Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Evidens Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum SKPMg2

Evidens Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum SKPMg2
Evidens Standard 3 .1 Pengurusan Kurikulum SKPMg2

Evidens Standard 3 .1 Pengurusan Kurikulum SKPMg2. Standard 3.1 adalah lebih berfokuskan kearah pengurusan kurikulum. Terdapat empat aspek dan kriteria utama yang kritikal dalam standard ini.

Antaranya ialah ketetapan Pelaksanaan kurikulum, Pengurusan Mata Pelajaran, Pengurusan Masa Instruksional dan Pengurusan Penilaian Murid.

Standard 3 .1.1 Kualiti dan Tindakan Untuk Mencapai Standard 

Para guru perlu menghasilkan ketetapan berkaitan dengan pengurusan mata pelajaran dengan mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta melakukan tindakan susulan dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, jelas, mengambil kira keperluan sekolah dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa. Tindakan ini adalah bagi mencapai standard kualiti 3 .1.1 yang mana ianya merupakan ketetapan pelaksanaan kurikulum dilakukan secara sistematik.

Bagi mencapai keperluan pelaksanaan mata pelajaran diurus secara sistematik, ianya hendaklah diurus keperluannya dalam pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen terkini, menyelaras penyediaan RPT dan RPH, pentaksiran, tugasan dan latihan, menganalisis dan memanfaatkan data serta makluamt pentaksiran dengan mematuhi arahan berkuatkuasa, berdasarkan keperluan pelaksanaan kurikulum yang secara menyeluruh.

Standard kualiti yang seterusnya yang harus dicapai ialah pengurusan program peningkatan pencapaian murid yang terancang iaitu dengan merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah penambahan ilmu dan kemahiran, menilai kesan daripada pelaksanaan program dan melakukan tindakan susulan dengan memfokuskan kepada isu pembelajaran serta mengambil kira tahap keupayaan murid secara berterusan.

Selain itu, guru hendaklah memastikan penggunaan bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara optimum dengan cara merancang dan melaksanakan pembelian, merekod dan menggunakan bahan habis guna berkaitan dengan mata pelajaran mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan, berdasarkan keperluan murid-murid.

Pelaksanaan masa pengajaran dan pembelajaran hendaklah diurus dengan sistematik dengan menyediakan pelbagai jadual waktu, menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) seperti yang dirancang, menyusun semula jadual waktu dan menyelaraskan program sekolah mengikut ketetapan dan keperluan.

Seterusnya, perkara yang perlu dirancang ialah pengurusan peperiksaan dan pentaksiran secara teratur dengan melakukan perancangan, penyelarasan dan melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran, proses menganalisa data dan maklumat serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan dan keperluan.

Dapatkan “Evidens Standard 3.1 SKPMg2” di sini

Disini kami menyediakan evidens lengkap bagi memenuhi standard 3.1 SKPMg2 mengikut aspek standard.

Muat Turun:

Keterangan Evidens Standard 3

Evidens Standard 3
Evidens Standard 3

Aspek kedua adalam Standard 3.1 ialah Pengurusan Mata Pelajaran. Bagi aspek ini, terdapat 4 lagi sub-aspek yang berada di bawah pengurusan mata pelajaran ini. Standard 3.1.2.1 yang perlu dicapai ialah pelaksanaan mata pelajaran yang diurus secara sistematik dan terancang. Standard ini dapat dicapai dengan menyediakan jadual perancangan seperti RPT Mata Pelajaran, Minit Mesyuarat, fail rekod pdp, analisa data peperiksaan mata pelajaran dan rekod atau template pelaporan setiap mata pelajaran. Dengan adanya perancangan-perancangan sebegini, ianya dapat membuktikan guru telah menguruskan mata pelajaran mengikut standard yang telah ditetapkan.

Manakalah standard 3.1.2.2 ialah Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru. Antara evidens yang boleh digunakan untuk mencapai standard ini ialah seperti takwim aktiviti panitia, Perancangan strategik pania dan juga penilaian keberkesanan impak dan intervensi LINUS/UPSR atau peperiksaan yang lain. Evidens yang ditunjukkan hendaklah mengenai program-program yang dapat menunjukkan usaha dalam menaiktaraf kualiti kaedah pengajaran guru-guru seperti Perancangan Strategik Panitia Bahasa Melayu yang ditunjukkan ini.

Program Peningkatan Pencapaian Murid yang diurus perlulah secara terancang seperti menyediakan dokumen berkenaan dengan semakan headcount dan penggunaan tools seperti Grow dan tapak analisis soalan dan untuk standard yang terakhir ialah penggunaan bantuan geran per kapita untuk mata pelajaran secara optimum. Bagi mencapai standard sub-aspek keempat ini, guru-guru hendaklakn menyediakan dokumen seperti minit mesyuarat kewangan panitia, rekod inventori, rekod subsudiari dan rekod petak untuk setiap barang.

Standard 3.1.3 & 3.1.4 SKPMg2

Aspek ketiga ialah aspek pengurusan masa instruksional yang boleh disediakan oleh pihak sekolah untuk menunjukkan bahawa setiap satu waktu persekolahan digunakan dengan secara optimum seperti menyediakan jadual waktu kelas ganti apabila terdapat guru yang bercuti atau menghadiri kursus.

Aspek keempat ialah aspek pengurusan penilaian murid. Antara evidens yang diperlukan ialah Jadual waktu peperiksaan, analisis peperiksaan intervensi penambahbaikan dan sebagainya. Dokumen yang diperlukan adalah berkenaan dengan program-program yang boleh membawa kepada peningkatan pencapaian murid-murid.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi bahan tentang:

Layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati