Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2023/2024

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2023/2024

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2023/2024. Sukacita diumumkan bahawa MRSM akan membuka permohonan kemasukan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4. Kemasukan ke MRSM adalah satu kemasukan yang ditunggu-tunggu kan oleh para ibu bapa dan penjaga yang berhasrat melihat anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik di sekolah yang terbaik dalam Malaysia.

Sememangnya MRSM terkenal dengan pencapaian akademik yang terbaik dalam Malaysia mengikut ranking pencapaian dari segi pengurusan dan pembangunan intelektual anak-anak dalam negara Malaysia. Jadi tibalah peluang untuk menghantar anak-anak agar masuk ke sekolah yang berprestij dan merupakan sekolah idaman semua.

Teruntuk anda yang ingin mendapatkan informasi pendidikan terkini dan beberapa maklumat yang penting daripada KPM dan berita semasa, anda dialu-alukan untuk menyertai kami di dalam telegram rasmi sistem guru online bagi memastikan anda tidak terlepas dengan berita semasa dan penting:

Channel Telegram Rasmi Pendidikan SGO

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2023/2024

MRSM Logo

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 di  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2023/2024 akan dibuka tidak lama lagi. Untuk makluman anda, MRSM adalah sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di hampir setiap negeri di Malaysia.

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai permohonan kemasukan ke MRSM untuk sesi 2023/2024:

Tarikh Permohonan

Tarikh Rasmi Akan diumumkan dalam masa terdekat, Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2023

Kemasukan MRSM UKKM 2024 Semakan Tarikh Format Soalan Tempat Ujian
  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan atau bapa juga warganegara Malaysia.
  3. Calon mesti memohon secara dalam talian (online).
  4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  5. Calon perlu sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  6. Calon yang lahir pada 1 Januari 2011 hingga Januari 2012 untuk calon Tingkatan 1 atau calon yang lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 untuk calon Tingkatan 4 2023.
  7.  Ibu bapa/penjaga dan penjamin tidak disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023/2024

  1. Layari laman sistem rasmi permohonan MRSM 2023/2024 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di mrsm.mara (Buat masa ini belum dikeluarkan pautan rasmi permohonan kemasukan MRSM – Akan Dikemaskini )
  2. Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM. Pautan (link) daftar pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.
  3. Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online MRSM dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.

Semua maklumat, langkah, dan panduan permohonan serta syarat kelayakan kemasukan MRSM 2023/2024 disertakan di laman sistem yang sama.

UJIAN PKSK DAH HAMPIR TIBA! Ibubapa Nak Anak-anak BERJAYA MASUK MRSM atau SBP?

Permohonan

  • 01/8/2023 – 17/09/2023.

Semakan Pusat Form 4

  • 25/09/2023 – 13/10/2023

Semakan Pusat Form 1

  • 25/09/2023 – 27/10/2023

Pelaksanaan PKSK Form 4 & 1 SVM 

  • 02 – 13 Oktober 2023

Pelaksanaan PKSK Form 1 

  • 16 – 27 Oktober 2023

MINAT DAN INGINS ANAK MASUK SEKOLAH BERPRESTIJ? SERTAI BENGKEL BERSEMUKA PKSK 2023!

Info lengkap

Dapatkan juga Modul Premium di Telegram

Tahun 6

Tingkatan 3

Admin akan kemaskini dari semasa ke semasa mengenai maklumat ini, semoga membantu dan semoga berjaya dalam permohonan untuk sesi 2023/2024 di MRSM. Jangan lupa untuk merujuk laman rasmi dan sumber yang tepat bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Kelebihan Menghantar Anak Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Penting untuk ibu bapa untuk menghantar anak ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mempunyai beberapa kelebihan yang perlu dipertimbangkan oleh ibu bapa. Berikut adalah beberapa di antaranya:

1. Tumpuan pada sains dan matematik: MRSM memberi penekanan pada bidang sains dan matematik, membolehkan anak-anak yang berminat dan berbakat dalam subjek-subjek ini untuk mengembangkan potensi mereka dengan lebih kehadapan.

2. Kurikulum yang berkualiti: MRSM memiliki kurikulum yang bermatlamatkan kepada pembelajaran berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian pendidikan yang ketat. Anak-anak akan menerima pendidikan yang lebih terstruktur dan menyeluruh dalam bidang akademik.

3. Guru yang berkualiti: MRSM biasanya mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengalaman dalam bidang sains dan matematik. Guru-guru ini dapat memberikan pengajaran yang lebih mendalam dan memberikan bimbingan yang tepat kepada murid-murid.

4. Fasiliti dan peralatan lengkap dan canggih: MRSM biasanya dilengkapi dengan fasiliti dan peralatan yang canggih, seperti makmal sains, perpustakaan yang lengkap, dan teknologi pendidikan yang terkini. Ini membantu anak-anak belajar dengan lebih baik dan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk penelitian.

5. Pengalaman asrama: Banyak MRSM berfungsi sebagai sekolah asrama, di mana anak-anak tinggal dalam persekitaran yang terkawal dan teratur. Pengalaman asrama dapat membantu anak-anak mengembangkan kemandirian, disiplin, dan kemahiran sosial.

6. Peluang kokurikulum: MRSM menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum yang membantu anak-anak mengembangkan minat dan bakat di luar bidang akademik. Ini dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan kepimpinan mereka.

7. Peluang biasiswa untuk anak-anak: MRSM sering menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar berprestasi, terutamanya jika anak anda menunjukkan potensi yang cemerlang dalam bidang sains dan matematik. Biasiswa ini dapat membantu meringankan beban kos pendidikan.

8. Rangkaian alumni yang kukuh: MRSM mempunyai rangkaian alumni yang luas, yang dapat membantu anak anda mencari peluang pendidikan dan pekerjaan di masa depan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa setiap anak adalah unik, dan pemilihan sekolah perlu dipertimbangkan berdasarkan minat, bakat, dan keperluan individu mereka. Ibu bapa juga perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti lokasi, kos, dan persekitaran pendidikan sekitar sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak ke MRSM atau sekolah lain.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati