Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Portal Digital Delima

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Portal Digital Delima untuk kegunaan guru dan para pelajar ketika sesi persekolahan secara PdPR. Seperti kita tahu Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa pembelajaran secara PdPR akan dijalankan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, perkongsian kami ini akan menunjukkan cara-cara memuat turun buku teks digital melalui portal DELIMa.

Para guru dan pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk melaksanakan PdPR berikutan dengan meningkatnya penularan jangkitan Covid-19 dalam sektor pendidikan.

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital : Portal DELIMa KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan portal rasmi Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) khas untuk kegunaan para guru dan pelajar-pelajar. Ia juga dikenali sebagai Portal DELIMA. Ibu bapa juga boleh mengakses portal ini dan perlu mengetahui lebih terperinci tentang DELIMa kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada para pelajar secara PERCUMA!.

DELIMa adalah medium atau portal utama yang menyediakan bahan-bahan untuk kegunaan berkaitan pengurusan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan para pelajar.

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan bahan-bahan secara digital di dalam pelantar pembelajaran digital iaitu DELIMa. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu ikuti oleh guru dan murid untuk memuat turun buku teks digital asas.

cara download buku

1) Langkah pertama

home
  • Guru dan murid perlu login ke portal DELIMa (portal.moe-dl.edu.my), klik butang Log Masuk.
  • Para guru dan murid boleh mengakses portal DELIMa dengan menggunakan ID e-mel MOE Digital Learning (DL) anda yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah masing-masing. (Contoh e-mel: [email protected])

2) Langkah Kedua

home page
  • Pilih menu yang bersesuaian dengan anda pada muka hadapan (interface) MENU
  • Sekiranya anda seorang guru, sila klik pada menu ‘Guru‘, manakala untuk murid pula klik pada menu ‘Murid‘.

3) Langkah Ketiga

buku teks digital

  • Pilih ikon ‘Buku Teks Digital

4) Langkah Keempat

buku teks sk & smk
  • Pilih Tahun atau Tingkatan mengikut kemahuan anda pada senarai yang tertera
  • Anda juga boleh memilih Jenis Sekolah seperti : SK/SJKC/SJKT/KSSR
tahun 4
  •  Semua buku teks ini adalah disimpan di dalam “Google Drive“.
  • Apabila paparan seperti gambar diatas keluar, anda pilih judul buku teks yang ingin dimuat turun.

5) Langkah Kelima

sains tahun 4
  • Selepas memilih judul buku teks, paparan seperti diatas akan keluar.
  • Klik pada butang (rujuk pada gambar: bulatan hijau) untuk memuat turun
  • Buku teks digital asas sudah selesai dimuat turun dan boleh digunakan.

Manfaat Bersama

Semoga dengan perkongsian kami kali ini Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Portal Digital Delima dapat membantu para guru serta murid untuk membuat persediaan melaksanakan PdPR selepas cuti Hari Raya Aidilfitri seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Sebagai warga pendidik, tidak kira dalam apa jua situasi yang dihadapi kita perlu menjalankan tugas dengan sebaiknya. Semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan sistem pendidikan negara kita dapat dilaksanakan dengan lancar terutamanya pada musim pandemik ini. Layari laman sesawang kami Sistem Guru Online untuk info berkaitan pendidikan dan sebagainya.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati