Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my âĴ️

Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018

HIMPUNAN TERBAIK 64

Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi berkaitan tarikh-tarikh penting atau takwim bagi pelaksanaan pentaksiran Program j-QAF di semua sekolah rendah bagi tahun ini (2018) yang disediakan oleh Unit Pendidikan lslam Rendah, Sektor Operasi Pendidikan lslam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018 :

Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF
di Sekolah Rendah Tahun 2018
Penggal Satu

Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018
Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018

Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF
di Sekolah Rendah Tahun 2018
Penggal Dua

22
Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018

Pengenalan

Program j-OAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan lslam dalam Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan lslam ke arah melahirkan murid sekolah rendah yang boleh membaca seterusnya menguasai tulisan Jawi, Bahasa Arab serta bacaan al-Quran dengan baik. Bagi memenuhi hasrat tersebut Pentaksiran Jawi, Bahasa Arab dan Kualiti Bacaan Al-Quran telah disusun untuk dilaksanakan dalam kalangan murid yang mengikuti program j-oAF. Pencapaian yang diperolehi akan digunakan oleh pihak sekolah untuk merancang pelan intervensi yang sesuai bagi mendapatkan impak yang lebih bermakna.

Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Jawi
dan Bahasa Arab

  1. lnstrumen Pentaksiran Jawi dan Bahasa Arab disediakan oleh Bahagian Pendidikan lslam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pentaksiran Jawi dan Bahasa Arab hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun secara serentak di seluruh negara pada bulan Mei dan Oktober.
  3. Pelaksanaan pentaksiran ini dilaksanakan secara bertulis menggunakan instrumen pentaksiran yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. Peruntukan markah bagi setiap instrumen tersebut adalah 100 markah.
  5. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hendaklah memastikan instrumen ini diserahkan kepada pihak sekolah sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
  6. JPN perlu memastikan status SULIT dan kerahsiaan instrumen ini terpelihara serta dikendalikan sepenuhnya oleh Sektor Pendidikan lslam, Jabatan Pendidikan Negeri.

Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Kualiti Bacaan Al-Quran

  1. Pentaksiran Kualiti Bacaan al-Quran dilaksanakan sepanjang tahun oleh Guru Pendidikan lslam (GPI) kepada murid-murid Islam yang mengikuti Program j-QAF.
  2. Pelaksanaan pentaksiran ini dilaksanakan secara lisan mengikut tahap penguasaan semasa murid.
  3. Penilaian kualiti bacaan diukur daripada aspek menyebut kalimah dengan fasih dan menepati hukum tajwid yang betul.
  4. Markah pencapaian hendaklah disimpan secara kelompok mengikut kelas seterusnya rekod tersebut perlu dikunci masuk dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF mengikut Garis Panduan Pengisian Data e-Pelaporan Bersepadu program j-OAF.
image 66
Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Takwim Pelaksanaan Pentaksiran Program j-QAF di Sekolah Rendah Tahun 2018 memberikan manfaat buat semua khususnya kepada guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Program j-QAF bagi tahun ini. Teruskan menyokong kami dengan menyertai saluran Telegram kami di t.me/sistemguruonline. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati