Pernahkah anda dengar mengenai kurma butter? Makanan ini dikatakan sedang viral di media sosial apabila orang ramai mula berkongsi mengenai juadah tersebut. Namun ada juga yang mengatakan makanan ini merupakan makanan sunnah. Ya atau tidak ?
Buat anda yang tertanya-tanya mengenai juadah ini, disini kami akan kongsikan cara buat kurma butter, khasiat serta hadis yang berkaitan dengannya.
Pengenalan Kurma Butter
Isi Kandungan
Apa Itu Kurma Butter?
Kurma butter atau kurma mentega merupakan sejenis makanan yang berasakan kurma dan mentega. Kurma yang telah dibuang biji kemudian diletakkan butter ditengahnya. Juadah ini sesuai dimakan ketika bersahur kerana ianya dikatakan hampir sama dengan nilai kalori 1 senduk nasi putih.
Hadis Berkenaan Kurma Butter
Mesti ramai yang kurang pasti berkenaan dengan hadis mengenai Kurma mentega tersebut. Ya, memang benar kurma dan mentega merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW.
Dalam satu hadis, dari Abdullah Ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata :
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Oleh itu, juadah ini amatlah digalakkan untuk anda yang ingin mencuba terutamanya dimakan ketika bersahur dan boleh juga sebagai juadah berbuka puasa kerana di dalam kurma mentega tersebut sendiri terdapat khasiat yang pelbagai.
Khasiat Kurma Butter
Apa yang menariknya Makanan viral ini sudah pastinya mempunyai khasiatnya tersendiri yang mampu memberi tenaga yang cukup untuk bertahan sepanjang hari. Berikut merupakan beberapa khasiat kurma mentega yang kami kongsikan:
- Sumber tenaga cepat
- kurma kaya dengan kandungan karbohidrat dan gula semulajadi yang memberikan tenaga pantas kepada badan lebih-lebih lagi yang berpuasa sepanjang hari. Ditambah dengan mentega, ianya membantu memulihkan paras gula dalam darah secara beransur-ansur.
- Kaya dengan Nutrien
- mentega kurma mengandungi serat, vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan badan. Serat membantu dalam proses pencernaan yang sihat manakala vitamin dan mineral menguatkan sistem imun.
Kurma mentega ini juga sangat mudah disediakan dan dimakan kerana anda tidak perlu menyediakan bahan-bahan yang rumit. Juada ini boleh dihidang denga cepat apabila tiba waktu berbuka puasa mahupun sahur.
Resepi Kurma Butter
Bagi membuat kurma butter yang viral ini sangat mudah. Ianya memerlukan 2 bahan sahaja iaitu :
- Kurma
- Mentega
Cara-cara :
- Belah kurma tanpa putus dan dibuang bijinya
- Mentega dipotong berbentuk kiub memanjang (mengikut citarasa masing-masing)
- Isi mentega ditengah-tengah kurma
- Siap sedia untuk dihidangkan (boleh disimpan dalam peti sejuk)
Untuk rasa yang lebik enak anda juga boleh menambah kacang badam dan pelbagai lagi jenis kekacang.
Anda boleh mencuba resipi kurma butter ini di rumah. Meskipun begitu, anda perlu ingat untuk menggunakan butter atau mentega bukannya planta ataupun margarine kerana ianya terdapat lemak trans.
Bahaya Makan Kurma Butter
Namun tahukah anda makanan berkhasiat ini juga terdapat bahayanya jika makan secara berlebihan.
Kurma mentega juga tinggi kalori kerana kandungan gula dan mentega yang semulajadi. Bagi mereka yang mengawal pengambilan kalori, pengambilan mentega kurma secara berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan dan penykit kolestrol.
Selain itu, kandungan lemak tepu dalam mentega boleh meningkatkan risiko penyakit jantung jika diambil tanpa sekatan.
Menurut penjelasan Syaza Nutritionist, tiada masalah untuk makan kurma dengan cara ini, namun ia tentu akan menyebabkan penambahan kalori berbanding kurma biasa.
Soalan FAQs Berkenaan Kurma Butter
Bagaimana buat kurma butter?
Belah kurma dan buang bijinya dahulu. Seterusnya masukkan butter yang telah dipotong dan diletakkan di tengah-tengah kurma tersebut
Apa rasa kurma mentega?
Rasa kurma mentega ini adalah sangat sedap kerana rasa kurma yang manis dan bercampur dengan rasa lemak masin daripada mentega tersebut membuatkan rasa juadah ini lagi menarik
Bahan apa perlu ada untuk buat kurma mentega?
Menariknya resepi ini adalah ianya memerlukan 2 bahan saja iaitu kurma dan mentega
Berapakah kalori kurma butter?
1 biji kurma = 20 kalori
1 sudu besar butter = 100 kalori
Jumlah = 120 kalori