Nak kurus! Ini dah kira kali yang ke 15000 tekad untuk kurus, bersemangat search di google ‘cara kempiskan perut‘ tetap tewas juga dengan makanan-makanan viral, Kadang bila kena body shaming dengan saudara-mara terdekat perit la juga, tersangatlah remeh proses kempiskan perut dek kerana perlukan senaman.
Dah! Anda dah tak perlu risau, kali ini admin akan kongsikan cara kempiskan perut dalam masa 15 hari sahaja! Tunggu apa lagi? Jom baca.
7 Cara Efektif Kempiskan Perut Buncit, Jom! Kita Kupas Satu Persatu.
Isi Kandungan
- 1 7 Cara Efektif Kempiskan Perut Buncit, Jom! Kita Kupas Satu Persatu.
- 1.1 Cara Kempiskan Perut 1: Elakkan Daripada makan makanan yang tinggi GI
- 1.2 Cara Kempiskan Perut 2: makan makanan yang berprotein tinggi
- 1.3 Cara Kempiskan Perut 3: makan makanan yang berfiber tinggi
- 1.4 Cara Kempiskan Perut 4: Cuka Apel
- 1.5 Cara Kempiskan Perut 5: Cukupkan Waktu Tidur
- 1.6 Cara Kempiskan Perut 6: Kawal Rasa Stress
- 1.7 Cara Kempiskan Perut 7: Teknik kalori defisit
Anda mencari cara kempiskan perut dengan cepat! Ya, benar anda berada pada tempat yang tepat. Begitulah juga hidup jika bersama dengan orang yang tepat, bahagianya hingga tak mampu diucap. Eh, back to topic! Nak kempiskan perut? Sekiranya anda mahukan ‘six pack’ semestinya anda perlu berusaha lebih dan ketahuilah bahawa perut juga boleh kempis tanpa perlu pada senaman! Menarik bukan? Jom cuba.
Cara Kempiskan Perut 1: Elakkan Daripada makan makanan yang tinggi GI
Apakah itu GI? GI adalah nombor yang memberi indikasi kepada kualiti karbohidrat dalam makanan, semakin tinggi GI dalam makanan, semakin tinggi tahap gula dalam darah. Antara makanan yang mengandungi GI tinggi adalah.
- Makanan yang manis-manis
- Makanan yang bertepung
Oleh itu, makanan yang mempunyai GI tinggi secara berlebihan menyebabkan masalah perut buncit dan kegemukan. Ini kerana makanan ini menyebabkan glukosa berlebihan dalam darah disimpan sebagai glycogen di hati dan otot dan selebihnya disimpan sebagai lemak dalam sel lemak, terutama di kawasan perut dan dalam abdomen di sekeliling organ dalaman seperti hati, limpa dan usus, keadaan ini menyebabkan seseorang kelihatan ‘buncit’.
Cara Kempiskan Perut 2: makan makanan yang berprotein tinggi
Ramai yang tak percaya bahawa diet tinggi protein merupakan salah satu cara pemakanan yang terbaik untuk mereka yang ingin kempiskan perut, Hal ini turut dibuktikan apabila kita mengambil makanan yang kaya protein, kita akan rasa lebih bertenaga dan kenyang lebih lama!
Dalam pada itu, ia juga mampu mengekalkan badan yang ideal serta membantu mengurang tisu lemak dalam badan. Antara makanan yang mengandungi tinggi protein seperti, ayam, ikan, telur dan sebagainya. Selain itu, makanan ini juga sangat digalakkan bagi individu yang mempunyai masalah gastrik khususnya ketika waktu bersahur atau berpuasa.
Cara Kempiskan Perut 3: makan makanan yang berfiber tinggi
Fiber sangat diperlukan oleh badan terutama untuk fungsi percernaan. Makan makanan fiber tinggi bukan sahaja baik untuk mencegah penyakit kronik tetapi juga dapat membantu anda kempiskan perut, Oleh kerana makanan fiber tinggi boleh membantu rasa kenyang lebih lama dan boleh memudahkan pelawasan, terdapat pelbagai jenis sayur, buah-buahan yang mempunyai fiber tinggi dan sangat baik pada kesihatan usus.
Cara Kempiskan Perut 4: Cuka Apel
Diketahui bahawa cuka apel atau apple cider vinegar (ACV) memiliki beberapa manfaat untuk kesihatan perut, cuka apel mengandungi asid acetic yang berfungsi untuk menghalang lemak berkumpul dan membantu melancarkan sistem percernaan serta membantu badan memecahkan lemak, secara tidak langsung ia memudahkan proses kempiskan perut dengan lebih cepat.
Terdapat Kajian yang menunjukkan cuka epal akan mengecilkan ukur lilit pinggang kita, anda bolen amalkan cuka apel setiap pagi dan malam, sebaiknya diamalkan selepas makan untuk mengelakkan masalah gastrik menyerang.
Cara Kempiskan Perut 5: Cukupkan Waktu Tidur
Ramai orang tak cukup tidur disebabkan oleh banyak faktor, ketahuilah bahawa tidur yang cukup dapat membantu mengurangi lemak di perut. Menurut kajian tidur dalam keadaan meniarap dapat membantu mengurangi lemak di bahagian perut dan mencegah pengumpulan lemak berlebihan.
Selain itu, cukupkan waktu tidur juga penting untuk kesihatan dan berat badan kerana tidur kurang dari 5 jam sehari dapat meningkatkan risiko kenaikan berat badan. Seterusnya tidak menjaga pola tidur yang cukup mungkin akan menyebabkan seorang individu craving kepada makanan yang manis-manis dan yang tak menyihatkan serta mengagalkan lagi usaha kita untuk kempiskan perut.
Cara Kempiskan Perut 6: Kawal Rasa Stress
Bila stress je mesti cepat laparkan? Hal ini disebabkan oleh hormon kortisol yang berlebihan dalam badan. Ketika kita stress, salah satu kesan adalah kembung perut, Oleh itu, kawal stress adalah penting untuk mengelakkan dari masalah perut buncit, pastikan anda mengurangi tahap stress dalam kehidupan sehari-hari dan anda juga perlu pastikan tidur yang cukup, melakukan aktiviti yang anda minat dan elakkan dari perkara yang boleh menyebabkan anda stress.
Stress akan datang bila-bila masa sahaja, yang membezakan adalah bagaimana kita mengawalnya, jika stress itu datang dari tempat kerja, anda boleh cuba ubah diri ke arah yang lebih baik seperti berdisiplin dalam siapkan tugasan, jangan sesekali tangguh dan sekiranya anda adalah seorang pelajar, elakkan perkara yang boleh menyebabkan anda stress khususnya assigment last minute! Ketahuilah setiap tindakan yang kita buat, merupakan hasil apa yang kita akan dapat.
Cara Kempiskan Perut 7: Teknik kalori defisit
Mesti korang selalu dengar istilah ‘kalori defisit’? Ataupun ada yang pernah dengar tetapi tidak tahu apa maksudnya. Baik, admin akan jelaskan dalam cara yang paling mudah. Istilah kalori adalah unit ukuran tenaga, setiap makanan dan minuman yang kita makan mengandungi kalori dan kita sememangnya perlukan kalori untuk melakukan segala aktiviti.
Kalori defisit pula boleh berlaku bila kita bakar lebih banyak kalori daripada yang kita ambil. Secara teorinya, bila tubuh kita dalam keadaan defisit kalori, kita akan gunakan lemak di badan kita sebagai sumber tenaga dan ini boleh membantu kita kempiskan perut serta kecilkan secara keseluruhan tubuh badan kita yang tengah melebar sekarang ni.