Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PEMERKASA: Had Gaji Maksimum OKU RM1,500

Had Gaji Maksimum OKU
Had Gaji Maksimum OKU

PEMERKASA: Had Gaji Maksimum OKU RM1,500 ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam pengumuman Perdana Menteri bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA. Melalui PEMERKASA ini, kerajaan akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) turut diberi perhatian dalam senarai 20 insiatif strategik tersebut.

Had Gaji Maksimum OKU

Had Gaji Maksimum OKU
Had Gaji Maksimum OKU

Kenaikan had gaji maksimum bagi golongan OKU ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri di bawah inisitiaf kelapan belas, iaitu insiatif Prihatin OKU. Pihak kerajaan sedia maklum dengan golongan OKU yang bekerja turut terjejas sama dalam tempoh kesukaran pandemik Covid-19 masa kini. Oleh hal yang demikian, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum melalui bantuan berikut:

  • Elaun Pekerja Cacat: dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.
  • Untuk tujuan ini, sebanyak 26 juta ringgit akan disediakan di mana ia akan memanfaatkan seramai hampir 5,000 OKU.

Selain itu, menerusi inisiatif prihatin OKU ini juga, pihak kerajaan turut memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu program keusahawanan termasuk memasarkan produk bakeri dan hasil tangan oleh OKU dan warga emas.

  • Kerajaan bersetuju menambah 20 juta ringgit untuk memperkukuhkan program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Di samping itu, kerajaan juga memberi galakkan kepada golongan OKU ini menceburi bidang perniaagaan dengan cara,

  • golongan OKU akan berpeluang untuk mendaftar dan memperbaharui perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara percuma.

Akhir sekali, perkara yang diumumkan oleh kerajaan bagi inisiatif Prihatin OKU ini adalah berkenaan skim mikro kredit yang ditawarkan khas kepada golongan ini dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional, iaitu:

  • BSN telah menyediakan sebanyak 25 juta ringgit di bawah Skim Mikro Kredit ISTIMEWA bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan,
  • dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit, dan
  • kadar faedah serendah 3 peratus.
Had Gaji Maksimum OKU 1
Had Gaji Maksimum OKU

Secara keseluruhannya, kerajaan begitu komited terhadap pembangunan gologan OKU ini dalam sama-sama menjalani kehidupan bagi menempuh kesukaran pandemik COVID-19 semasa. Hal ini jelas dapat dilihat menerusi bantuan-bantuan yang ditawarkan, sama ada pihak kerajaan menaik taraf bantuan sedia ada dari segi elaun pekerjaan, ataupun menambah bantuan baharu seperti program-program keusahawanan produk hasil tangan OKU, pendaftaran dan pembaharuan SSM secara percuma, dan juga penyediaan Skim Mikro Kredit ISTIMEWA.

Semoga perkongsian PEMERKASA: Had Gaji Maksimum OKU RM1,500 dapat memberi makluman khususnya kepada golongan OKU berkenaan insentif-insentif terkini yang ditawarkan oleh kerajaan. Sehubungan itu, golongan OKU diharapkan agar dapat memanfaatkan dan merebut peluang terhadap bantuan-bantuan yang ditawarkan ini sebaiknya.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 2021 ataupun Tarikh Semakan Kemasukan dan Pendaftaran Sekolah Khusus 2021.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati