dan dapat mengurangkan tekanan dalam usus.

6. Bebas Gluten

Gluten ialah sejenis protein yang dapat ditemui dalam bijian seperti beras atau barli.

Mereka yang menghadapi alahan kepada gluten akan mengalami beberapa tindak balas seperti sakit perut, kembung perut, cirit-birit dan muntah-muntah.

Oleh itu, beras perang adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang mengalami alahan kepada gluten.

Demikianlah perkongsian saya pada hari ini tentang enam khasiat beras perang untuk kesihatan tubuh badan kita. Pengambilan beras perang atau bijian yang penuh dapat dapat mengelakkan kita dari pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

Diharapkan dengan perkongsian kali ini, anda semua lebih peka tentang kebaikan beras perang dan mengapa penting untuk kita menukar beras putih kepada beras perang.

Apakah kebaikan beras perang?

Kebaikan beras perang ialah dapat menurunkan berat badan dan dapat mengawal penyakit kencing manis.

Apakah keburukan beras perang?

Keburukan beras perang ialah ianya mengandungi kandungan arsenik yang tinggi.

Apakah rasa nasi perang?

Rasa nasi perang adalah tawar dan tidak sesedap nasi putih.

Siapakah yang sesuai memakan nasi perang?

Nasi perang sesuai dimakan oleh individu yang menghidap diabetes, ekzema dan mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Berapakah kalori 100g dalam nasi perang yang telah dimasak?

Kalori nasi perang 100g yang telah dimasak ialah 111 kalori.

Mengapakah nasi perang sesuai untuk mereka yang menghidap diabetes?

Nasi perang sesuai unutk mereka yang menghidap diabetes kerana ianya mengandungi fiber dan anti oksida flavonoid.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati