Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Aspek dan Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2

Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2
Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2

Aspek dan Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2 ini diambil dari perkongsian akaun Facebook Cikgu Yahya Sufi Hj Abdullah. Di dalam Standard 4 SKPMg2, guru berperanan penting sebagai pemudahcara ketika mereka melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi memastikan keberkesanan peningkatan dan perkembangan murid secara menyeluruh. Selain itu, memastikan pencapaian murid berada pada tahap optimum secara berterusan dan berkekalan.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Standard 4 SKPMg2 sebagai sebuah kaedah penilaian Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru. Ianya juga merupakan proses penambahbaikan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 yang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Kedua yang diterapkan dari tahun 2016 hingga 2020.

Pelaksanaan Aspek Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2

  1. Aspek pertama ialah Guru Sebagai Perancang dimana standard guru berperanan penting dalam merancang pelan pelaksanaan PdPc dengan lebih profesional dan sistematik. Selain itu, aspek ini diterapkan dalam perkara-perkara berikut:
  • Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
  • Memilih kaedah pentaksiran
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran
  • Menentukan bilik atau tempat belajar yang kondusif
  • Masa yang diperuntukan

2. Aspek yang kedua ialah Guru sebagai Pengawal. Dalam aspek ini, guru berperanan mengawal segala proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dengan memastikan pelajar mendapat isi pembelajaran dalam masa yang teladh diperuntukkan. Seterusnya, memberi peluang kepada murid untuk memberi maklum balas yang aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di kelas.

Guru juga bertanggungjawab mengawal keadaan ketika pembelajaran berlangsung serta mengawasi tingkah laku murid. Guru juga menentukan susun atur meja di dalam kelas dan membina suasana pembelajaran yang seronok dan kondusif mengikut kesesuaian murid.

Dapatkan “Aspek dan Ciri Standard 4 SKPMg2” di sini

Berikut adalah bahan yang ingin dikongsikan sumber daripada Cikgu Yahya, yang boleh dicetak dan ditampal di dalam RPH untuk panduan guru-guru semua.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download dibawah:-

4.1.1
Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2
Aspek dan Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2
Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2
Aspek dan Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2
Aspek dan Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2
Aspek dan Ciri-ciri Standard 4 SKPMg2
Aspek standard 4 SKPMg2

Sebelum ini kami ada kongsikan bahan berkaitan SKPMg2 seperti Contoh Eviden SKPMg2 Standard 4, Evidens Standard 3.1 dan Evidens Standard 3.3.

3. Aspek ketiga ialah Guru sebagai Pembimbing kepada murid bagi memastikan murid dapat menguasai segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan menerapkan nilai-nilai berlandaskan dasar objektif pelajaran dalam KSSR. Selain itu, guru juga haruslah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid supaya dapat menguasai sesuatu mata pelajaran serta memberi panduan kepada murid dalam mencari penyelesaian masalah dan membuat keputusan denagn menggunakan bahan-bahan pendidikan.

Aspek Keempat pula ialah Guru sebagai Pendorong untuk memberikan suntikan motivasi murid di dalam pembelajaran serta mendorong murid untuk memberikan maklum balas, berinteraksi dan berkolaborasi bersama rakan sekelas. Selain itu, guru juga menjalankan aktiviti soal jawab soalan yang dapat menjurus pelajar untuk menggunakan pemikiran kritis dan kreatif.

Perkongsian Bersama

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan guru-guru untuk melaksanakan Standard 4 SKPMg2. Diharapkan sistem pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan setanding dengan arus pemodenan dan teknologi masa kini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati