Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Rekod Kesalahan Lampau Penentu Kompaun RM 10,000

REKOD KESALAHAN LAMPAU PENENTU KOMPAUN RM10,000
Rekod Kesalahan Lampau

Rekod Kesalahan Lampau Penentu Kompaun RM 10,000 ini merujuk kepada keperluan pihak berkuasa dalam meneliti rekod kesalahan terdahulu mengenai individu yang ingkar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu dilakukan dengan kaedah paling tepat sebelum mengenakan denda maksimum tersebut.

Seperti mana yang sedia maklum pada 11 Mac 2021, pihak kerajaan telah menguatkuasakan kenaikan kompaun sehingga RM 10,000 yang mana sebelum ini hanya dikenakan RM 1,000 sahaja. Peningkatan jumlah kompaun yang signifikan ini adalah implikasi daripada peningkatan kes baharu jangkitan virus Covid-19 yang drastik.

Penguatkuasaan kompaun RM 10,000 ini adalah sebahagian daripada pindaan yang dilakukan ke atas Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Hal ini demikian kerana, Akta 342 yang didraf pada tahun 1988 hanya mengenakan denda maksimum RM 1,000 sahaja sebelum ini dan ia dilihat seolah-olah kurang berkesan untuk dilaksanakan pada masa kini.

Kesalahan-kesalahan Ingkar SOP PKP

Terdapat beberapa kesalahan ingkar SOP PKP yang boleh dikenakan kompaun RM10,000 ini, antaranya ialah:

  1. Tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
  2. Tiada penjagaan jarak fizikal satu meter.
  3. Pihak premis gagal menyediakan peralatan rekod butiran pelanggan.
  4. Merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurut Tan Sri Abdul Hamid Bador selaku Ketua Polis Negara, tempoh masa selama dua minggu diberikan kepada pesalah untuk menjelaskan kompaun tersebut.

Berdasarkan sumber Astro Awani, seramai 109 individu termasuk pengunjung dan pengurus sebuah pusat hiburan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1.13 juta secara keseluruhan pada Sabtu lalu, lantas menjadi jumlah kompaun terbesar sejak pindaan akta ini dikuatkuasakan.

Rekod Kesalahan Lampau

Meskipun pelaksanaan kompaun RM 10,000 ini bertujuan untuk mendidik rakyat dengan lebih tegas supaya tidak mengulangi kesalahan terhadap pengabaian pematuhan SOP PKP dalam mencegah penularan jangkitan virus Covid-19, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi terlebih dahulu agar pelaksanaannya dapat dijalankan secara telus dan jelas bagi menghindari segala kekeliruan dan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat.

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr. Malina Osman, pihak berkuasa digalakkan mempunyai rekod kesalahan lampau seseorang terlebih dahulu sebagai bukti kukuh bahawa perbuatan kesalahan melanggar SOP PKP telah dilakukan secara berulang kali.

Rekod Kesalahan Lampau
Rekod Kesalahan Lampau

Sehubungan itu, penggunaan aplikasi MySejahtera sebagai mekanisme untuk merekod kesalahan-kesalahan tersebut adalah digesa dalam kalangan pihak berkuasa. Rekod inilah yang kemudiannya akan dijadikan rujukan utama sebelum kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada individu yang gagal mematuhi SOP PKP ini.

Seperti mana yang semua sedia maklum, sebelum ini Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kompaun maksimum ini tertumpu kepada individu yang melakukan kesalahan berulang kali atau membuat kesalahan yang dikategorikan sebagai berat.

Oleh hal demikian, pelaksanaan gerak kerja yang proaktif untuk merekod kesalahan lampau di dalam aplikasi MySejahtera bagi membolehkan pihak berkuasa mempunyai senarai bukti kesalahan untuk mengenakan denda yang setimpal terhadap mana-mana individu berkenaan adalah sebagai salah satu mekanisme yang wajar dipertimbangkan.

Profesor Madya Dr. Malina Osman turut menasihatkan agar mekanisme penguatkuasaan denda maksimum kompaun RM10,000 ini dapat dijelaskan kepada pihak yang didenda serta pihak berkuasa yang mengenakan denda.

Rekod Kesalahan Lampau 1
Rekod Kesalahan Lampau

Secara keseluruhannya, penguatkuasaan kompaun RM10,000 ini wajarlah diselaraskan dengan penggunaan kaedah yang lebih tepat dan efisien supaya kedua-pihak yang disaman, dan pihak yang menyaman mempunyai evidens yang kukuh untuk mempertahankan pendirian masing-masing. Akhir kata, semoga pelaksanaan kompaun maksimum ini dapat diperincikan dengan lebih teliti agar tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Panduan Lengkap Tuntutan Covid-19 mySalam ataupun Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2021.

Sumber: Astro Awani

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati